Selasa, Disember 21, 2010

Memberi Zina, Lucah kah?

Salamelekom, wbt duhai adikku yang dikasihi kerana DIA. Usahlah merajuk andai bicara ini berlainan pula paparannya. Anggap sahaja ianya terpampang dari sisi yang berlainan pula. Harapan abg, moga-moga tambahan contengan ini kelak memancarkan radiasi seperti orang lain kehendaki.

Di dalam hal-hal begini, tindakan minda amat dituntut memainkan peranannya. Usah diguna minda separa sedar, kelak sebaliknya pula yang tergambar. (*___*)

Gunakan minda sempurna bila menelaahnya. Kelak adalah cahaya NYA menyuluh perkerjaan yang dilakukan. Izinkan abg meluahkannya begini...

Seandainya baki RM4 tu diminta dengan perasaan marah dan tidak puas hati, maka buruklah paparannya. Apa salahnya diminta dengan perasaan bertimbang rasa dan berhemah menganggap si pemungut tambang berkemungkinan sudah terlupa.

Tidak salah untuk bertanya. Yang salah bila mana dibiarkan si pemungut tambang bermaharaja lela menipu setiap umat manusia. Dibiarkan sekali, ada kemungkinan berkali-kali dilakukannya nanti. Apakah kita tidak mampu menegurnya secara berhemah? bertimbang rasa? Lebih-lebih lagi teguran bersalut keimanan kepada Tuhan Yang Maha ESA. Ini juga sebenarnya positif kutubnya. Tak salah RM4 itu diminta kembali kerana sememangnya ianya hak kita yang harus dipelihara.

Mindset kekurangan adakalanya bagus juga sebab dari kekurangan itu ianya menyedarkan diri bahawa ada yang perlu diisi, dengan harapan kekurangan tadi dapat diatasi.

Bila mana memberi, biarlah berpada-pada kerana khuatir nanti daripada pemberian sebegitu tidak mendatangkan makna. Lebih penting lagi, tiada keredhaan dari NYA. Itu yang amat dikhuatiri.

Malahan memberi secara membuta tuli ada kemungkinan nafsu serakah terus menjulang naik tingginya, memperkosa dan menelanjangkan maruah insani yang sebenarnya dikuasai.

Seumpama seorang sahabat meminta izin dari Rasulullah SAW untuk melakukan zina. Beberapa kali dia meminta keizinan dari Rasulullah SAW agar diberikan keizinan melakukan zina. Apakah Rasulullah SAW memberikan keizinannya? :(

Teringat pula saya berita gempar beberapa tahun lalu mengenai peristiwa Pembesar/Pemimpin dari negaraku tercinta, Malaysia yang mengatakan apakah beliau perlu menolak sekiranya diberikan sedekah untuk berzina? Sedekah Zina? MasyaAllah!, sampai begitu sekali jahilnya mereka terhadap istilah memberi.

Tak apalah, abg hentikan sahaja contengan di sini. Harap-harap adikku tidak merajuk dek paparan begini. Ketahuilah bahawa abg amat mengasihimu. Kasih yang terlimpah dek belas ehsan dari NYA jua.

0 Komen:

Catat Ulasan