Ahad, Oktober 25, 2009

Saya Yang Lemah

Sama-sama Suraya...

Kita hanya berpeluang untuk merancang dan berusaha tetapi DIA juga penentu kepada segala sesuatu itu. Sesungguhnya apa yang baik itu semuanya dari DIA dan yang kurang elok itu adalah dari kelemahan diri kita jua.

Yang baik dijadikan pedoman dan yang kurang elok mungkin boleh jadi peringatan agar perjalanan hidup ini tidak kecundang.


Cik Putri limau purut, Terima kasih di atas pujian itu. Ketahuilah juga bahawa segala puji-pujian itu hanya layak untuk-Nya. Siapalah saya? sekadar insan kerdil yang sedang mencari-cari cahaya-Nya untuk dijadikan Pedoman Hidup ini.

Antara sebab saya coretkan perkara itu adalah untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang akan, sedang dan telah berumah-tangga.

Ketahuilah juga bahawa sudah pasti niat di hati ini bukan sekadar berkekalan sehingga ke hujung nyawa, tetapi kalau boleh membawa sehingga ke syurga!.

Amin.

2 Komen:

asshafiee berkata...

salam ziarah dari saya, mai la tengok kat sini macam2 ada, jom tukar link dengan saya, blog anda akan disenaraikan di mega links salam perjuangan

Cik Amy Sensei berkata...

salam..

apa khabar abg bent?
moga sihat selalu di samping tugas seharian..

mulakan hari dengan senyuman yeaa!

smileeeee.. :)

Catat Ulasan