Sabtu, Disember 18, 2010

Pak Turut, Angguk-angguk

Wah! sungguh hebat adikku romeo meluahkan pandangannya. Suatu persoalan yang ada kebenarannya. Izinkanlah saya membuka bicara buat adikku romeo yang hebat orangnya, jua tidak dilupa, adikku Tampan Bergaya. Salamelekom, wbt...

Sungguh! bukan negatif sifatnya, tetapi suatu yang harus ditelaah oleh minda. Minda bijaksana, ada kala meluahkan ungkapan sedemikian rupa.

Tidak negatif meluahkan komen, tetapi menjadi negatif bila minda tidak digunakan sebaiknya. Ternampak seakan-akan tidak berakal pula jadinya. Itu Pak Turut namanya.

Pak turut yang mengikut tanpa menggunakan akal dengan sebaiknya. Dalam istilah lain, Taqlid. Mengangguk-angguk walaupun sebenarnya dia tidak tahu apa sebab musababnya.

“Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. ” (Az-Zukhruf, 43: 23)

Namun, itu tidak pula bermakna bahawa semua pandangan harus ditolak. Ada ketikanya bilamana akal menganalisa dan didapati ada kebenarannya, tidak salah menerimanya kerana itu pembelajaran namanya.

Kehadiran ke dunia antara tanggungjawabnya adalah untuk belajar. Dari tak tahu menjadi tahu. Moga-moga pengetahuan yang ditimba kelak dimanafaatkan bersama. Mengajar kepada yang belum tahu.

“Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqara, 2: 32)

“Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.” (Al-Maida, 5: 31)

Gunakanlah akal sepenuhnya untuk membezakan di antara positif dan negatif. Positif belum tentu mengatasi yang negatif dan sebaliknya pula, negatif belum tentu tidak elok berbanding yang positif.

Kedua-duanya harus dianalisa oleh akal yang sempurna kerana ada kala yang negatif ada kebaikannya. Positif yang berlebihan ada kala teramat buruk juga paparannya. Seumpama Law of Attraction dan Law of Rejection.

Moga-moga ayat NYA yang saya bekalkan di bawah memberikan makna untuk kita analisa bersama-sama, InsyaAllah.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqara, 2: 44)

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqara, 2: 19)



1 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

apa khabar..
lama tak singgah sini..
moga abg bent sefamili sihat hendaknyaa...

Catat Ulasan