Sabtu, Oktober 31, 2009

Coretan Buat Umi... Selesaikan Masalah

Tak salah mencuba bukan? Kadang-kala tanpa disedari, ada sesuatu yang akan turut sama di dalam diri. Itulah dia kekotoran disebabkan gelapnya Hati semasa mentafsir sesuatu yang harus dipilih.

Apa yang dinyatakan hanyalah sekadar cadangan. Bukannya satu penyelesaian.

Kaunselor? ermmm… itupun salah satu daripada kaedahnya, tapi abg lebih suka bertemu Kaunselor yang memang betul-betul Kaunselor iaitu DIA. DIA yang saya maksudkan adalah Allah SWT.

DIA merupakan Kaunselor ketika abg menghadapi pelbagai masalah kerana di depannyalah abg akan menitiskan air mata penyesalan di atas segala tindakan yang menemui kegagalan.

Biasanya selepas itu hati abg akan tenang kerana telah berbicara dengan-Nya. Apatah lagi meluahkan rasa hati yang teramat pedih di dalam mengatasi segala kegagalan yang menimpa.

Mengapa? kerana abg tahu yang DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT. Sememangnya kegagalan itu adalah antara sebahagian daripada ujian-ujian-NYA yang harus jiwa ini rasai agar dapatlah dimengerti akan erti kehidupan ini.

Kalau kaunselor yang Umi sebutkan itu, sememangnya abg amat berasa khuatir berjumpa dengannya. Risau suatu hari nanti apa yang diluahkan akan dijadikan contoh atau mungkin diluahkan pula olehnya di khalayak ramai tanpa dia sedari. Maklumlahkan dia juga sama seperti Kita yang kadang-kala mempamerkan kelemahan. Itulah dia namanya Insan yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Sememangnya Umi mempunyai pelbagai pilihan di dalam menyelesaikan segala kekusutan dan masalah yang bertimpa-timpa.

Usah bersedih dan tertekan kerananya. Cubalah usahakan pelbagai cara untuk mengatasinya. Berbual-bual begini pun adalah satu daripada kaedahnya. Moga suatu hari nanti ianya dapat membantu, InsyaAllah.

Fokuskan perhatian pada masalah yang dihadapi dan fikirkan bagaimanakah cara penyelesaian yang sesuai untuk dipraktikkan agar masalah yang dihadapi dapat diusai satu persatu. Kalau tidak, masalah itu akan bertambah banyak jadinya sehingga tidak tahu mana satu yang harus diatasi dahulu.

Paling penting, kenal pasti masalah, cari dan fikir kaedah terbaik untuk mengatasinya kerana dengan melakukan yang sedemikian, ianya lebih berfaedah daripada terus-terusan memikirkan perkara itu sebagai satu masalah yang menemui kebuntuan.

Setiap penyakit pasti ada penawarnya... cuma barangkali cara dan kaedah sahaja yang berbeza-beza. Cekalkan hati semasa mencari penawar masalah, kelak pasti akan berjumpa. Apatah lagi semasa di dalam pencarian itu dipohon kepada NYA pertolongan agar tertitis belas ehsan dari NYA di dalam memberikan petunjuk untuk memperolehi penawar yang diingini.

Sememangnya DIA jua yang berkuasa di atas segala-galanya. Sebab itu terkadang dengan hanya menyebut nama NYA sahaja ilham akan terjelma di dalam minda untuk mentafsir pelbagai kekusutan yang ada. Melalui ilham dari NYA akan terungkailah segala penyelesaian pada masalah yang bertimpa-timpa.

InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Oktober 29, 2009

Coretan Buat Adikku ... Pembentangan

Sekali lagi saya memohon Adikku untuk menjenguk dan membaca coretan mengenai Penyakit Jiwa di laman blog Pedoman Hidup ini.

Moga adalah manfaatnya coretan itu nanti. Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi mengenainya. Andai lakaran itu sesuai, maka gunakanlah tetapi andai sebaliknya, buatlah pilihan lain yang sebaiknya.

Sesungguhnya DIA juga memiliki segala Kesempurnaan dan Keindahan.

Saya ini hanyalah insan kerdil yang masih banyak lagi kedaifan dan kekurangan untuk diperbaiki. Moga adalah manafaatnya nanti, daripada perkongsian ini. Apapun DIA jua yang mengizinkan saya melakarkan pelbagai coretan di sini.


Adikku..., perkara itu belum berlaku mengapa pula harus ditakuti?. Fikirkan sahaja apa yang perlu diucapkan dan berlatih sendiri agar berkemahiran.


Sememangnya senang untuk saya memperkatakan sesuatu kerana bukan saya yang merasainya, heheheeeee....

Tetapi bila mana ianya berlaku ke atas diri sendiri, pastinya bebanan itu terasa juga amat beratnya. Anggaplah lakaran ini sebagai perkongsian semata-mata, OK.


Selain daripada itu, saya juga ingin mengutarakan agar diusahakan sedikit strategi bagi mengatasinya. Ya, sememangnya mengingati-Nya dan berdoa sentiasa itu amat penting, tetapi lebih jauh daripada itu, perlu juga diusahakan pelbagai strategi agar masalah dapat diatasi.


Untuk tujuan itu, suka saya mencadangkan agar difikirkan kembali apakah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi? Adakah disebabkan TERPAKSA melakukan pembentangan di khalayak ramai? Walhal Adikku tidak yakin dapat melakukannya?

Berdarah gemuruh ketika berucap di khalayak ramai? Tiada keyakinan diri lalu tidak mahu melakukannya? Berasa malu kerana tidak yakin? Merendah diri lalu terus-terusan merenda-rendahkan diri-sendiri?.


Ketahuilah wahai Adikku, setiap sesuatu itu perlu dipelajari agar kelak kita berkemahiran mengenainya. Oleh itu, ketahui masalah dan pelajari bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah itu. Berbanding terus-terusan merendah-rendahkan diri sendiri serta memikirkan ianya sebagai satu masalah yang sudah tiada lagi cara penyelesaiannya.


Kehadiran Kita di dunia ini sememangnya bukanlah sia-sia, tetapi jauh daripada itu ialah untuk mempelajari sesuatu tentang kewujudan-Nya dan pastinya lebih jauh daripada itu ialah agar Kita memahami dan mempelajari akan Kekuasaan-Nya.

Sekiranya Kita tidak mahu mencuba dan mempelajari sesuatu perkara, bagaimana mungkin Kita akan mengetahui dan merasainya? Selain itu, ingin juga saya nyatakan bahawa sesuatu kemahiran itu tidak akan pernah terlaksana di dalam diri Kita andai Kita sendiri tidak mahu mencubanya!.


Pasti di dalam percubaan-percubaan itu beroleh risiko. Dan jangan lupa juga bahawa mungkin ianya menjadi kenangan manis di dalam Kita mencari Pedoman Hidup ini.

Harus diyakini juga bahawa segala risiko itulah yang akan mematangkan diri Kita agar cekal menghadapi segala perkara yang tidak pernah terfikir yang Kita akan dapat melakukannya.

Suka juga saya memberitahu bahawa kadang-kala ketika memberi syarahan kepada sesiapa sahaja, saya pun beroleh kesilapan. Dan kesilapan itu membuatkan mereka berasa ceria dan gembira ketika mendengar dan melihatnya. Mungkinkah itu juga akan terjadi terhadap Adikku kelak? Siapa tahu kalau Anda tidak mahu mencubanya.

Ketahuilah bahawa semua insan yang diciptakan oleh-Nya tidak ada yang sempurna, kecuali DIA. Oleh itu, anggaplah kesilapan yang akan berlaku di dalam Kita mencuba sesuatu itu sebagai satu proses untuk Kita mengenali siapa sebenarnya diri Kita berbanding DIA?.

Dan jangan lupa pula bahawa kemahiran yang kelak dimiliki hasil usaha terus-terusan, sememangnya satu usaha untuk Kita merapatkan diri kepada-Nya, jauh daripada itu, agar Kita mengenali-Nya.

Jangan takut untuk mencubanya kerana pasti bila sentiasa dicuba, diri kita akan berkemahiran mengenainya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Oktober 28, 2009

DIA Berkuasa...

Ketahuilah bahawa DIA sememangnya Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Andai kita jujur di dalam segala tindakan, pasti keajaiban-NYA akan dimunculkan di dalam kehidupan Kita. Siapapun tidak akan dapat menghalangnya, walaupun pada hakikatnya akal fikiran mengatakan mustahil untuk sesuatu itu berlaku.

Namun di sudut hati ini, saya tetap bersyukur dan berdoa sentiasa semoga tidak akan alpa dengan nikmat kehidupan yang dikecapi kini.

Ucapan terima kasih sememangnya tidak dapat diluahkan kepada Anda yang sentiasa menemani saya, setiap masa dan ketika. Apatah lagi kepada Anda yang sudi berkongsi sesuatu mengenai kehidupan ini. Sesungguhnya hanya empunya diri sahaja yang dapat menilai betapa peritnya cabaran perjalanan yang sedang dilalui.

Ianya akan bertambah perit lagi seandainya merasa DIA sudah jauh dari sisi. Sebab itu sama-samalah kita memohon agar DIA, yang Maha Perkasa dan Maha Berkuasa di atas segala-galanya, masih sudi berada di sisi atau barangkali di samping diri kita...

Kalau bukan pun seketika ini, harap-harap di pengakhiran kehidupan nanti kerana itulah yang sebenar-benarnya menjadi aras penunjuk Kejayaan selepas menempuhi kehidupan ini...

Perjalanan Hidup ini akan mudah andai ada Cahaya dari NYA dibekalkan kepada kita, walaupun barangkali terlalu sedikit sinaran-NYA, tetapi setidak-tidaknya ia akan dapat digunakan untuk menyuluh semasa di dalam Kegelapan Perjalanan Kehidupan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Oktober 27, 2009

KEIMANAN ... Coretan buat adikku My

Tahniah adikku my...

Sesungguhnya Keimanan yang telah melekat di dalam diri, usah disia-siakan. Ketahuilah bahawa anugerah kehidupan yang paling berharga ialah Keimanan iaitu merasakan DIA sentiasa ada di sisi, sepanjang masa. DIA yang saya maksudkan adalah Tuhan Pencipta Alam.


Di dalam meneroka kehidupan ini, sekiranya adik merasakan sedang bertemankan DIA sepanjang masa, sememangnya adik amat bertuah kerana jarang orang merasakan perasaan sedemikian rupa. Sememangnya tidak ramai yang memahami rahsia yang terselit di sebalik perasaan sebegini. Sebab itu ramai yang kecewa bila gagal menimpa, begitu juga ada yang alpa bila sudah berjaya.


Keimanan letaknya jauh di lubuk hati sanubari sebab itu ianya tidak dapat dilihat deria mata, tetapi ianya boleh dirasa.

Seumpama kesakitan yang dirasakan sakit, tetapi kesakitannya tetap tidak dapat diperhatikan oleh mata. Itulah yang saya namakan sebagai Lubuk Jiwa.


Mereka yang merasakan keimanan, pasti akan berasa tenang walau gelora melanda seumpama tsunami sebesar-besarnya. Mengapa? kerana TEMAN yang saya maksudkan adalah Penguasa yang bukan calang-calang kuasa yang dimilikinya. DIA jualah yang mempunyai segala keajaiban dunia yang sukar difikirkan oleh akal manusia. Keajaiban dunia memang menjadi hak mutlak bagi-NYA sahaja.


Tetapi andai tidak merasai ketenangan yang saya sebutkan, ini memberikan petanda bahawa empunya diri masih belum berupaya mengenali NYA, menyakini NYA, dan memahami bahawa sememangnya DIA sedang berada di sampingnya. DIA sememangnya sedang memerhatikan segala gerak-geri sehingga jauh ke lubuk hati sanubari. Melangkaui empunya Jiwa itu sendiri.


Perasaan Keimanan kepada NYA merupakan nikmat di dalam kehidupan yang tidak ternilai harganya di dalam mencari Pedoman Kehidupan. Apatah lagi semasa menyusun langkah-langkah perjalanan yang berkemungkinan menemui kegagalan atau barangkali mengecapi kejayaan.

Ketahuilah bahawa kesemua yang sedang dilalui sekarang adalah semata-mata untuk menguji Keimanan yang dimiliki oleh empunya diri. Keimanan iaitu mempercayai akan kewujudan dan kekuasaan-NYA. DIA yang saya namakan sebagai Allah SWT



Andai kegagalan yang dirasai mengakibatkan empunya diri menghindari Allah SWT, rasanya amat malanglah perjalanan-perjalanan yang dilalui seterusnya, kerana petunjuk perjalanannya sudah tiada bersama-sama dengannya.

Tetapi sekiranya kegagalan itu menyebabkan empunya diri semakin hampir kepada NYA, nescaya pertolongan NYA akan tersimbah di dalam kehidupannya, kalau tidak sentiasa, barangkali sekali-sekala. Bertuahlah empunya jiwa yang sebegini kerana Matlamat Kehidupannya akan semakin hampir untuk dinikmati. Nikmat Kehidupan.

Begitu juga halnya andai kejayaan yang dikecapi, sekiranya dia menjadi alpa, leka dan lupa, pasti kejayaan itu menjadi sia-sia dan tiada lagi nilai harganya... kerana kejayaan sebegini hanya sementara sahaja sifatnya, tidak kekal selama-lamanya.

Sebaliknya pula, bila kejayaan yang dikecapi membuatkan empunya diri menjadi lebih mengenali NYA, memahami NYA, dan merasakan kehadiran NYA di sisi sepanjang masa, nescaya ganjaran kehidupan yang diterimanya sudah tiada lagi tandingannya. Melangkaui nikmat kehidupan yang dirasakan.


Sememangnya Keimanan terletak jauh di dalam lubuk hati iaitu sukar diperhati, tetapi boleh dirasai oleh empunya jiwa itu sendiri.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Oktober 26, 2009

Coretan Buat Adikku nadea84 ...Perasaan Cinta

ermmm… *sambil-sambil merenung sesuatu* ketika ini...

Izinkan abg berkongsi sedikit pandangan di dalam hal ni. Bukanlah nak memberi nasihat, tetapi berkongsi sesuatu buat adikku nadea84 yang masih muda remaja.

Sejujurnya, sebelum berumah tangga, abg belum pernah mengecapi cinta sepasang kekasih, pastilah antara lelaki dan wanita, ok. Bukan yang lain…

Namun bila mana sebut ungkapan cinta, abg tidak menafikan bahawa sebelum berumah tangga, memang telah merasainya, pastilah cinta pada kedua orang tua.

Dulu masa belajar dan terpaksa berjauhan dengan ibubapa, diri ini telah merasai kerinduan dek penangan cinta. Sekali lagi, cinta pada kedua ibubapa Ok… bukan cinta pada pasangan kekasih.

Nak kata mengalir air mata? Sungguh, memang adalah aliran air mata setiap kali mengingati kedua orang tua, barangkali itulah istilah cinta yang abg boleh kongsikan dengan adik pada ketika ini.

Memang setiap kali merindui mereka, akan adalah aliran air mata, apatah lagi ketika berdoa pada NYA. Maklumlah, masa itu abg masih di usia remaja.

Bila mana mengalami situasi seperti itu, abg akan berusaha merenung dan berfikir kembali MATLAMAT HIDUP yang harus dicapai. Mengapa?

Kerana dari situ akan terbitlah kekuatan diri untuk terus berusaha meneruskan perjalanan hidup.

Dengan memikirkan MATLAMAT yang harus dicapai, akan terbitlah pembakar semangat untuk terus berusaha walaupun dalam keadaan sentiasa mengingati kedua orang tua dan ada kala diiringi keresahan dan aliran air mata.

Dalam hal adik pula, cinta pada kekasih, barangkali adik juga perlu memikirkan MATLAMAT HIDUP yang adik ingin gapai.

Adakah dengan merenung-renung kenangan indah bersama si dia itu menjadi MATLAMAT HIDUP adik selamanya? Kalau memang itulah kehendak hati adik, abg pun tidak dapatlah membantu…

Tetapi andai sebaliknya, usah dikenang sejarah silam yang sudah berlalu. Jadikan ianya sebagai Pedoman Hidup agar ianya tidak berulang kembali.

Abg pasti, tugas kita ke dunia ini bukanlah sekadar mengecapi cinta pasangan kekasih, tetapi lebih jauh daripada itu ialah melakar cinta pada NYA, moga-moga kecintaan itu akan bersemadi di Syurga.

Berusahalah mengukir cinta kepada NYa agar kelak adalah sinar cahaya NYA menyimbah kehidupan kita. Apatah lagi andai pancaran cahaya NYA itu sentiasa mengiringi perjalanan sisa-sia hidup yang masih ada…

Hidup ini memang sementara, diumpamakan sehari di Syurga menyamai 1000 tahun di dunia. Pilihlah kehidupan yang adik inginkan. Kebahagian 100 tahun di dunia atau mungkin 100 tahun di Syurga?
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Oktober 25, 2009

Saya Yang Lemah

Sama-sama Suraya...

Kita hanya berpeluang untuk merancang dan berusaha tetapi DIA juga penentu kepada segala sesuatu itu. Sesungguhnya apa yang baik itu semuanya dari DIA dan yang kurang elok itu adalah dari kelemahan diri kita jua.

Yang baik dijadikan pedoman dan yang kurang elok mungkin boleh jadi peringatan agar perjalanan hidup ini tidak kecundang.


Cik Putri limau purut, Terima kasih di atas pujian itu. Ketahuilah juga bahawa segala puji-pujian itu hanya layak untuk-Nya. Siapalah saya? sekadar insan kerdil yang sedang mencari-cari cahaya-Nya untuk dijadikan Pedoman Hidup ini.

Antara sebab saya coretkan perkara itu adalah untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang akan, sedang dan telah berumah-tangga.

Ketahuilah juga bahawa sudah pasti niat di hati ini bukan sekadar berkekalan sehingga ke hujung nyawa, tetapi kalau boleh membawa sehingga ke syurga!.

Amin.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Coretan Buat Adikku Katijah ... Penghuni Syurga

Terperanjat saya melihat luahan perasaan itu. Sesiapa saja akan menghadapi masalah. Cuma yang berbeza tingkatan setiap masalah yang dihadapi.

Ada masalah yang mudah bagi seseorang dan ada pula yang terlalu berat ditanggung oleh seseorang yang lain. Itulah yang dapat saya perhatikan dari coretan katijah.

Sejujurnya, saya sedikit rasa gerun untuk mendengarnya kerana saya tahu, andai itu yang saya lakukan, pastilah sedikit sebanyak tempias masalah itu akan juga tertanggung oleh diri saya. Namun, atas semangat persaudaraan, saya akan berusaha mendengarnya dan barangkali untuk membantu andai dapat dilakukan oleh saya yang kerdil ini.

Siapalah saya untuk melakukannya andai tiada bimbingan-Nya. Siapalah saya andai DIA tidak memberikan pertolongan-Nya. Dan siapalah saya berbanding DIA yang memiliki segala-gala keajaiban dan kekuasaan di dalam dunia ini.

Kalau pun tidak saya, mungkinkah ada rakan-rakan lain yang dapat menghulurkan bantuan, sekurang-kurangnya barangkali meringankan bebanan katijah hadapi kini.

Moga adalah manafaatnya. Dari DIA kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali. Redhakan apa yang telah terjadi, pasti ketenangan akan muncul di ruangan hati dan perasaan diri.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya, dan setiap penyelesaian pasti ada matlamatnya.

Setiap matlamat akan ada cabarannya, dan setiap cabaran pasti dapat di atasi andai diiringi usaha bersungguh-sungguh.

Kesungguhan di dalam berusaha belum tentu berjaya andai tidak diiringi DOA kepada-Nya. Ketahuilah bahawa DIA amat mengasihani dan menyayangi hamba-hamba yang sentiasa memohon kepada-Nya.

Mengiringi doa di dalam setiap usaha pastilah akan ada kejayaannya kerana DIA yang memiliki segala rahsia kehidupan di dunia ini. DIA juga Pemilik Kekuasaan dan Keajaiban dunia ini.

Kalau pun tidak kejayaan itu di kecapi semasa kehidupan di dalam dunia ini, mungkinkah kejayaan itu akan dikecapi selepas kehidupan ini.

Usah direnungi masalah yang menimpa diri, tetapi usahakanlah sedikit untuk mengatasi masalah itu. Ketahuilah bahawa masalah yang dihadapi kini berkemungkinan terselit ujian-Nya yang bertujuan untuk meningkatkan martabat adikku katijah di sisi-NYA.

Mungkinkah setelah lulus ujian-Nya itu kelak, katijah akan memperolehi sesuatu yang amat bermakna di dalam kehidupan ini?.

Seandainya begitu, ketahuilah bahawa itulah dia ilmu-ilmu Nya agar dapat dijadikan panduan di dalam mengharungi langkah-langkah di dalam kehidupan ini.

Ujian-Nya pastilah bertujuan untuk mendidik diri kita agar kelak mempunyai Keperibadian Mulia. kenapa begitu? kerana keperibadian mulia adalah antara ciri-ciri yang harus ada agar dapat menghuni di Syurga.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Oktober 23, 2009

Bolehkah Lelaki dan Wanita Bersalaman?

Sengaja saya "cut and paste" entri ini agar dapat dikongsi mengenainya pada hari Jumaat yang penuh barakah. Coretan ini telah dipaparkan di dalam blog adikku Na Shari beberapa minggu yang lalu. Banyak juga komentar yang dipaparkan di dalam blognya itu mengenai perkara tersebut. Sila baca di sini dan di sini nanti.

Permasalahan itu adalah berkisar mengenai Lelaki dan Wanita yang bukan muhrim bersalaman. Oleh itu, saya ingin kongsikan juga mengenainya di sini.



Buat adikku Na Shari... Sengaja abg tidak mahu melontarkan komentar yang panjang-panjang mengenainya kerana ianya sudah jelas lagi bersuluh. Kalau nak tahu, tolong baca artikel-artikel ini.

http://ebok10.blogspot.com/2009/06/hukum-bersalam-lelaki-dengan-wanita.html

http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/12/lelaki-bersalaman-dengan-wanita/


Di sebalik itu pula, hukum-hakam sebegini, pasti ada fleksibiliti iaitu bergantung pada keadaan, situasi dan masanya yang tersendiri. Oleh sebab itu, ada juga luahan rasa yang bertindak melonggarkannya sedikit. Cuba baca pula artikel ini.

http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id76.html


Kalau nak tanya pandangan abg, pastilah abg kena tanya Hati sendiri dahulu, iaitu melihat pada keadaan dan situasi, adakah hati ini sedang diselubungi oleh nafsu ketika itu atau barangkali kerana akal yang menganalisa yang menzahirkan iaitu perlu dilakukan kerana ingin menghormati atau menghargai sesuatu. Pastilah ianya memberikan gambaran seolah-olah diri ini tiada pendirian. Heheheeeee...

Memang begitulah diri ini bertindak, maklumlah, sememangnya diri ini terlalu lemah, sebab itu masih lagi mencari-cari cahaya NYA agar dapat dijadikan penyuluh untuk menerangi liku-liku kehidupan ini.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya hanya hati yang suci bakal membisikan yang mana satu harus dilalui di dalam kehidupan ini. Kesucian hati sesungguhnya hanya DIA yang mengetahuiNYA kerana itu adalah antara rahsia-rahsiaNYA yang tersembunyi.

Sebab apa perlu begitu, kerana abg tahu bahawa DIA yang Maha Esa sememangnya mengetahui segala sesuatu apatah lagi yang tersembunyi di dalam Hati.

Moga-moga coretan yang tidaklah seberapa ini dapatlah melaksanakan permintaan adikku Na Shari yang dikasihi kerana DIA.

Bacalah pula artikel-artikel ini, abg lontarkannya untuk ditelaah dan dinilai sendiri oleh adikku Na Shari, moga-moga ianya berguna nanti.


http://www.izoblog.com/isu-semasa/ulama-al-azhar-bersalam-dengan-perempuan


http://al-islam.proboards.com/index.cgi?board=feqah&action=display&thread=135&page=1
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Oktober 22, 2009

Coretan Buat Akak Jaja..4

Ooo.. Moga jadi Cikgu Akak Jaja!.

Pasal blog saya, sebenarnya ada dua yang telah disiapkan iaitu satu dalam bahasa melayu (http://abgbent.blogspot.com) dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Tak perlulah saya berikan alamat untuk blog berbahasa inggeris itu sebab ianya berkaitan dengan hasil-hasil kajian yang telah saya lakukan selain di dalam blog itu juga saya menggunakan nama sebenar.

Rasanya audien untuk blog itu juga adalah berbeza...

Maafkan saya kerana bercerita mengenai diri sendiri di dalam coretan-coretan sebelum ini. Sememangnya saya hanya ingin memberikan input berkaitan persoalan akak tempoh hari. Tidak timbul soal seolah-olah itulah yang harus dipilih.

No.. No.. No...

Di sebalik itu, sememangnya semua itu adalah kuasa Allah yang Maha Esa. Apa yang terpapar di dalam coretan-coretan itu adalah kelemahan diri saya. Siapalah saya yang sememangnya tidak sempurna dan terlalu lemah berbanding Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Dalam pada itu, usah lupa untuk sentiasa melawati blog ini dan jangan terkejut melihat tajuk-tajuk yang saya paparkan kerana sememangnya saya hanya ingin berkongsi mengenai sesuatu yang terselit di dalam hati ini.

Andai salah, tunjukilah saya yang sebenarnya kerana sememangnya saya sedang mencari-cari cahaya-NYA agar dapatlah digunakan sebagai penyuluh onak dan duri di sepanjang laluan ini.

Salam kasih dan sayang buat semua...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Oktober 21, 2009

Buat Saudara Berfikiran Positif

Syabas! kepada saudara yang berfikiran positif. Ya, saya bersetuju dengan saudara bahawa Dunia ini penuh dengan keajaiban.

Teringat saya dengan teori sains suatu ketika dahulu yang mempercayai bahawa dunia ini berbentuk hamparan yang luas. Bagaimanapun, teori itu telah disanggah dan dinyatakan bahawa dunia ini sebenarnya berbentuk bulat. Tetapi selepas itu dan pandangan sains pada ketika ini menyatakan bahawa dunia ini sebenarnya tidak berbentuk bulat tetapi bujur. Itulah dia dunia yang kita duduki.

Namun disebalik itu semua, apa yang ingin saya kongsi di sini ialah pandangan sebuah buku yang saya pernah baca yang menyatakan bahawa salah satu daripada cara untuk kita mengenali maha Pencipta dunia ini ialah dengan melihat ciptaan-Nya iaitu termasuklah diri dan persekitaran kita.

Apabila ini berlaku, maka Cahaya Mata Hati akan menjadi positif di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan di dunia ini.

Disebalik itu semua, saya tetap berkeyakinan bahawa senjata yang paling ampuh di dalam kita menghadapi sebarang cabaran dan dugaan adalah dengan Berdoa kepada-Nya kerana hanya DIA yang mempunyai segala keajaiban yang terjadi di dunia ini, DIA jugalah yang mengetahui keajaiban daripada segala kejadian yang ada di dunia ini.

Masih ingatkah kita dengan peristiwa Isra-Mikraj Rasulllah bagaimana dalam masa hanya semalaman baginda dapat naik ke langit ketujuh? melihat kesengsaraan di neraka dan keindahan di syurga? Itulah keajaiban dari yang Maha Pencipta.

Begitu juga dengan usaha.

Ibarat kata pepatah yang menyatakan bahawa usaha adalah tangga kejayaan. Kalau dahulu masa yang diambil untuk saudara bergerak dari Malaysia ke Mekah mengambil masa beberapa bulan lamanya, tetapi kini, dengan menggunakan teknologi seperti kapal terbang dan kereta, ianya dapat disingkatkan sehingga hanya beberapa hari sahaja. Itulah dia Keajaiban Dunia!.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Coretan Buat Akak Jaja...3

Saya bersyukur pagi ini kerana ada kekuatan untuk berkongsi sesuatu. Rasa syukur yang sukar digambarkan sama ada bentuk dan warnanya. Saya juga rasa teruja membaca persoalan Akak Jaja. Ya, saya membacanya, berfikir dan meneruskan coretan saya pada pagi yang penuh barakah ini. Alhamdulillah...

Saya masih ingat dengan persoalan kedua Akak iaitu bergantung dengan keputusan famili.

Bergantung dengan keputusan famili bukanlah sesuatu yang salah!, saya juga sering melakukannya. Sampaikan ke peringkat mendapatkan calon isteri yang saya miliki sekarang ini pun, sebenarnya ianya adalah pilihan bersama saya dan keluarga.

Walaupun saya tidak pernah “bercinta” dan hanya sekali bertemu dengan Isteri Tercinta saya, iaitu ketika keluarga memperkenalkan saya kepada keluarga Isteri Tercinta saya, tetapi pandangan pertama itulah yang telah mengikatkan kami sehingga kini.

Alhamdulillah dengan anugerah-Nya. Saya tetap berfikir bahawa keputusan yang dibuat secara BerMusyawarah adalah lebih baik daripada berfikir sendirian.

Di dalam hal-hal penting, saya rasa tidak salah andai sesuatu keputusan yang diambil itu terlebih dahulu mendapatkan pandangan famili, apatah lagi keputusan itu akan melibatkan mereka kelak, dalam hal rumah tangga misalnya.

Saya juga masih ingat ketika saya memperolehi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran (phd). Saya mempunyai pilihan di dalam atau di luar negara untuk menyambung pengajian. Tetapi pada akhirnya, keputusan yang saya ambil ialah belajar sahaja di dalam negara. Itu adalah keputusan saya selepas berbincang dengan famili!. Sebenarnya, ramai juga rakan-rakan yang kurang bersetuju dengan keputusan itu.

Ya, pasti ada baik dan buruknya di dalam keputusan saya itu. Dan saya tidak pernah menyesali keputusan yang diambil hasil perbincangan bersama famili itu.

Hakikatnya, apabila famili saya ditimpa musibah yang amat menekan di peringkat awal pengajian saya, saya ada disamping mereka. Saya rasa peristiwa yang berlaku ketika itu tidak akan dapat saya ulangi di dalam hidup ini!.

Mungkin, itulah rahsia disebalik keputusan saya agar belajar di dalam negara. Kehadiran saya bersama famili semasa musibah yang berlaku itu, setidak-tidaknya dapat mengurangkan beban adik beradik terutama ibu saya. Sudah pasti ianya tidak sama sekiranya pada ketika itu saya berada di luar negara.

Apa yang ingin saya kongsikan di atas ialah untuk menyatakan bahawa kehadiran pandangan famili di dalam kita mengambil sesuatu keputusan atau tindakan adalah suatu yang amat penting untuk Pedoman Hidup Kita. Dan perlu diingat, bahawa keputusan yang kita telah ambil, apabila menemui kegagalan, tidak seharusnya menyalahkan mereka kerana pandangan mereka tidak bermaksud itulah keputusan akhir yang harus kita ambil.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Oktober 20, 2009

Coretan Buat Akak Jaja...2

Alhamdulillah, malam ini saya ada kelapangan sedikit untuk mencoretkan sesuatu berkaitan dengan persoalan Akak Jaja.

Persoalan pertama, tak suka cabaran? errmm… saya rasa masalah ini bukan sahaja Akak yang menghadapinya...,

Majoriti umat manusia mungkin mengalaminya. Saya juga sebenarnya menghadapi masalah ini tetapi saya lebih suka mengatakannya begini “saya tidak suka cabaran kecuali cabaran itu ada kepentingannya”.

Segaja saya tambah kecuali pada masalah itu supaya dapat kita fikir-fikirkan bersama. Saya memang tidak suka dengan cabaran andai ianya hanya merugikan masa dan kesempatan yang saya ada. Umpamanya, rakan-rakan mencabar saya untuk mengorat awek!. Sudah pasti saya menolak cabaran itu sebab saya merasakan perbuatan itu hanyalah sia-sia pada saya. Maklumlah, saya pun dah berumah-tangga. Dah ada anak pun, takkan nak melaksanakan cabaran sebegitu pula?

Cabaran yang kita katakan sebagai sesuatu yang mencabar itu pun bergantung pada setiap individu. Ada yang berkata perbuatan seperti berjogging, berenang, berbasikal, mendaki gunung dll itu sebagai sesuatu yang mencabar dan ada pula sebaliknya.

Begitu juga membuat kerja-kerja seperti web blog, software, tesis, laporan, buku dll juga sebagai sesuatu yang amat mencabar, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, suka saya mendefinisikan cabaran itu sebagai sesuatu yang naluri kita mengatakannya amat sukar untuk dilakukan atau dicapai oleh diri kita sendiri.

Persoalannya, bagaimana untuk menghadapinya? ermm, saya pun tidaklah arif mengenainya, tetapi saya lebih suka berkongsi-kongsi pandangan dan merenung-renung sesuatu persoalan itu.

Pada saya, untuk menghadapi sesuatu cabaran, sudah pasti akan saya persoalkan apakah matlamat sebenar di dalam melakukan sesuatu cabaran itu. Andai ianya memberikan manfaat, sudah pasti saya akan melakukan cabaran itu dan sebaliknya pula.

Selepas matlamat, sudah pasti saya akan fikirkan sama ada ianya selari dengan tuntutan agama atau tidak.

Ini adalah perkara pokok untuk saya melaksanakan sesuatu cabaran itu. Andai ianya bertentangan pasti akan saya lupakan sahaja cabaran itu, walaupun ianya dikatakan memberikan keuntungan berlipat kali ganda jadinya.

Disebalik itu semua, perlu juga diingatkan dalam diri agar setiap perkara yang mencabar pasti ada risikonya. Oleh itu, janganlah terlupa mengambil kira risiko sesuatu perkara, sebelum tindakan akhir dilaksanakan.

Seterusnya DOA harus dipohon pada-NYA. Moga adalah keredhaan dari-Nya. Saya tetap berkeyakinan bahawa sesuatu yang mustahil itu pasti terjadi dengan keizinan dari-Nya sahaja.

Dan akhir sekali, pada minda, akan saya tetapkan bahawa apapun berlaku selepas itu, saya akan redha sama ada gagal atau berjaya. Setidak-tidaknya, cabaran itu telah saya lakukan. Ini pada saya amat penting di saat-saat cabaran yang dihadapi menemui kegagalan.

Apapun yang saya coretkan di sini masih terbuka untuk kita sama-sama bincangkan dan fikirkan. Moga adalah manafaatnya kelak buat Akak Jaja yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Coretan Buat Akak Jaja...

Sungguh terharu saya di atas kepercayaan Akak terhadap saya. Sebab itu saya melayari coretan Akak. Namun saya memohon maaf banyak-banyak sebab tidak dapat menghuraikkannya pada saat ini. Sesungguhnnya keadaan tidak mengizinkan, kerana ada sesuatu yang mendesak untuk saya lakukan pada ketika ini.

Terus terang saya katakan bahawa apabila saya menghuraikan sesuatu perkara itu, saya perlu menyerapnya dan mengakibatkan masalah itu akan wujud diminda saya. Tetapi pada masa ini, saya perlu siapkan satu tugasan yang mendesak. Sebab itulah saya tidak mahu menyerapnya dan menghuraikannya pada ketika ini. InsyaAllah beberapa minggu akan datang, akan saya usahakan.

Namun, Hasil penelitian saya, dapat saya ekstrak ada tiga persoalan yang Akak kemukakan iaitu "Tidak Suka Cabaran", "Bergantung Pada Famili", dan "berkaitan Pergantungan Perjalanan Hidup Ini yang Sering Bergantung dengan Famili".

Saya pasti ada beberapa artikel yang Akak boleh baca. Moga ianya dapat membantu.

Selain itu, sebagai penutupnya suka juga saya berkongsi ketika Rasulullah ditanya oleh seorang Perawi hadis tentang sesuatu, maka Rasulullah menjawab “Mintalah Fatwa Hati Engkau” - Hadis 27 di dalam Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi.


P/S: InsyaAllah, akan saya melapangkan diri untuk menjawabnya nanti...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Anda yang Berjaya

Bilamana mengetahui Adik telah mengecapi kejayaan, terus sahaja abg teruja memberikan komentar ini di sini. Barangkali pendek sahaja kerana masa yang amat terhad ketika ini. Sungguh, abg tidak mahu tertinggal mengucapkan Syabas! dan Tahniah! buat Adikku yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Teruskanlah usaha, selagi matlamat hidup ini belum tercapai sepenuhnya. Adik kena berusaha untuk menggapainya. Abg tetap berdoa semoga adik akan dapat menggapai kejayaan yang diimpikan selama ini.

Ingat! di antara semua kejayaan-kejayaan ini, tiada yang lebih berharga selain daripada memperolehi keredhaan-Nya.

Letaklah ranking yang setinggi manapun, perolehilah kejayaan sehebat manapun, berikanlah kekayaan dan kemewahan berlipat kali ganda jumlahnya… Seandainya semua yang dikecapi itu tidak diiringi ucapan syukur dan mengharap keredhaan dari-Nya, abg berasa sia-sialah semua pencapaian itu.

Ketahuilah bahawa semua Kemahsyuran, Kekayaan, Kekuasaan dan yang berkaitan dengan Kebanggaan dan Kepujian adalah hak mutlak bagi-Nya. Siapalah kita berbanding DIA.

Pastilah DIA yang Maha Esa yang menciptakan seluruh alam ini untuk kita nikmati melalui kehidupan ini. Semoga melalui nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya ini, kita akan sentiasa ingat pada-Nya. Setiap masa, setiap ketika, agar kelak tiadalah menjadi sia-sia akan apa yang kita lakukan ketika ini, semasa kehidupan ini.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Oktober 19, 2009

Nasihat buat adikku Syira...2

Buat adikku Syira yang sememangnya saya kasihi kerana DIA...

Memang terlalu payah meresapi masalah yang adik sedang hadapi kini. Sungguh! agak payah menyelaminya kerana jiwa yang abg punyai, sehingga kini masih tidak berupaya meluahkan rasa untuk berkongsi mengenainya.

Untuk itu, di dalam hal-hal yang sebegini, sukalah abg menyatakan bahawa adik masih boleh membuat pilihan. Pilihan yang menjadi taruhan agar terungkaplah segala rahsia yang adik ingin ketahui...

Bukan semua orang dapat merasakan apa yang sedang adik rasai kini dan tidak semudah apa yang orang perkatakan. Barangkali ianya mudah dilakukan, tetapi empunya diri yang mengetahui pastilah agak payah untuk mengiyakan segala macam dugaan kehidupan.

Oleh sebab itu, abg lebih suka menasihatkan adik agar gunakanlah akal fikiran untuk mentafsir segala macam yang adik inginkan. Sesungguhnya DIA amat memahami akan apa yang dikehendaki.

Begitu juga hati dan perasaan. Hanya adik yang berupaya merasainya kerana pilihan itu sememangnya ada di dalam genggaman tangan. Lakukanlah langkah-langkah seterusnya.

Pilihan terbaik? Usah mengharap bulan akan jatuh keribaan kerana kehidupan dunia sememangnya dijadikan sedemikian rupa. Oleh itu, beranilah melakukan sesuatu kerana lumrah hidup ini mengajarkan kita mengenai rahsia alam.

Sememangnya hanya adiklah yang mengetahuinya kerana hati dan perasaan masih bersembunyi di dalam diri adik sehingga kini. Secebis ayat-ayat-NYA yang termampu dikongsikan bersama, barangkali dapat digunakan sebagai penawar pada peritnya perasaan yang dialami kini;


"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNYA. (Al-Baqara, 2: 207)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah UJIAN (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar, 39: 49)


Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI. (Al-Baqara, 2: 64)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Oktober 18, 2009

Wanita Bernama Isteri

Coretan ini saya khususkan bagi mereka yang dinamakan Perempuan atau yang diistilahkan sebagai Wanita.

Satu gelaran di dalam kehidupan yang cukup istimewa bagi wanita ialah bila menjadi Isteri. Isteri adalah kurniaan maha ESA yang sememangnya tiada tandingannya. Pastilah Isteri yang dinamakan wanita. Bukan yang selainnya, OK.... Saya tidak memperkatakan isteri yang dikenali “maknyah”.

Sememangnya wanita dizahirkan di dalam kehidupan ini adalah atas pemberian Tuhan kerana belas ehsan-NYA terhadap lelaki. Memandangkan saya ingin bercerita mengenai perempuan, ada juga baiknya kita melihat pada asal kejadiannya yang disebut sebagai Hawa.

Hawa adalah seorang wanita yang telah dihadirkan oleh Allah SWT bagi menemani hidup Adam yang sedang keseorangan. Ramai yang beranggapan bahawa asal kejadian Hawa adalah daripada tulang rusuk lelaki.

Betulkah begitu?

Pandangan itu seolah-olah telah menjadi sesuatu yang benar walaupun hakikatnya tiada nas shahih dari Al-Quran yang memperkatakannya sebegitu rupa. Sebenarnya wanita itu juga sangat mulia diciptakan oleh Tuhan sebagaimana Adam.

Sebab itulah saya mencoretkannya di sini. Memang saya amat mengasihi wanita yang saya namakannya sebagai Isteriku Yang Tercinta. Apatah lagi Ibuku yang juga dinamakan sebagai wanita. Memang aku mengasihi dan menyayangi kedua-dua wanita yang dinamakan sebagai Ibu dan Isteri.

Saya melakarkan coretan ini adalah khusus buat wanita yang aku kasihi dan sayangi, yang pastinya bukanlah diciptakan dari tulang rusukku ini. Memang bukan begitu kejadiannya.

Opsss... saya tidak memaksa Anda mengakui pemahaman saya ini kerana kalau Anda ikut-ikutan sahaja, pasti taqlid namanya. Merbahaya, ok...

Pemahaman saya mengatakan bahawa perempuan itu asal kejadiannya bukanlah daripada tulang rusuk lelaki, tetapi ianya dari jiwa yang satu...

Ermmm... perlukah saya menjelaskannya?



Baiklah, kerana saya mengasihi Anda, ada juga baiknya kalau saya berkongsi dengan Anda mengenainya...

Sebenarnya nas yang mengatakan bahawa perempuan diciptakan daripada tulang rusuk lelaki adalah disokong oleh teks-teks kitab agama nasrani. Di dalam bible diceritakan bahawa penciptaan wanita itu sememangnya daripada tulang rusuk lelaki;

“… tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. Lalu Tuhan membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, Tuhan mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil Tuhan dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: ‘Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.’ Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu. (Kejadian 2:20-25)

Di dalam Al-Quran pula menjelaskannya seperti ini;

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisa, 4:1)

Ayat Al-Quran di atas memberikan makna bahawa lelaki dan wanita sememangnya berasal daripada jiwa yang sama iaitu dari satu jiwa, terciptalah pasangan bagi Adam, iaitu Hawa. Sayyid Qutb di dalam kitab tafsirnya mengatakan masing-masing merupakan dua bahagian yang tidak mungkin dipisahkan.

Sebab itu saya amat mengasihi Isteriku Yang tercinta kerana dialah pelengkap kepada jiwa yang sedang saya miliki, moga-moga perjalanan hidup yang penuh liku-liku ini akan beroleh destinasi hakiki. Pastilah kehidupan Syurga nan abadi.

Di dalam hal ini, saya perlu berhati-hati agar sentiasa mengingati pesanan Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang memperkatakan tentang wanita;

“Jagalah kaum wanita, sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang teratas, maka jikalau engkau berusaha meluruskannya engkau akan mematahkannya dan jika engkau membiarkannya ia akan kekal bengkok, maka jagalah kaum wanita (dengan baik)”.

Bentuk lain hadis tersebut dinyatakan;

"berwasiatlah/nasihatilah kepada perempuan-perempuan kalian dengan kebaikan, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika kalian memaksa atau berkeras untuk meluruskannya, niscaya ia akan patah. Namun jika kalian biarkan, mereka akan senantiasa bengkok, maka berwasiatlah/nasihatilah dengan kebaikan kepada perempuan-perempuan." (H.R. Bukhari&Muslim)



Hadis diataslah yang telah digunakan sebagai sandaran bahawa wanita itu asal kejadiannya adalah daripada tulang rusuk lelaki. Saya sememangnya tidak menyanggah pemahaman itu kerana saya mengetahui bahawa di dalam kehidupan ini kita harus melihat sesuatu dari pelbagai dimensi.

Sebab itu Anda juga boleh gunakan hadis di atas sebagai sumber tafsiran. Sememangnya hanya DIA yang mengetahui segala-galanya yang tersembunyi di dunia ini.

Pada saya, hadis di atas memberikan pesanan kepada lelaki agar berhati-hati semasa bersama-sama wanita kerana kekerasan tidak akan memberikan kesan yang baik kepada kedua-duanya. Begitu juga andai terlalu berlembut dengan mereka, pasti liku-liku kehidupan yang dilalui ini akan terpesong arah haluannya.

Sebab itu di dalam hubungan lelaki-wanita, lelaki perlu melakukannya secara berhemah. Sememangnya wanita perlu ditegur atau dimarah, ibarat Ibu yang menegur atau memarahi Anak-Anaknya. Disebalik itu pula, harus juga saya pesankan bahawa Anak yang memarahi kembali Ibunya kelak tidak mengecapi Syurga...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Oktober 16, 2009

Wanita diKasihi & diSayangi

Baru sebentar tadi aku menghantar sms kepadanya yang berbunyi

I LOVE YOU
I LOVE YOU
I LOVE YOU

Entahlah, apa kena pula angin aku petang-petang begini terfikir menghantar sms seperti itu. Heheeeee

Yang pasti, memang terkadang aku menghantar sms berbunyi seperti itu. Bukanlah selalu, tetapi kadang-kadang saja, itupun bilamana aku merasa amat merinduinya.

Sebenarnya tengahari tadi selepas solat jumaat, aku telah makan tengahari bersamanya. Kalau ada kelapangan, pasti akan aku makan dengannya. Itu sudah pasti kerana aku memang mengaturkannya begitu.

Kecualilah ada hal-hal tertentu yang aku tidak dapat elakkan, maka akan aku beritahu kepadanya. Itulah sebenarnya diriku yang sedang bercinta dengan wanita yang aku kasihi dan sayangi ini.

Sedang aku minum petang di dalam ofisku ketika ini jam menunjukkan pukul 4.50 petang, aku terasa amat merinduinya pula. Sebab itulah aku menghantar sms yang berbunyi seperti ini

I LOVE YOU

I LOVE YOU

I LOVE YOU

Memang aku amat-amat mengasihi dan menyayanginya.

Kebiasaanya, bila aku berehat-rehat di waktu petang begini, akan adalah rakan-rakan menemaniku, tetapi petang ini, tiada pula yang sudi meluangkan masa mereka untuk menemaniku berehat-rehat seketika, sebelum balik ke rumah.

Barangkali mereka terlalu sibuk dan ada urusan lain, sebab itu tidak dapat meluangkan masa bersama-sama duduk denganku. Tetapi tak mengapa, sebab aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam ofis ini sambil-sambil bercerita dengan Anda. Anda yang sememangnya aku kasihi kerana DIA.

Petang ini aku minum segelas nescafe 3 in 1 yang dibekalkan oleh wanita yang aku kasihi dan sayangi itu. Katanya mudah disediakan. Begitulah caranya dia menjaga makan dan minumku...

ermmm... Entahlah apa pula yang akan difikirkannya nanti bila menerima sms itu petang ini.

Adakah dia akan tertanya-tanya dan terfikir apa sudah terjadi kepada aku ketika ini? Atau barangkali dia akan gembira menerimanya? Memanglah aku tidak pasti. Mudah-mudahan dia akan suka menerimanya nanti.

Kebiasaanya bila aku menghantar sms sebegitu, dia akan membalasnya dengan segera sambil memberikan sesuatu yang membuatkan hati aku juga merasa riang gembira. Heheheee

Memang aku tidak tahu apa pula reaksinya bila membaca sms itu petang ini. Sehingga kini, aku masih belum memperolehi balasan sms darinya lagi. Akan aku beritahu bila mendapat smsnya itu nanti.

Hahhh! Panjang umur, sampai pun balasan sms darinya yang berbunyi....


Opsss....Tak perlulah Anda tahu sebab itu rahsia aku dengannya. Heheheeee....

Apa yang pasti, dia memang aku kasihi dan sayangi. Dialah wanita yang aku namakan sebagai Isteriku Yang Tercinta.

Moga-moga cinta yang aku jalinkan dengannya akan mendapat keredhaan dari NYA jua, InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ujian Peperiksaan... Nasihat buat adik cilipadi

*Coretan buat adik-adik yang akan menghadapi exam, termasuklah adik gadis cilipadi*



Ooo… akan menghadapi peperiksaan SPM yer… semoga berjaya…

Dan nasihat abg, jangan studi last minit. Buat latihan banyak-banyak agar mudah menjawab soalan-soalan peperiksaan itu kelak.

Latihan tubi untuk memahirkan diri memang bagus sekali. Tidak kira sama ada subjek itu kena menghafal atau kena berfikir. Sekiranya adik membuat latihan tubi dengan mencuba dan menjawab pelbagai bentuk soalan, abg pasti adik tidak akan menghadapi banyak masalah ketika menjawab soalan-soalan exam itu nanti.

Usah dilupa juga untuk mengiringkan DOA pada-Nya di dalam setiap usaha-usaha yang dilakukan. Sesungguhnya DIA yang berkuasa di atas segala-gala usaha kita.

Abg harus mengatakan bahawa pengalaman hidup semasa belajar di universiti dahulu memang terlalu indah dan banyak jugalah kenangan manis yang terukir.

Kalau dibanding zaman persekolahan di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, pastilah abg memilih universiti kerana pengalaman hidup banyak dipelajari semasa di universiti. Memang cukup indah dan penuh bermakna… Rasailah sendiri nanti. Bak kata Astro, macam-macam ada!.

Semoga adik gadis cilipadi akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading nanti. Menara gading adalah simbol kejayaan perjuangan semasa di sekolah menengah. Andai adik berjaya menjejakkan kaki ke situ, bermakna adik telah melepasi satu lagi cabaran di dalam pendidikan akademik.

Sekali lagi abg doakan semoga adik akan berjaya! Peluang datang hanya sekali. Memang kita boleh mengulanginya, tetapi bukankah lebih baik melakukannya hanya sekali usaha sahaja dan terus berjaya...

Berbanding mengulanginya banyak kali tetapi masih di takuk lama. Jangan dilepaskan peluang yang datang kerana masa yang berlalu tidak akan dapat diulang semula.

Ianya akan terus belalu tanpa berpaling ke belakang. Seumpama filem jangan pandang belakang, tetapi jangan pula marah bila ditegur. Sememangnya teguran kadang kala boleh melahirkan kesedaran diri agar terbimbinglah perjalanan hidup ini. Dan dari situ nanti, moga-moga akan bertemulah dengan destinasi hakiki...


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Oktober 15, 2009

Coretan Buat adikku Khayty ... Pujian untuk MU

Memang itulah selayaknya yang harus kita lakukan Khayty. Berbuat baik pada semua insan, tanpa mengenal siapapun mereka, asalkan kena pada tempatnya. Kerana barangkali akan terbitlah keajaiban dari segala kekuasaan-Nya.

Saya pun telah menyelesaikan coretan seperti yang Khayty alami, tetapi dari perspektif dan pengalaman sendiri. Moga-moga adalah manafaatnya bila Adik melawati coretan saya dan membaca entri berkaitan dengan tajuk “Kekuasaan, Kemasyhuran dan Keajaiban Anugerah-NYA”.

Moga-moga adalah manafaatnya kelak di dalam adik mengejar kejayaan-kejayaan duniawi semasa kehidupan ini.


Buat Saudaraku... A

Coretan ringkas buat saudaraku yang dikasihi. Sesungguhnya saya tidak dapat melakukan lakaran pepanjang sekrg ini disebabkan kesibukan yang menghimpit.

Apa yang dapat saya lontarkan ialah lakukanlah sesuatu itu kerana DIA. Saya pasti, seandainya itulah matlamat perbuatan yang kita lakukan, berkemungkinan akan adalah sinar cahaya-Nya mengiringi di setiap apa yang kita lakukan.

Elakkanlah melakukan sesuatu itu kerana ikut-ikutan dalam erti kata lain, melakukan sesuatu bukan kerana DIA, tetapi kerana selain daripada DIA.

Hakikatnya, apalah ertinya perbuatan yang kita lakukan seandainya semata-mata untuk mendapatkan pujian?, ketahuilah bahawa sesungguhnya puji-pujian itu hanyalah layak untuk-NYA.

Siapalah kita berbanding DIA. Pastilah DIA yang Maha Esa. Usah mengejar puji-pujian manusia, tetapi berusahalah agar DIA yang akan memberikan pujian. Kerana apa? Kerana itulah matlamat hakiki kehidupan.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Oktober 14, 2009

Coretan Buat Adik Eiytasa... Luaran Sahaja Nampak Baik, Tapi Dalaman?

Abg berasa simpati terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri adik iaitu dilemparkan tuduhan sebegitu rupa. Memang tidak wajar perbuatan itu. Dan perlu abg nyatakan bahawa abg juga rasa bersyukur membaca penutupan komen adik yang dilakarkan dengan ayat yang cukup indah iaitu “saya akan membuat baik selagi terdaya.. semoga Allah merestuinya Aminnn…”

Memang itulah selayaknya perlakuan yang kita harus lakukan. Syabas dan Tahniah buat adikku eiytasa!

Namun, suka juga abg mengambil peluang ini untuk menyatakan sesuatu kepada adikku eiytasa. Izinkan abg berbuat demikian. Moga-moga adalah manafaatnya untuk kita sama-sama fikirkan.

Cuba amati kembali komentar adik. Memperkatakan berkenaan si Tudung Labuh? Apakah ini memberikan maksud bahawa si Tudung Labuh tadi nampak sahaja bersopan tetapi hakikatnya seolah-olah bertentangan dengan perlakuannya?

Persoalan yang berlegar di fikiran abg ialah mengapa pula harus dituduh si Tudung Labuh sebegitu? Nampak sangat ada yang tersirat di sebalik tuduhan itu?

Terus-terang abg nyatakan di sini, mungkinkah itu disebabkan oleh perasaan membara dan bergelora berkaitan dengan Tudung Labuh? Mungkinkah itu juga didorong oleh bisikan-bisikan kebencian kepada yang berTudung Labuh?

Sejujurnya abg tidak pasti dan belum mengetahuinya. Tetapi gambaran yang adik berikan di atas menunjukkan betapa adik membenci si ber Tudung Labuh ini. :)

Dalam hal ini, izinkan pula abg melontarkan pandangan begini;

“Setiap insan pasti ada kelemahan, tetapi mengapa harus dilihat kelemahan itu berbanding kebaikan yang ada padanya”

Mari abg bawakan kisahnya begini, bukankah dengan perbuatan si Tudung Labuh melekatkan peringatan itu bermakna adik semua akan beringat-ingat? Apakah memberikan peringatan sedemikian merupakan satu kesalahan? Usaha si tudung labuh itu pada abg seharusnya sama-sama dihargai, dan seharusnya juga usahlah ditafsir dari dimensi yang negatif.

Bayangkan pula perasaan si ber Tudung Labuh itu apabila masuk ke tandas dan melihat masih terdapat butiran najis terapung-apung di dalam mangkuk tandas itu. Apatah lagi melihat sisa-sisanya melekat pada dinding tandas itu. Apakah perasaannya? Sanggupkah kita melepaskan hajat dalam keadaan sedemikian rupa?

Abg merasa, sebab itulah barangkali dia terdorong melakukan sebegitu rupa. Tidak adakah perasaan menghargai terhadap usaha yang dilakukan oleh si ber Tudung Labuh itu? Memang barangkali peringatan itu seolah-olah memberikan gambaran yang adik eiytasa atau mungkin rakan-rakan lain yang melakukannya. Tetapi seandainya perbuatan itu adik dan rakan-rakan lain tidak melakukannya, mengapa pula harus ada perasaan membenci terhadap si Tudung Labuh itu?

Seandainya si Tudung Labuh itu menuduh adik, bukankah lebih baik berterus-terang sahaja dengannya dan nyatakan apa yang terbuku di dalam hati, daripada terus-terusan mengkhayalkan kemungkinan-kemungkinannya. Apatah lagi kebarangkalian itu tergambar dari sudut negatif sifatnya yang didorong oleh lakaran syaitan.

Pada abg, lebih baik berterus terang sahaja dengannya daripada menyimpan pelbagai perasaan yang kadang-kala membolehkan si syaitan memberikan gambarannya di ruangan minda.

Menurut komen adik di atas, tuduhan yang dilemparkan itu pun adalah dari cakap-cakap yang dilontarkan oleh rakan-rakan yang lain dan bukanlah dari mulut si Tudung Labuh itu sendiri.

Seharusnya adik semua berterima kasih terhadap usaha yang dilakukannya. Bukankah melalui usaha si Tudung Labuh itu, maka terpancarlah kebaikan untuk semua pengguna tandas yang adik maksudkan itu?.

Memang hakikatnya usaha yang sedemikian kadang-kala tidak mendapat pujian kerana setiap kebaikan akan menyebabkan para syaitan berasa kecewa. Sebab itu akan wujudlah pelbagai prasangka menyebabkan perbuatan yang baik akan ditafsir dari sudut negatif. Memang itulah kerja para syaitan dari dahulu sehingga kini. Ingatkah lagi bagaimana nabi Adam dirangsang melakukan kesalahan kepada-NYA ? Memang itulah kerja para syaitan.

Dalam hal ini suka juga abg menasihati agar jauhilah perasaan prasangka, apatah lagi bermain-main dengan perasaan sendiri. Fokus pada apa yang ingin adik lakukan untuk kejayaan dan kebaikan diri sendiri serta masyarakat amnya. Usah pedulikan apa yang orang lain kata andai adik tidak pernah pun melakukan perbuatan itu. Abg berharap pandangan ini dilihat dari sudut positif…

Berkaitan fitnah, bukankah apa yang adik lakukan di sini menampakkan ianya juga serupa fitnah? Cuba bayangkan andai apa yang si Tudung Labuh itu lakukan bukanlah bermaksud seperti apa yang adik sangkakan atau fikirkan. Lagi parahlah jadinya bukan? Cuba kenali dan amati hati si Tudung Labuh itu. Bukankah lebih baik berdepan dan berterus terang sahaja, daripada terus-terusan bersangka kurang elok padanya?

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecah-belahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang-orang yang baik.” (HR: Ahmad)

“Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah.” (HR: Bukhari dan Muslim dari Huzaifah).

Firman Allah,

Sesungguhnya orang- orang yang menuduh (memfitnah) wanita- wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar.” (An- Nur: 23)

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (Al-Hajj, 22: 11)

kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran. (Al-Hajj, 22: 53)


Semoga coretan ini memberikan motivasi yang berguna untuk kita merubah diri. Usah memperkatakan keburukan orang lain, andai diri kita tidak mahu diperkatakan keburukannya.

Bukankah lebih baik kita memuhasabah diri sendiri berbanding memuhasabah orang lain. Sesungguhnya setiap mukmin itu adalah cerminan kepada mukmin yang lain. Sejujurnya, abg lebih rela meluahkan coretan ini berbanding sekadar membaca luahan perasaan seperti di atas. Moga-moga ianya juga membuka pintu hati ini dengan nur cahaya-Nya.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Oktober 13, 2009

Coretan Kedua Buat Adik Syira

Sambungan dari coretan sebelum ini iaitu Kehidupan Dunia Ada Peranannya


Salamelekom, wbt duhai adikku Syira yang sememangnya saya kasihi kerana DIA…

Memang terlalu payah meresapi masalah yang adik sedang hadapi kini. Sungguh! agak payah menyelaminya kerana jiwa yang abg punyai, sehingga kini masih tidak berupaya meluahkan rasa untuk berkongsi mengenainya.

Untuk itu, di dalam hal-hal yang sebegini, sukalah abg menyatakan bahawa adik masih boleh membuat pilihan. Pilihan yang menjadi taruhan agar terungkaplah segala rahsia yang adik ingin ketahui…

Bukan semua orang dapat merasakan apa yang sedang adik rasai kini dan tidak semudah apa yang orang perkatakan. Barangkali ianya mudah dilakukan, tetapi empunya diri yang mengetahui pastilah agak payah untuk mengiyakan segala macam dugaan kehidupan.

Oleh sebab itu, abg lebih suka menasihatkan adik agar gunakanlah akal fikiran untuk mentafsir segala macam yang adik inginkan. Sesungguhnya DIA amat memahami akan apa yang dikehendaki.

Begitu juga hati dan perasaan. Hanya adik yang berupaya merasainya kerana pilihan itu sememangnya ada di dalam genggaman tangan. Lakukanlah langkah-langkah seterusnya.

Pilihan terbaik? Usah mengharap bulan akan jatuh keribaan kerana kehidupan dunia sememangnya dijadikan sedemikian rupa. Oleh itu, beranilah melakukan sesuatu kerana lumrah hidup ini mengajarkan kita mengenai rahsia alam.

Sememangnya hanya adiklah yang mengetahuinya kerana hati dan perasaan masih bersembunyi di dalam diri adik sehingga kini.

Secebis ayat-ayat-NYA yang termampu dikongsikan bersama, barangkali dapat digunakan sebagai penawar pada mainan perasaan;

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNYA. (Al-Baqara, 2: 207)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah UJIAN (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar, 39: 49)

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI. (Al-Baqara, 2: 64)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Oktober 11, 2009

Coretan Buat KC ...2

Kali ini saya ingin berkongsi dua perkara dengan adikku KC yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.


Yang pertama ialah berkaitan dengan kegusaran mendapatkan calon suami. Di dalam hal ini, suka saya mencadangkan kepada kc untuk membaca terjemahan Surah Maryam. Moga Allah SWT akan memberikan ilham kepada kc kelak.


Maryam adalah seorang wanita yang tidak mempunyai suami tetapi kerana dia selalu mendekatkan diri kepada-Nya, maka Allah SWT telah menganugerahkannya seorang putera dikalangan Rasul-Nya iaitu Nabi Isa A.S. walaupun hakikatnya Maryam tidak bersuami. Nabi Isa adalah seorang rasul yang akan diturunkan kembali oleh Allah SWT untuk membimbing kehidupan manusia di akhir zaman kelak sehingga kiamat tiba.


Itulah keistimewaan Maryam yang tidak bersuami yang telah dianugerahkan Allah seorang Rasul untuk menjadi anaknya. Terjemahan surah maryam boleh didapati di dalam Terjemahan Al-Quran, berbahasa Melayu iaitu banyak di jual di kedai-kedai buku Agama. Carilah, moga ada petunjuk dari-NYA kelak.


Perkara kedua yang ingin saya kongsikan ialah mengenai hal peribadi. Saya tetap beranggapan bahawa cerita-cerita mengenai keaiban diri sendiri ada kalanya kita perlu rahsiakan daripada pengetahuan orang lain.


Ya, saya pasti!. lebih-lebih lagi kepada orang yang kita kenali kerana saya beranggapan, suatu masa kelak, cerita itu mungkin menjadi senjata mereka untuk memburuk-burukkan diri kita sendiri.


Seperti yang kc ceritakan, adakalanya seseorang itu hanya mengambil kesempatan sahaja.Mereka menggunakan kesempatan yang ada untuk mengaut keuntungan sementara, sama ada berbentuk wang ringgit atau pengorbanan diri yang lain.


Wang ringgit dalam erti kata seperti belanja makan, belanja reloadkan hp agar dapat berbual, oppsss.. kalau ada yang terasa maafkan saya!. dan segala macam kesempatan yang kadang tidak terjangka, termasuklah pengorbanan diri sehingga ke tahap berzina. MasyaAllah!


Seperti yang saya coretkan sebelum ini, sudah pasti hukuman yang selayaknya ialah seratus kali sebatan. Namun, saya harus mengakui juga bahawa dalam hal-hal hukuman yang sedemikian, saya masih kurang arif mengenainya.


Mungkin pandangan saya agak keras dan berbeza dengan orang lain iaitu kalau di kalangan ahli-ahli psikologi mencadangkan agar cerita-cerita yang menganggu emosi seharusnya dikongsi dengan seseorang untuk meringankan beban masalah yang dihadapi, tetapi bagi diri saya, adalah lebih baik cerita keaiban itu saya kongsi dengan-NYA, lebih-lebih lagi di waktu sepertiga malam atau di kala subuh yang hening, yang diiringi linangan air mata keikhlasan untuk memohon kepada-Nya petunjuk kehidupan. Moga terbukalah pintu hati dengan rahmat-NYA kelak.


Perlu disedari bahawa adakalanya kebahagiaan itu bukan berbentuk material semata, atau pangkat kejayaan sahaja, tetapi yang lebih utama ialah ketenangan jiwa dan hidup yang dilingkari oleh rahmat dari-NYA di dalam melalui ranjau-ranjau kehidupan ini.


Jangan disangka kita sudah beriman dengan-NYA sebelum kita diuji oleh-NYA. Hanya yang berakal sahaja mengetahui kesengsaraan yang dihadapi itu adalah kerana DIA sedang menguji kita. Sejauh mana kita menyakini kehadiran-NYA atau kita tidak mahu meyakini bahawa DIA sedang memerhatikan gerak-laku kita!.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Oktober 10, 2009

Coretan Buat KC


Walaupun saya tidak mengenali cik kc, tetapi dari persoalan yang diutarakan, saya dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku ke atasnya. Atas sebab itulah, saya meluangkan sedikit masa yang ada pada ketika ini, untuk menzahirkan pandangan saya. Moga adalah manafaatnya.

Pada-Nya jua daku berserah.

Pertama-tamanya, ketahuilah bahawa saya juga pernah mengalami tekanan yang teramat sangat. Terus terang saya katakan, sampai mencurah-curah air mata. Tetapi, barangkali tidaklah seteruk cik kc. Maksud saya sehingga tergamak menjauhkan diri daripada keluarga. Apatah lagi kedua orang tua saya. Kenapa? Kerana saya tahu bahawa sebahagian daripada matlamat hidup saya adalah untuk keluarga. Ya, kerana Allah.

Teringat saya suatu ketika Rasulllah SAW ditanya mengenai siapakah selayaknya yang dikasihi, sampai tiga kali sebenarnya Rasulullah menjawab Ibumu. Sebab itu di dalam apa-apa tindakan saya, pasti ukurannya adalah kedua orang tua saya.

Saya tetap mengakui bahawa hidup ini akan diberkati andai mendapat keberkatan daripada mereka berdua. Tak perlu saya huraikannya lebih lanjut. Apa yang ingin saya katakan ialah, sebenarnya saya terkejut apabila kc menjauhkan diri daripada mereka.

Apabila kc memberitahu hidup seolah-olahnya tiada keberkatan lagi, saya dapat merasakan ada sesuatu yang telah berlaku dengan matlamat hidup kc. Minda saya juga ingin mengongsikan dua cerita yang berlawanan yang terkandung di dalam Kitab Shahih Muslim dan Kitab Imam Al-Ghazali. Kedua-dua cerita itu juga telah menjadi Pedoman Hidup saya.

Diceritakan bahawa seorang Pemuda yang amat rajin beribadah, tetapi di akhir hidupnya, dia telah dimasukkan ke neraka!. Biarlah pada ketika ini saya tidak menjelaskan cerita itu secara terperinci, tetapi yang menarik perhatian saya ialah lawanan kepada cerita itu tadi ialah apabila seorang Pelacur, saya ulangi Pelacur, yang telah melacurkan diri sepanjang hidupnya, tetapi suatu hari, dia telah memberi minum seekor anjing, dan kerana keikhlasan wanita tadi membantu seekor anjing meminum air, Allah SWT telah redha dan memasukkan wanita itu ke dalam syurga!.

Bayangkan dua peristiwa yang amat jauh berbeza itu. Seorang ahli ibadah dan seorang pelacur. Tetapi yang berbezanya ialah pengibadah tadi masuk neraka dan pelacur pula masuk syurga.

Apa lagi matlamat hidup yang lebih baik selain Syurga?. Ya, kita boleh cemerlang di dunia dengan mendapat pelbagai gelaran yang selayaknya, tetapi adakah ianya lebih berharga daripada Syurga?

Saya pasti, andai matlamat hidup ini jelas, kc tidak akan berasa semua masalah yang timbul itu sebagai satu masalah, tetapi ianya adalah satu yang harus dilalui agar dekat kepada-Nya. Ingatlah bahawa Yang Maha Pencipta amat-amat menyayangi insan-insan ciptaan-Nya yang bernoda dan berdosa, andai cepat-cepat memohon ampunan dari-Nya. Ya, memohon ampunan dari-Nya adalah insan yang dikasihi-Nya.

Perlu juga diingat bahawa hanya Nabi dan Rasul sahaja yang tidak melakukan kesilapan kerana apa?, kerana mereka mendapat bimbingan dari-Nya. Oleh itu, mintalah bimbingan dari-Nya sepanjang masa.

Moga di lain masa ada kesempatan berbicara, pasti akan saya coretkan lagi sesuatu di laman ini. Moga bertemu kembali...


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Oktober 09, 2009

Pengalamanku bertemu Jodoh .. bhg 23

Kini, aku masih ingat peristiwa ketika aku bersama Gadis Ayu Yang Cantik itu berkenal-kenalan dan beramah mesra duduk di luang legar kafetaria sambil bertanya pelbagai soalan-soalan mudah.

Dia bertanya kepada aku, dan aku pula mengulangi pertanyaan itu kepadanya, begitulah seterusnya pertanyaan-pertanyaan mudah yang berlaku semasa pertemuan pertama bersama Gadis Ayu Yang Cantik itu.

Sebenarnya pertemuan pertama itu terjadi hasil perancangan rapi Kakak yang aku telah ceritakan sebelum ini.

Al-maklum, Kakak itulah juga yang bertanggungjawab menceritakan tentang Gadis Ayu Yang Cantik itu kepadaku dan begitu juga kisah-kisah diriku yang diceritakannya kepada Gadis Ayu Yang Cantik itu, sehinggalah kami terdorong untuk bertemu dan bersemuka sambil berbicara dan berkenal-kenalan bersama-sama.

Sememangnya ketika pertemuan berlangsung, aku sedang membawa tekad agar dapat meluahkan rasa hati, iaitu mengajaknya membina bahtera perkahwinan secepat mungkin. Sememangnya aku sudah tidak tahan dengan pelbagai godaan syaitan.

Lagipun naluri perasaanku semakin bergelora meminta ditunaikan dengan segera agar dapatlah mengecapi apa yang dikatakan sebagai syurga dunia. Opsss… aku tidak mahu detailkan mengenainya. Apa yang pasti, diriku meronta untuk merasai kebahagiaan hidup berumahtangga yang ada tanggungjawabnya tersendiri.

Sungguh sedih, kerana aku tidak dapat mendirikan bahtera perkahwinan bersama Gadis Ayu Yang Cantik itu. Bukan kerana dia atau aku yang tidak sudi, tetapi kerana dia ingin bertangguh.

Menurutnya, dia tidak mahu melangsungkan perkahwinan seawal mungkin. Dia lebih suka berkhidmat kepada keluarganya terlebih dahulu. Lebih kurang tiga atau lima tahun lagi. Oleh itu, dia lebih suka menjalin hubungan sebagai kawan dahulu agar dapatlah dia mengenali diriku.

Hah! Kawan? Dalam hal-hal sebegini, pastilah aku menolaknya juga kerana aku tidak mahu memadu cinta sebelum bernikah!

Itu memang kehendak diriku kerana seperti yang aku beritahu sebelum ini, sememangnya aku terlalu lemah berbanding Anda. Perasaan yang aku rasai ialah manalah tahu kalau-kalau aku tertewas dek pelbagai godaan syaitan…

Aku ini bukannya orang yang tinggi keimanan. Sekejap sahaja bisikan syaitan durjana berdering di telinga, pasti aku tidak akan dapat mengawal nafsu serakah yang sedang mengiringi kehidupanku ketika itu… heheheeeee

Sebab itulah juga aku terpaksa menolak pelawaannya di dalam menjalin hubungan sebagai kawan yang istimewa. Tetapi tolakkanku itu dilakukan secara berhemah sebab aku tidak mahu melukakan hatinya yang telah sudi bersemuka denganku.

Kalau hubungan sekadar kawan biasa, pastilah aku tiada masalah, sememangnya aku ramai kawan perempuan.

Tetapi disebabkan hati sanubariku telah bergetar dan meronta-ronta bila melihat wajah Gadis Ayu Yang Cantik itu, terpaksalah aku mengelak bersemuka untuk kali kedua dengannya.

Seperti biasa, aku mengiyakan sahaja pelawaan hubungan sebagai kawan sepertimana hubungan dengan kawan-kawan perempuan yang lain, iaitu sekadar kawan biasa yang tiada komitmen mengenainya.

Full stop.

Hari-hari yang aku lalui selepas itu terus sahaja berlalu dan aku tidak pernah lagi menelefon atau bertanya kepada Kakak atau Rakanku itu. Apatah lagi menghubungi Gadis Ayu Yang Cantik itu.

Apa yang masih segar diingatanku, selepas pertemuan pertama dan terakhir itu, kami tidak pernah lagi duduk semeja seperti itu. Apa yang aku tahu, dia sering menghantar email kepadaku yang mengandungi pelbagai tazkirah-tazkirah yang berguna. Terkadang aku membalasnya dan lebih kerap aku mengabaikannya sahaja. Pastilah aku berterima kasih kerana kesudiannya menghantar email sebegitu rupa.

Hari-hari terus berlalu…, sehinggalah aku menerima satu panggilan telefon dari Kakak yang aku kenali itu. Pastilah dia bertanya tentang perkembangan apa yang sudah berlaku...

Aku tidak mahu merahsiakannya, dan aku berterus-terang dengan Kakak yang telah membantu aku itu.

Kakak itu juga memaksa aku menjalin hubungan kawan istimewa dahulu dengan Gadis Ayu Yang Cantik itu agar masing-masing dapat mengenali antara satu sama lain.

Tetapi aku tidak bersetuju kerana aku lebih terdorong mendirikan Bahtera Perkahwinanku dahulu sebelum mengenalinya dengan lebih jauh.

Perjalanan hidupku perlu dilalui dengan penuh keyakinan dan kepercayaan, sebab itu dalam hubungan sedemikian, aku takut nanti hidupku dipenuhi oleh pelbagai kepura-puraan hanya kerana menjaga hati seorang insan yang dinamakan sebagai Perempuan.

Aku sememangnya tidak mampu melakukan sedemikian...



(coretan lain akan aku sambung lagi…)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Oktober 08, 2009

Coretan khusus untuk Lis

Salamelekom, wbt adikku Lis…

Ya, memang itulah selayaknya diri kita. Bantu membantu di antara satu dengan yang lain. Apatah lagi sekiranya rakan atau saudara kita itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Pastilah abg tidak akan kedekut meluangkan masa untuk memberikan sedikit pengisian agar kelak peperangan dengan perasaan itu dapat diatasi.

Sememangnya kesibukan kerja menggamit setiap waktu, tetapi bukanlah menjadi penghalang diriku untuk sama-sama berkongsi sesuatu dengan mereka, apatah lagi jika sekiranya mereka itu adalah adik-adikku, penerus masa hadapan agama, bangsa dan negaraku tercinta ini.

“Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Al-Kahf, 18: 95)

Ketahuilah apa yang abg kongsikan di sini merupakan sesuatu yang pernahku alami semasa dan di sepanjang pencarian Pedoman Hidup ini.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankaboot, 29: 69)”

Maaflah adikku Lis kerana tidak dapat menjawab soalan itu. Bukannya abg tak tahu, tetapi apa yang pasti, sememangnya abg sedang berada di muka bumi yang diciptakan oleh-Nya ini.

Kenali daku melalui coretan-coretanku kerana itulah kebesaran-Nya, usah kenali diriku ini kerana pasti bertimbun kelemahan yang ada padaku.

Jangan dituruti segala kelemahan ku tetapi ikutilah petunjuk-Nya selalu. Kelak adalah cahaya dan sinaran kehidupan dari-Nya. Sesungguhnya segala keajaiban dunia ini ada pada-Nya. Oleh itu, pohonlah restu-Nya moga akan terbukalah sedikit-sedikit daripada segala rahsia-Nya.

Salam berkenalan dari abgbent.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Oktober 07, 2009

Pengalamanku bertemu Jodoh .. bhg 22

Akhirnya aku duduk semeja dan bersemuka bersama Gadis Ayu Yang Cantik itu. Sememangnya aku tersipu-sipu malu dan begitu juga dirinya, yang dapat aku perhatikan padanya.

Pertemuan itu kami telah rancang pada awalnya, iaitu bertemu di kafetaria tempat kami bekerja. Masa yang kami pilih sekitar 11.00 pagi iaitu ketika sebahagian staf telah menyelesaikan masa minum pagi mereka.

Walaupun masa yang kami pilih ialah sekitar 11.00 pagi, tetapi kafetaria itu tetap dipenuhi oleh insan-insan lain bagi memenuhi pelbagai keperluan mereka.

Nak tahu perasaanku semasa pertemuan pertama itu? Pastilah aku berasa malu-malu kerana ada terselit sesuatu di dalam hati dan sanubariku. Barangkali itulah yang dikatakan perasaan cinta yang mahu berputik pada seorang wanita. Entahlah…

Hakikatnya ketika itu, aku juga berasa khuatir dek pelbagai spekulasi kelak dilontarkan oleh insan-insan yang suka berprasangka. Oleh kerana itu, bagi menghindari syak wasangka sebegitu rupa, kami telah bersetuju memilih ruang legar yang agak terbuka dan senang diduduki oleh sesiapa sahaja sekiranya mereka mahu duduk semeja bersama-sama kami.

Aku pun sudah lupa apa yang aku minum ketika itu, begitu juga dengan minuman yang diminta oleh Gadis Ayu Yang Cantik itu, sememangnya aku sudah lupa tentangnya. Apa yang pasti, memanglah aku ingin membelanja dia, tetapi dengan lembut dia telah menolaknya.

Konon-kononnya dia tidak mahu terhutang budi, sebab itu dia sendiri yang mahu membayar minuman yang diminumnya. Begitu juga akan diriku. Aku membayar sendiri minuman yang aku minum.

Dalam hal-hal sebegini, pastilah aku tidak mahu membantah. Mengikut sahaja apa yang diminta. Takkanlah pula aku berkeras, nanti maksudku untuk mendampinginya tidak kesampaian pula.

Sejujurnya, aku memang terpikat melihat dirinya. Maklumlah, Cantik dan Ayu pula, dan dihiasi dengan penuh sopan dan santun. Apatah lagi memakai tudung seperti yang aku kehendaki… Getaran hatiku membisikan, inilah Gadis yang aku inginkan. Heheheeee


(Coretan akan disambung lagi lain kali... Sekarang ini, ada tugasan yang perlu dibereskan dahulu)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Kehidupan Dunia Ada Peranannya

Tergamam saya membaca lontaran komentar adikku Syira…

Salamelekom, wbt duhai adikku Syira yang dikasihi kerana DIA. Pastilah masalah yang adik sedang alami kini, tidak saya rasai keperitannya.

Betul! Sukar abg menyerap masalah itu sedalam-dalamnya kerana abg khuatir andai diserap semuanya, nanti tidak beres pula kerja-kerja yang abg harus lakukan untuk hari ini.

Hanya lontaran komentar ini yang dapat diberikan, andai ada masa terluang lagi, akan abg kongsikan di blog Pedoman Hidup nanti...


Hidup di dunia tidaklah indah sepanjang masa kerana itu kita perlu mengetahuinya. Terkadang kita gembira, dan kadang-kala juga kita terlalu bersedih. Semuanya ini, akan dirasai di sepanjang kehidupan ini.

Seandainya kehidupan dunia indah sepanjang masa, sudah pasti ianya bukanlah lagi dinamakan kehidupan dunia, barangkali sudah menjadi Kehidupan Syurga. Kehidupan syurga yang dinyatakan sebagai Kekal dan Abadi.

Kehidupan Syurga sememangnya teramat indah!.

Itulah yang telah diberitahu kepada saya oleh-NYA, melalui para Rasul yang dikasihi-NYA. Sememangnya Rasul yang menjadi utusan-NYA memiliki budi pekerti yang terlalu tinggi. Sebab itu mereka menjadi perantara agar dapatlah menyatakan sesuatu mengenai kehidupan. Kehidupan Abadi yang dijelaskan melalui Hati Sanubari yang terlalu bersih dan tidak dicemari oleh nafsu yang sentiasa menginginkan sesuatu, sesuatu yang belum pasti menjadi hak milik kekal abadi.

Sesungguhnya DIA jualah yang berkuasa di atas segala-galanya yang ada di dunia. DIA jualah yang telah menciptakan seluruh isi dan luaran alam. Alam yang zahir, mahupun yang tidak dapat dicapai oleh akal dan fikiran. Itu yang dinamakan sebagai Kepercayaan.

Kepercayaan yang merasakan DIA sememangnya sentiasa ada di samping setiap masa dan ketika, agar terbinalah jejantas untuk melintas.

Melintas menyeberangi lautan pancaroba kehidupan duniawi, agar tercapailah Matlamat Hakiki untuk menduduki Syurgawi Nan Abadi, yang penuh dengan keindahannya yang tersendiri, yang belum pernah kita miliki, semasa kehidupan ini.

Yang pasti, Syurga memang indah, itulah yang dinamakan sebagai Kepercayaan. Percaya pada mereka yang telah memberitahu akannya, pastilah bukan calang-calang orang yang memberitahu, mereka yang digelar Rasul Mulia, memiliki budi pekerti yang terlalu tinggi.

Mengapa kita harus merasai kehidupan dunia ini sebegini? Kalau adikku masih belum mengerti, ketahuilah bahawa inilah yang dinamakan ujian-ujian duniawi yang harus dirasai sebelum kita mengecapi kehidupan syurgawi.

Mengapa pula kita perlu diuji ?

Ermmm…. Sukar juga abg nak meyakinkan semua, tetapi yang pasti, apa yang berlaku ini perlu dilalui agar jiwa yang kita punyai dapat ditapis kekotorannya terutama nafsu yang menguasai hati dan sanubari, apatah lagi akal fikiran yang menjadi pembeza antara manusia dan haiwan.

Mana mungkin kita dapat menduduki kehidupan syurga andai hati masih diselaputi kekotoran yang boleh menjahamkan kehidupan di syurga sana. Mana mungkin kita dapat menduduki syurga andai nafsu yang kita miliki masih berkuasa berbanding akal dan fikiran. Dan mana mungkin kita merasakan kehidupan abadi andai yang mendudukinya berupaya merosakkan keindahannya nanti.

Di sebalik itu semua, pastilah hanya DIA yang memahami mengapa semua kejadian ini kita harus lalui bersama.

Untuk itu, DOA pada-NYA merupakan senjata paling ampuh dan utama di dalam kita melalui liku-liku kehidupan dunia. Andai selepas berdoa dan yang terjadi pula sebaliknya, ketahuilah bahawa penawarnya adalah Redha.

Redha yang dinamakan sebagai kita memahami bahawa apa yang terjadi adalah ujian-NYA semata, sejauh mana kita telah mengerti apa yang dinamakan sebagai kehidupan duniawi. Inilah yang dikenali ketentuan-NYA yang kita harus rasai.

Moga-moga dengan berlapang dada di atas apa yang dilalui, DIA akan melihat dan memahami bahawa kita sedang melalui proses pembersihan organ-organ dalaman yang dinyatakan sebagai nafsu, akal fikiran dan hati sanubari yang semuanya sedang bersembunyi di dalam diri setiap insani.

Nafsu, Akal Fikiran dan Hati Sanubari yang sentiasa mengingati-NYA pastilah akan mendapat bimbingan dari-NYA, apatah lagi dengan Hati Sanubari yang sentiasa mengharap lembayung keredhaan-NYA sepanjang masa, sudah pasti akan memiliki belas ehsan dari-NYA.

Itulah yang dikatakan sebagai mencapai pengertian akan ertinya kehidupan duniawi.

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Oktober 04, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 21


Wanita pertama aku temui ketika aku terdesak untuk mendirikan bahtera perkahwinanku ialah Gadis Ayu yang diperkenalkan oleh rakanku.

Masih aku ingat bilamana Rakanku memberitahu kepadaku bahawa ada staff baru telah melapor diri di tempat kerjanya. Gadis yang aku kenali Gadis Ayu Yang Cantik, pastilah memakai tudung yang menjadi antara kriteria utama bagi calon isteriku.

Peristiwa itu berlaku ketika aku bertemu dengan rakanku seawal pagi di kafetaria tempat kami bekerja. Sudah menjadi kebiasaan bilamana bersarapan pagi aku akan duduk di kafetaria tempat aku bekerja, sambil-sambil bersembang dengan rakan-rakan dari pelbagai peringkat dan bahagian, sebelum waktu pejabat bermula.

Ketika bersembang-sembang itulah, salah seorang Rakanku Yang Aku Kenali memberitahu kepadaku bahawa ada seorang gadis ayu dan cantik baru sahaja melaporkan diri di bahagiannya. Gadis itu melapor diri belum sampai seminggu lamanya.

Bila mana aku diberitahu seperti itu, apa lagi, membuak-buaklah perasaan diriku untuk mengetahuinya. Bukanlah sekali dua rakanku itu bercerita mengenai Gadis Ayu Yang Cantik itu, tetapi berkali-kali ianya berlaku dalam beberapa hari, sehinggalah aku pun tergerak hati untuk melakukan sesuatu. Gadis itu sebenarnya sama jawatannya denganku, sebab itu Rakanku meng"offer" kepadaku.

Suatu hari, sedang aku menyantap makanan tengahari, tiba-tiba pula aku didampingi oleh seorang Kakak yang sama bahagian dengan Rakanku itu. Sememangnya Kakak itu telah lama aku kenali, iaitu lebih dahulu sebelum aku kenal akan Rakanku itu. Apa lagi, aku pun tidaklah melepaskan peluang utnuk bertanya mengenai Gadis Ayu Yang Cantik yang baru mendaftar itu.

Wah! Tersenyum simpul pula Kakak Yang Aku Kenali bila mengetahuinya. Memanglah dia faham akan maksudku. Apa lagi Kakak itu merupakan seorang wanita yang telah berumahtangga dan telah pun mempunyai beberapa orang anak yang aku sendiri tidak pasti berapa jumlahnya.

Sebenarnya, Kakak Yang Aku Kenali inilah yang selalu memberikan semangat kepadaku agar cepat-cepatlah mendirikan bahtera perkahwinanku.

Bilamana Kakak itu mengetahui yang aku berminat mengenali Gadis Ayu Yang Cantik itu, apa lagi, banyaklah cerita yang dibongkarkannya, termasuklah mengatakan bahawa Gadis Ayu Yang Cantik itu sungguh lemah lembut orangnya, sentiasa tersenyum bila bersua, paling tidak pun, senang diajak berbicara. Sekarang ini Gadis itu sedang berjauhan dengan keluarganya, dan setiap hari sentiasa menghubungi keluarganya.

Wah! a
pa lagi, bila aku mengetahui pelbagai perwatakan positif sebegitu, naluri kelelakianku makin teruja untuk mengenali Gadis Ayu Yang Cantik itu.

Tidak cukup bersembang di kafetaria, aku memberanikan diri menghubungi melalui telefon pula untuk bertanya lebih lanjut kepada Kakak dan Rakanku tentang Gadis Ayu Yang Cantik itu.

Sememangnya hatiku seolah-olah bergetar sentiasa untuk memohon agar dihidangkan cerita-cerita selanjutnya mengenai Gadis Ayu Yang Cantik itu. Lagipun kadang-kala bila mana aku bertanya, jawapan yang diberikan oleh Rakan dan Kakak yang aku kenali itu ”Tak Tahu”.
Ini membuatkan hatiku terus meronta-ronta dan meminta supaya agar dapat berbicara terus dengan Gadis Ayu Yang Cantik itu.

Tetapi... ianya terhalang disebabkan Gadis Ayu Yang Cantik itu masih belum mempunyai sambungan telefon dan pejabat peribadi.

Lagipun, akukan seorang Lelaki Pemalu... Tak eloklah terus sahaja melulu bertanya kepadanya pelbagai perkara! Masih aku ingat Kakak yang aku kenali itu memberitahu dan menasihatiku agar bersabar dan usah terburu-buru di dalam hal-hal sebegini. Pastilah dia akan membantu semampu yang boleh.


(Coretan akan disambung lagi)

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Oktober 03, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 20

Wah! Dah lama aku tidak menyambung cerita mengenai tajuk ini. Maklumlah, banyak sungguh cerita yang aku kongsikan dengan Anda sebelum ini sehingga tidak dapat melanjutkan kisah berkenaan diriku bertemu jodoh.


Kalau sebelum ini aku kisahkan kepada Anda bagaimana beberapa gadis atau wanita cuba memikat diriku, tetapi kali ini aku ingin bercerita berkenaan cara-cara aku mengorat gadis dengan harapan mereka akan menjadi suri di dalam hatiku.


Sebenarnya aku memulakan usaha mengorat wanita setelah aku mengerti bahawa aku mesti berkahwin segera memandangkan usiaku semakin meningkat naik ketika itu.


Ada tiga gadis yang hampir-hampir aku kahwini. Bukanlah berkahwin sekali gus dengan ketiga-tiganya serentak, tetapi kerana tidak berjaya dengan yang satu, aku mencuba pula yang berikutnya, sehinggalah aku bertemu dengan Isteri Tercintaku.


Kisah ini aku ceritakan kepada Anda dengan harapan Anda akan mengerti dan mempunyai keyakinan untuk melakukannya. Manalah tahu…


Sejujurnya aku memberitahu bahawa aku bersua dan bertemu dengan Isteri Tercintaku sekali pandang sahaja dan terus bernikah. Akan aku kisahkan kepada Anda kerana aku ingin berkongsi mengenainya memandangkan kuasa keajaibanNYA terselit di dalam kisah ini.


Bayangkanlah, dengan tiga gadis yang hampir-hampir aku jadikan suri di dalam hidupku, tetapi kerana mereka bukanlah jodohku, akhirnya Isteri Tercintaku pula yang aku kahwini. Inilah yang dinamakan Jodoh, yang sememangnya menjadi hak mutlak ketentuan-NYA dan mengatasi segala-gala kuasa yang ada.


Perlu juga aku beritahu bahawa aku teramat bersyukur dengan kurniaan-NYA kerana aku percaya bahawa apa sahaja yang berlaku di dalam hidup ini, adalah merupakan antara ujian-ujian dunia yang harus aku dilalui. Pada-NYA jua aku memohon keampunan di atas segala kesilapan dan kealpaan diriku semasa melakukan kerja-kerja di dalam kehidupan ini. Sesungguhnya diriku ini terlalu kerdil untuk mengenali apatah lagi mengetahui segala perkara yang tersembunyi.


Syukur Alhamdulillah kerana kini aku memiliki seorang wanita yang penuh dengan kasih-sayang yang dicurahkan kepadaku yang terlalu sukar aku nyatakannya kepada Anda. Dialah wanita yang aku kenali Isteriku Yang Tercinta.



(coretan akan disambung lagi, InsyaAllah)


Baca selanjutnya, Klik di sini...