Jumaat, Disember 24, 2010

Perempuan Gatal... bhg. 3

Perempuan Gatal...bhg 1

Perempuan Gatal...bhg 2



Antara perlakuan cikgu ilmu hisab yang masih saya ingati ialah dia sering menggoda-goda naluri. Ada kala godaannya membuatkan saya teruja terlebih-lebih sehingga membuak-buak nafsu serakah. Sungguh!

Godaannya membuatkan kewarasan akal remaja yang ada tertewas olehnya. Maklum sajalah, kanak-kanak diusia remaja seperti mana saya dahulu, agak cetek fikirannya, Apatah lagi digula-gulakan, sudah pasti gelora nafsu menjadi-jadi, seperti mana yang dilakukan oleh cikgu ilmu hisab bergelar perempuan gatal itu.

Anda nak tahu kisahnya secara terperinci?

Tak payahlah. Kelak nanti hati Anda berdarah dek menggaru kisah ini terlebih-lebih. Risau juga saya yang menerima akibatnya nanti.

Lebih baik saya beritahu sahaja kepada Anda penawarnya.

Di usia remaja, fikiran yang dimiliki sememangnya masih tumpul. Tidak berupaya menghiris rahsia alam, terutama membelah di antara Syurga dan Neraka.

Ketumpulan akal fikiran di usia remaja itulah yang membuatkan saya dibuai kenikmatan alam dunia. Nasib baik juga ketumpulan itu dapat ditajamkan oleh pengasah yang bijaksana. Dialah yang saya namakan Ibuku Yang Pengasih dan Penyayang.

Kalau yang membuat angkara seperti Perempuan Gatal itu adalah seorang wanita, pastilah penawarnya juga merupakan seorang wanita iaitu bergelar Ibu Pengasih dan Penyayang.

Caranya, saya dipaksa mengaji Al-Quran oleh Ibuku yang Pengasih dan Penyayang selepas bersekolah. Terkadang, oppsss.. bukan terkadang, sebenarnya lebih kerap Ibuku yang Pengasih dan Penyayang memarahi andai tidak pergi mengaji Al-Quran. Masih saya ingat bagaimana rasanya pukulan dan cubitan daripada Ibuku yang Pengasih dan Penyayang sekiranya saya tidak melaksanakannya, mengaji Al-Quran.

Berkat mengaji itulah barangkali saya terhindar daripada kebejatan godaan cikgu ilmu hisab bergelar perempuan gatal itu.

Alhamdulillah, hasil kebijaksanaan Ibuku yang Pengasih dan Penyayang, ianya telah berjaya menghindarkan saya daripada ketagihan dorongan perempuan gatal.

Ibukulah yang bertanggungjawab memisahkan godaan dan dorongan cikgu ilmu hisab yang gatal itu.

Kalau tidak, mungkin juga banyak kemungkinan yang terjadi, barangkali juga saya tidak menjadi seperti sekarang ini, memahami teori ilmu hisab mengenai Nombor Infiniti yang menjadi rahsia mutlak bagi NYA jua. Gabungan Ilmu Hisab dan Al-Quran.

Sebab itulah Anda yang bergelar Ibu Pengasih dan Penyayang, ada baiknya memberikan didikan kepada anak-anak tentang Al-Quran. Moga-moga godaan perempuan gatal dapat dihindarkan, seperti mana yang saya telah lalui 30 tahun yang lalu.

Oklah, Perempuan Gatal kedua yang ingin saya kongsikan pula ialah....


(Akan disambung lagi dilain kali...)

1 Komen:

optionshif3 berkata...

apa nak jadi cikgu macam tue...ajaq la murid2 kearah kebaikan....

Catat Ulasan