Selasa, Februari 24, 2009

Warkah Buat Anda, Saudaraku yang dikasihi kerana DIA

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Anda, Saudaraku yang dikasihi kerana DIA.

Kesudian Anda berkunjung ke sini amat saya hargai. Apatah lagi meluangkan masa mengklik iklan-iklan “nuffnang ads” pada blog ini. Ketahuilah bahawa usaha yang Anda lakukan bukan sahaja memberikan keceriaan kepada saya, tetapi juga kepada Isteriku Yang Tercinta.

Nak tahu kenapa? :) ... sebenarnya saya telah mengukir Payee Name” pada blog Pedoman Hidup nama Isteriku Yang Tercinta. Payee Name bermaksud Penerima Bayaran hasil daripada iklan-iklan "Nuffnang Ads" yang Anda klik di paparan blog ini.

Nukilan namanya saya lakukan kerana menghargai kesudiannya mengizinkan saya menggunakan masa terluang di rumah bercerita dengan Anda bukan sahaja di blog Pedoman Hidup, tetapi menjangkau sehingga ke laman blog-blog Anda yang sering saya ziarahi dengan nama pena --> abgbent.

Kalau Anda belum memiliki sebarang blog, saya sebenarnya amat berbesar hati ingin mengajarkannya kepada Anda. Sungguh! percuma sahaja, tanpa ada apa-apa bayaran dikenakan. Percuma sahaja, untuk Anda, saudara yang saya kasihi kerana DIA. Paling penting, Anda perlu berusaha bilamana saya menunjuki cara-caranya kepada Anda. Moga-moga nanti, perkongsian ilmu sebegini akan kelak mendapat keredhaan Ilahi, InsyaAllah. Emailkan sahaja permintaan Anda kepada saya di alamat abgbent@gmail.com

Untuk makluman Anda, dalam beberapa minggu sahaja, blog Pedoman Hidup telah berjaya mengumpulkan nilai RM yang tidaklah seberapa, tetapi perlu saya nyatakan bahawa saya amat mensyukurinya. Walaupun sedikit, hakikatnya bila saya tunjukkan kepada Isteriku Yang Tercinta, senyuman indah sebagai balasannya. Senyuman yang memberikan pelbagai tafsiran untuk saya hargai kerana memberi keizinan menggunakan masa terluang di rumah.

Keceriaan Isteriku Yang Tercinta telah mendorong saya melakarkan pelbagai perkara kepada Anda untuk dikongsi bersama. Lebih-lebih lagi bila saya seorang diri, pasti saya akan melakarkan sesuatu bukan sahaja untuk tatapan Anda, tetapi juga untuk saya sendiri, keluarga dan paling utama, Isteriku Yang Tercinta.

Sekali lagi, saya mengambil kesempatan meluahkan rasa hati yang penuh penghargaan kepada Anda kerana sudi bertandang ke sini. Untuk akhirnya, terima kasih kerana mengklik iklan-iklan “nuffnang ads” pada blog Pedoman Hidup ini.

0 Komen:

Catat Ulasan