Selasa, Julai 21, 2009

Pengalaman di Jepun …bhg 6 (Maksud Pesta Ogionsa dan Warkah buat Isteriku Tercinta)

Pesta Ogionsa adalah satu pesta yang diraikan bersempena dengan musim panas ketika ini di Jepun. Menurut Adik Manis yang mengiringi kami, Pesta Ogionsa diraikan sebagai tanda sembahyang mereka kepada TUHAN.

Mereka memohon kepada TUHAN untuk diberkati dan diberikan pelbagai kebaikan di dalam kesemua bidang termasuklah pertanian, perniagaan dan kesihatan.

Foto yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak kecil yang dihumban-humban ke atas adalah sebahagian daripada upacara untuk memberkati kanak-kanak itu. Begitu juga upacara penyerahan papan-papan yang tertulis ukiran kanji seperti yang saya tunjukkan di bawah ini.


Selain itu, kumpulan-kumpulan para remaja yang memakai pelbagai warna pakaian adalah mewakili kumpulan perniagaan yang juga memohon kebaikan daripada TUHAN agar diberikan hasil perniagaan yang berlipat kali ganda banyaknya.






Lawatan ke pesta Ogionsa sememangnya amat bermakna di dalam hidup saya dan pastilah pelbagai post-post masih ada di dalam simpanan saya untuk tatapan Isteriku yang Tercinta dan keluarga.

Moga-moga kesemua gambar yang ada di dalam blog ini dapat menjelaskan serba sedikit mengenai budaya orang Jepun kepada Anda. Anda yang sememangnya teman saya berbicara di ruangan siber.

Barangkali ini merupakan tanggungjawab yang harus saya laksanakan kepada Anda. Mungkin juga inilah peranan saya berada di sini iaitu menunjukkan kepada Anda bagaimana umat manusia memuji-muji Tuhannya.

Terima kasih jua kepada pembiaya segala perbelanjaan saya semasa berada di Jepun dan pastilah saya tidak lupa kepada-NYA, DIA yang Maha Esa. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan saya peluang ini untuk dirasai. Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga…


Warkah buat Isteriku Yang Tercinta

Buat Isteriku Yang Tercinta, sememangnya abg terlalu merinduimu sayang, tetapkanlah hatimu dan kepercayaanmu terhadap diri ini. Usah dibiarkan syaitan menjadikan hati dan sanubarimu was-was terhadap semua perkara yang sedang abg lakukan kini.

Sememangnya cintaku padamu tidak akan berubah. Peluklah anak-anak kita dengan erat moga-moga keeratan yang sayang rasakan akan menjelmakan pelukan abg padamu jua. Usah difikirkan yang bukan-bukan kerana hati dan perasaan sememangnya bukanlah permainan.

Andai ada yang tersilap abg lakukan, maafkanlah saya sayang. Sememangnya saya terlalu lemah untuk memahami pelbagai perkara. Terima kasih jua kerana mengingatkan saya mengenai perasaan seorang wanita dan terima kasih jua di atas pengorbananmu menunaikan tanggungjawab untuk menjadi seorang Isteri Tercinta yang Setia.

Kepercayaan sememangnya tidak boleh dijual beli kerana ianya wujud di dalam hati. Hati yang bersih akan memancarkan sinaran Ilahi andai mengerti akan kepercayaan hakiki.

Kepercayaan hakiki tidak akan dapat dilihat dan dirasa andai dilihat dari satu dimensi, tetapi cubalah berusaha melihat sesuatu perkara dari pelbagai dimensinya. Masih ingatkah lagi dimensi pengetahuan manusia? Cubalah baca coretan ini (3D). Moga-moga dapatlah dimengerti.

Andai kepercayaan sudah tiada, akan terbitlah bibit-bibit curiga yang kelak menghancurkan kasih sayang sesama manusia. Memang itu kerja-kerja mereka, mereka yang saya gelar iblis laknatullah dan para syaitan yang menjadi tentera-tenteranya.

Moga-moga warkah ini akan meleraikan sesuatu yang terbuku dihatimu. InsyaAllah.

0 Komen:

Catat Ulasan