Selasa, Oktober 13, 2009

Coretan Kedua Buat Adik Syira

Sambungan dari coretan sebelum ini iaitu Kehidupan Dunia Ada Peranannya


Salamelekom, wbt duhai adikku Syira yang sememangnya saya kasihi kerana DIA…

Memang terlalu payah meresapi masalah yang adik sedang hadapi kini. Sungguh! agak payah menyelaminya kerana jiwa yang abg punyai, sehingga kini masih tidak berupaya meluahkan rasa untuk berkongsi mengenainya.

Untuk itu, di dalam hal-hal yang sebegini, sukalah abg menyatakan bahawa adik masih boleh membuat pilihan. Pilihan yang menjadi taruhan agar terungkaplah segala rahsia yang adik ingin ketahui…

Bukan semua orang dapat merasakan apa yang sedang adik rasai kini dan tidak semudah apa yang orang perkatakan. Barangkali ianya mudah dilakukan, tetapi empunya diri yang mengetahui pastilah agak payah untuk mengiyakan segala macam dugaan kehidupan.

Oleh sebab itu, abg lebih suka menasihatkan adik agar gunakanlah akal fikiran untuk mentafsir segala macam yang adik inginkan. Sesungguhnya DIA amat memahami akan apa yang dikehendaki.

Begitu juga hati dan perasaan. Hanya adik yang berupaya merasainya kerana pilihan itu sememangnya ada di dalam genggaman tangan. Lakukanlah langkah-langkah seterusnya.

Pilihan terbaik? Usah mengharap bulan akan jatuh keribaan kerana kehidupan dunia sememangnya dijadikan sedemikian rupa. Oleh itu, beranilah melakukan sesuatu kerana lumrah hidup ini mengajarkan kita mengenai rahsia alam.

Sememangnya hanya adiklah yang mengetahuinya kerana hati dan perasaan masih bersembunyi di dalam diri adik sehingga kini.

Secebis ayat-ayat-NYA yang termampu dikongsikan bersama, barangkali dapat digunakan sebagai penawar pada mainan perasaan;

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNYA. (Al-Baqara, 2: 207)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah UJIAN (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar, 39: 49)

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI. (Al-Baqara, 2: 64)

3 Komen:

joegrimjow berkata...

rahsia alam itula menjadikan dunia lebih COOL untuk DIHAYATI

ViLdA FiDa berkata...

jadilah insan yang redha dengan jalan hidup kita yang telah ditentukan oleh Allah swt

Muhammad berkata...

Hidup ibarat satu perjalanan ke satu destinasi yang kita belum pernah sampai.Melalui jalan yang bersimpang siur. Ada kalanya kita perlu menoleh ke belakang untuk melihat kembali samada kita telah melalui jalan yang betul. Sekiranya kita telah terbabas daripada jalan yang sepatutnya kita lalui, kita perlu merintis untuk kembali ke jalan yang asal.

Catat Ulasan