Lakaran ini adalah sambungan daripada lakaran-lakaran saya berkenaan Skim SBPA iaitu;
Alahai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) Malaysia
Kecelaruan SBPA, Mengundang Perpecahan Penjawat Awam?
Pada saya, kegagalan skim SBPA yang telah diperkenalkan akhir tahun lalu amat memalukan. Ianya bukan sahaja gagal dan menimbulkan pelbagai persoalan serta kecelaruan, malahan ianya telah turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam, termasuklah juga rakyat Malaysia amnya.
Di kalangan penjawat awam khususnya mereka yang seolah-olah tidak mendapat faedah daripada pengumuman skim tersebut, SBPA dilihat seolah-olah hanyalah bersifat kosmetik semata-mata untuk mengindahkan penampilan para penjawat awam sempena piliharaya umum yang akan datang. Manakala dikalangan yang bukan kakitangan awam, ianya telah dilihat negatif seolah-olah para penjawat awam hanya menginginkan kenaikan gaji yang digambarkan tidak berbaloi berbanding dengan hasil kerja yang mereka laksanakan.
Pengamatan saya juga mendapati ramai yang melihat skim SBPA yang telah dirangka hanyalah untuk menguntungkan pihak atasan sahaja. Benarkah sedemikian yang telah berlaku? Seandainya jawapannya benar, maka malanglah sistem Pentadbiran Awam Negara ini kerana memiliki pegawai-pegawai yang bersikap sedemikian rupa. Sikap berpilih dan tidak mengutamakan kemaslahatan Ummah di dalam merangka dan melaksana segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pemerintah khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
Pemimpin yang tidak adil dan kurang amanah, sudah pasti kelak akan menghancurkan organisasi dan negara ini. Seumpama peribahasa yang seringkali dituturkan berbunyi "seperti ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul".
Kesan daripada pengumuman skim SBPA bukanlah sedikit kerugiannya. Banyak!
Ianya termasuklah perbelanjaan yang digunakan oleh pegawai-pegawai yang terlibat di dalam merangka dan melaksana skim SBPA itu. Termasuklah juga pengorbanan masa yang terpaksa ditanggung oleh semua penjawat awam untuk mendengar celoteh berkenaan kandungan skim tersebut.
Lima minit masa yang diberikan oleh sejuta penjawat awam untuk mendengar ceritera skim SBPA bukanlah tempoh yang sedikit. Apatah lagi andai sejam atau dua jam. Banyak perkara sebenarnya yang boleh dihasilkan oleh sejuta penjawat awam seandainya lima minit, sejam atau dua jam itu digunakan untuk menghasilkan karya berjudul "Kesejahteraan Umat Negara Malaysia".
Lakaran ini saya hasilkan semata-mata untuk berkongsi rasa sebagai orang bawahan di dalam pentadbiran negara ini. Sebagai orang bawahan, saya sekadar menerima arahan daripada orang yang diatas. Sudah menjadi tradisi, bilamana orang yang berada di atas melakukan kesilapan, ianya dianggap sebagai kesilapan kecil, dan seandainya kesilapan kecil itu berlaku kepada orang yang dibawah, maka ianya boleh menjadi besar kerana yang diataslah yang telah menggubal segala peraturan-peraturan untuk diamalkan oleh orang yang dibawah.
(*___*)
Abgbent
p.s: Moga kemungkaran tidak akan berlaku berpanjangan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Isnin, Februari 20, 2012
Jumaat, Februari 10, 2012
Menikmati Kenikmatan yang Nikmat (*___*)
Petang ini, saya ingin meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan Anda. Anda yang masih terus sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan saya di dalam blog Pedoman Hidup ini.
Kali ini, saya ingin menyatakan suatu kalimah yang dipancarkan oleh bakal anak murid saya dari negara seberang, Indonesia. Dari Acheh, orangnya tampan segak bergaya. Dia beriya-iya ingin menuntut ilmu sains daripada saya. Tak apalah, kisah itu akan saya panjangkan kepada Anda suatu hari nanti...
Berkenaan kalimah yang dipancarkan oleh bakal anak murid saya dari Acheh itu, ianya berbunyi;
Hati adalah wadah terindah yg dapat menampung semua kepahitan dan merubah semuanya menjadi manis dan indah.... (nuansahati.com)"
Tak semena-mena, hati saya terdorong pula untuk menambah dengan berkata;
"Manis dan Indah itu barangkali hanyalah fatamorgana bilamana Pancaindera yang merasainya tidak dijilbabkan dengan nama NYA"
Lalu, hari ini, saya pula terbaca nukilan adikku Tampan Bergaya yang memancarkan ungkapan berkenaan kehidupan indah, iaitu;
Hidup memang selalunya indah.
Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Anda. Anda menjadikan hidup Anda tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.
Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.
Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.
Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, tiap kali Anda memikir masalah, samalah seperti Anda selalu meminta masalah dimunculkan.
Setiap kali Anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah Anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup Anda.
Setiap kali Anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kepokaian, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau simply sesuatu berlaku di luar kemahuan Anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.
Bertenanglah. Berserahlah.
Apabila sesuatu sudah berlaku, Anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi Anda akan kuasa mengawal apa yang bermain di fikiran Anda.
Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.
Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada Anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada Anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.
Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.
Ubah sikap Anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.
Bezanya, cepat atau lambat saja.

Rabu, Februari 01, 2012
Kecelaruan SBPA, Mengundang Perpecahan Penjawat Awam?
Sebelum ini saya ada melakarkan pandangan mengenai skim SBPA yang telah menggantikan Skim SSM penjawat awam di negara Malaysia dengan tajuk "Alahai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) Malaysia".
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Tidak sia-sia saya melakarkan pandangan itu kerana akhirnya, skim SBPA telah disemak semula oleh Kerajaan Malaysia.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa skim SBPA yang baru diperkenalkan itu telah Gagal. Kebiasaannya, sesuatu yang gagal seharusnya dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan yang berpatutan.
Lihat sahaja pelajar-pelajar sekolah. Bila mana mereka gagal memenuhi kriteria tertentu, mereka tidak akan dibenarkan memasuki kelas-kelas yang hebat.
Bukanlah bermaksud dinafikan keupayaan pelajar yang gagal itu untuk berada di dalam kelas-kelas yang hebat, tetapi yang lebih dikhuatiri ialah mereka akan mengalami mudharat di dalam proses pembelajaran seterusnya nanti. Begitu jugalah halnya kepada pelajar-pelajar yang memang hebat, seandainya tidak diasingkan daripada pelajar-pelajar yang telah gagal, berkemungkinan pula pelajar-pelajar hebat tidak akan dapat mengembangkan kehebatan mereka dengan cepat dan pantas di dalam proses-proses pembelajaran seterusnya.
Pandangan seumpama itu saya utarakan supaya kecemerlangan yang diharapkan di dalam sistem Perkhidmatan Negara Malaysia akan terus berkembang maju dan memenuhi citarasa semua pihak pada masa dan keadaan yang sering kali berubah.
Seumpama KPI (Key Performance Index) yang diperkenalkan untuk diterjemahkan oleh semua penjawat awam, seterusnya yang terbaru "Exit Policy" yang diharap kelak menyumbang pada prestasi penjawat awam seiring dengan kenaikan-kenaikan gaji yang dinikmati.
Masa tidak mengizinkan saya meneruskan lakaran ini, InsyaAllah saya akan menyambungnya lain kali untuk kita berkongsi pandangan mengenai SBPA yang disemak semula...
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Jumaat, Januari 20, 2012
Bahagian 5, Tips Agar diSayangi Suami
Salamelekom,
wbt kepada Anda yang masih terus setiasa menemani kehidupan alam maya saya di
dalam blog Pedoman Hidup ini.
Didoakan
semoga Anda dan saya terus bernaung di bawah lindungan Ilahi. Hari ini
merupakan hari Jumaat, dan hati saya mendesak untuk menjenguk seketika ke dalam
blog Pedoman Hidup ini, seterusnya memasukkan sebuah entri baru untuk tatapan
Anda bersama.
Kali
ini, tajuk entri yang saya pilih untuk dikongsi dengan Anda ialah “Bahagian 5, Tips Agar Disayangi Suami”.
Sudah agak lama saya tidak menyambung coretan mengenainya.
Maaflah duhai Adikku Yang Ingin Disayangi Suami. Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah terus dihimpit kesibukan, menyebabkan tumpuan saya lebih ke arah menyelesaikan pelbagai tugasan-tugasan yang ada.
Tetapi untuk tidak menghampakan Adikku Yang Ingin Disayangi Suami, jua Anda yang terus setia menemani kehidupan alam maya saya, ada baiknya pagi ini, saya paparkan sebuah kisah, hasil Luahan Hati Seorang Suami. Moga-moga kisah Pedoman Hidup yang saya kongsikan ini menjadi ikhtibar buat kita semua, InsyaAllah.

Kisahnya
begini;
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yang saya hormati, saya tidak tahu di mana
ingin saya mulakan bicara ini, tetapi saya mesti menceritakan kisah ini kepada
ustaz supaya hati saya akan menjadi tenang dan mungkin akan dapat meredakan
rasa berdosa saya selama ini…
Ustaz mungkin tidak kenal saya, namun saya mengenali
ustaz.
Untuk makluman Ustaz, saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan
mendengar Luahan Hati saya ini.
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg
amat baik dan setia. Namun, saya tidak pernah menghargai kasih-sayangnya kerana
pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan
permata.
Ustaz, saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang
pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya, seorang yang tidak pandai bergaya, tetapi kuat pegangan agamanya. Bertudung
labuh, bersopan santun dan baik budi bahasanya.
Untuk makluman ustaz, perkahwinan kami diatur oleh
keluarga dalam keadaan yang sebenarnya saya masih belum bersedia.
Terus terang saya katakan bahawa saya sebenarnya sudah mempunyai
teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya. Teman wanita saya agak
sosial sedikit dan tidak menutup aurat, tetapi yang paling penting, kami saling
cinta-menyintai.
Selepas berkahwin dengan isteri saya, jiwa saya menjadi
kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya,
dialah yang telah menyebabkan saya tidak dapat bersama dengan kekasih saya amat
saya cintai itu.
Sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tidak
tahan dengan kerenah saya.
Namun, rupanya, isteri saya adalah seorang wanita yang PENYABAR.
Pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya, tetapi
selama mana lambat sekalipun, dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam
rumah. dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan? Nak saya
panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Pernah suatu hari saya menampar mukanya, kerana dia
bertanya kepada saya “Abang dah solat?” Abang tak pernah solat ke?” Paannggg..!!
Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram, marah dan rasa
terhina bercampur ego yg menggila…
Bengkak pipinya, dia menangis terisak-isak. Saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya, tetapi rupa-rupanya dia BERSABAR dan melayan
saya sebagai suaminya.
Ustaz, pernah suatu hari, dia ingin bermanja dengan saya,
membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu, saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone. Ketika dia ingin
menyuapkan nasi ke mulut saya, saya menolaknya sehingga jatuh berkecai pinggan bersama
nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata, dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan di lantai…
Saya bertambah lupa daratan. Saya habiskan masa berhibur
dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih
sakit hati dan meninggalkan saya. Rupa-rupanya, dia tetap TABAH & BERSABAR.
Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak
mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Pernah suatu ketika apabila keluarganya datang
bertanyakan khabar, dia kata dia amat bahagia bersama saya. Tapi sebenarnya saya
tahu, yang dia berbohong untuk menutupi
kesilapan saya.
Suatu hari, saya telah diberikan balasan oleh Allah. Saya
terlibat dengan kemalangan. Tulang paha saya patah dan tidak berdaya utk
bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya. Ketika itulah isteri
saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya dia tadahkan, dia
basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli. Dialah yang
memandikan saya, menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya. Bila
saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut
sakitnya, dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong-hayang
kerana tidak cukup tidur. Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan
memberikan kepada saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur,
tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.
Ustaz, isteri sayalah yang menyuapkan saya makanan, dia
sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan
makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan
kembali, sewaktu saya terlantar sakit, tiada siapa pun dari teman-teman yang
setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan. Apatah lagi
melawat. Kekasih saya, lagi lah... Apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak
boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami
diputuskan. Kononnya saya sudah menjadi suami orang.
Huh... sekarang baru dia kata saya suami orang, dulu, dialah
yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika
itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan. Ustaz, saya seorang suami yangh kasar, kejam dan zalim kepada isteri
yg menyayangi saya. Besarnya dosa saya…, saya amat menyesal rasanya.
Ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya
beransur pulih, isteri saya jatuh sakit. Bbadannya menjadi kurus kering. Tiada
selera makan, terbaring, tak bermaya. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya
jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati…. Hati saya menjadi sebak
kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz, kesihatan isteri saya makin teruk, mukanya makin
pucat, tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas-puasnya, memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.
Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan
saya…. “Abang saya dah lama maafkan abang… saya sayangkan abang”.
Berderai airmata saya, hancur hati saya, pilu bercampur
sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz, selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan. Saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya, saya kucup
dahinya… Sambil airmata ini tidak
berhenti-henti mengalir. “Jangan menangis bang…. bukan salah abang… mungkin
saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum, seolah-olah hati
saya disambar halilintar. Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang
melawat terpaksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu
bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz, isteri saya ada berkata, dia meminta maaf kerana
tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir. Saya meraung, merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya. Tapi
katanya, setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri
baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustaz, saya menangis… Sehingga
saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu.
Tepat jam 3.00 ptg, setelah dua minggu berada di hospital,
isteri saya telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. Dengan bebanan
dosa dan jutaan kekesalan yang menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya… menyesal
di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz, jiwa saya tidak tenteram. Apakah Allah akan
mengampunkan dosa saya ini? Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk
saya kepada isteri akan diampunkan Allah? Tolonglah ustaz, saya amat menderita.
Jiwa saya terseksa, mungkin inilah hukuman yang patut saya terima. Masih
terngiang-ngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya. “Abang, jagalah
diri baik-baik, jangan lupa tunaikan solat, berbuat baik, takutlah kepada
Allah…. dan jika bertemu dengan insan bernama isteri, janganlah berkasar
dengannya, sayangilah dirinya.”
Ustaz, sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir,
dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati. Lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya, tetapi tidak sempat dia nikmati kasih-sayang
yang terkandung dalam lagu itu. Dia harapakan dari saya, di dalam nota itu dia
menulis “Abang, dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu, dahulu, saya sentiasa
menanti abang pulang ke rumah, menyambut ketibaan abang, saya teringin sangat
nak makan bersama abang, mendengar cerita daripada abang, bergurau dan bermanja
dengan abang, memeluk abang ketika tidur…., tetapi semuanya mungkin tidak
sempat bagi saya, jaga diri… Sayang Abang Selamanya."
Ustaz, .saya harap ustaz tak marah saya meluahkan
perasaan begini panjang kepada ustaz…. kerana inilah pesanan isteri saya sekiranya
saya merasa terlalu sedih. “Ceritakanlah pada ustaz, dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang” itulah pesanannya.
Ustaz, saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi
mereka yg bergelar suami. Sayangilah isteri Anda, selama mana Anda berpeluang
utk berbuat begitu. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan. Pasti
Anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Tajuk lagu yang ditujukan oleh Isterinya ialah;
Klik di sini (Now & Forever) atau boleh juga di sini (Now & Forever) dengan lirik, Sumber dari Sini
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Khamis, Disember 22, 2011
Alahai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) Malaysia
Salamelekom wbt...
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Apa khabar Anda hari ini? Saya mendoakan semoga Anda sihat sejahtera, dikurniakan kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan sepanjang hari ini, begitu juga dengan diri saya, Ameeen.
Sebenarnya, saya teruja berkongsi cerita dengan Anda hari ini mengenai skim baru kepada penjawat awam Malaysia yang telah diubah daripada SSM (Sistem Saraan Malaysia) menjadi SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam), berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 nanti.
Ramai penjawat awam yang rata-ratanya saya temui melahirkan rasa kurang senang berkenaan SBPA yang baru diperkenalkan. Biasalah, perkara baru pasti akan memunculkan pelbagai persoalan yang harus ditentukan jawapannya. Tugas itu kenalah JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) yang melaksanakannya.
Segala persoalan yang timbul, harus dijawab oleh pihak berwajib kerana merekalah yang menggubal segala perubahan yang terdapat di dalam SBPA. Dan pada pandangan saya, tindakan yang mereka lakukan haruslah mengambil kira terma-terma Adil dan Saksama bersandarkan ukuran yang jitu iaitu mempunyai kriteria yang boleh diterima oleh semua pihak sebagai ukuran yang jelas dan tepat.
Seandinya pihak JPA mengambil kira terma Adil dan Saksama, pastilah segala rungutan para penjawat awam berkenaan SBPA dapat diredakan.
Di dalam SBPA ini, rata-rata penjawat awam meluahkan rasa kurang senang terutama berkaitan Gaji. Kalau Anda bertanya kepada saya, respon yang dapat saya berikan mengenainya sama juga, Kurang Senang. Tapi tak mengapa kerana saya yakin rezeki itu adalah pemberian daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Kaya lagi Berkuasa yang memberikan segala kehidupan ini kepada saya.
Kepada NYA jua saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas limpahan rahmat dan hidayah NYA ini. Moga-moga hati nurani saya akan kekal bersama-sama dengan NYA sepanjang masa, InsyaAllah.
Tetapi sebagai seorang manusia berakal, ada baiknya juga saya melontarkan pandangan kepada mereka yang menggubal SBPA, manalah tahu penglihatan mereka akan berubah pula pada dimensi yang sebelum ini mereka kurang sangat menelaahnya. Moga-moga nanti adalah perubahan yang akan mereka lakukan terhadap kepincangan SBPA supaya kelak SBPA yang terhasil betul-betul disenangi oleh semua penjawat awam. Sepertimana harapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memberikan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".
Walaupun di dalam SBPA berlaku kenaikan gaji kepada para penjawat awam, tetapi kenaikan itu dilihat seolah-olah tidak mengambil kira terma Adil dan Saksama. Bayangkanlah kenaikan gaji yang diwar-warkan sebelum ini sebanyak RM80 hingga RM320 tetapi ada pula penjawat awam yang menerima kenaikan sehingga 45% daripada gaji asal. Wah! Hebat!
Di dalam hal-hal begitu, timbullah persoalan Adil dan Saksama, di antara ialah Apakah kayu ukuran yang telah digunakan sehingga sidia mendapat 45% dan sidia pula hanya sekadar beberapa peratus sahaja? Seperti yang saya nyatakan, Kayu ukuran perlulah jelas dan tepat serta disenangi oleh semua pihak. Di dalam hal berkaitan, ada baiknya Anda telaah catatan ini, Isu Projek Fidlot NFC dan CUEPACS yang mana secara sindiran diluahkan kepada pihak berwajib.
Bayangkan juga perubahan tangga gaji penjawat awam yang telah berkhidmat selama satu hingga tiga tahun, tiba-tiba disama-ratakan. Ini juga antara luahan kurang senang yang disebarkan melalui cerita-cerita waktu rehat bersama penjawat awam. Tak perlulah saya memperincikannya di sini kerana informasi ini dikatakan sebagai "Rahsia". Sudah pasti penjawat awam yang telah berkhidmat selama setahun merasa gembira, sebaliknya pula penjawat awam yang telah berkhidmat selama tiga tahun berasa kurang senang. Selain itu, ada juga tangga gaji yang dikekalkan, iaitu tidak berubah, sama seperti sebelumnya.
Oleh sebab itulah, isu-isu begini perlu dijelaskan agar semua pihak dilihat telah diberikan keadilan dan kesaksamaan yang serupa.
Biarlah kriteria yang digunakan oleh pihak berwajib mengambil kira faktor-faktor seumpama Kekananan - Time-base (lamanya berkhidmat di dalam perkhidmatan awam), Pencapaian - Performance (Khidmat Cemerlang) dan paling utama, Kelulusan - Qualitfication iaitu peringkat Sijil, PMR, SPM, STPM, Ijazah dan Ijazah lanjutan. Kriteria ini dapat dan mudah difahami oleh semua pihak khususnya yang merasakan seolah-olah perubahan di dalam SBPA adalah kurang adil.
Moga-moga penggunaan kriteria seperti Kekananan, Pencapaian, Kelulusan dan selainnya, kelak akan memberikan gambaran bahawa Kerajaan Pemerintah sememangnya memberikan Keadilan kepada semua penjawat awam seumpama slogan yang sering digunakan iaitu 1Malaysia yang mengutamakan Pencapaian .
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Jumaat, November 25, 2011
Malaysia - Akta Universiti dan Kolej
Hari ini, saya telah membaca sebuah artikel daripada akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk berita "Seksyen 15 AUKU akan dipinda".
Antara kandungannya ialah "Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik tetapi dalam masa yang sama, mereka adalah dilarang membawa politik kepartian ke dalam kampus".
Tersenyum-senyum saya membacanya. (*___*)
Bukan apa, saya juga telah melalui pengalaman itu semasa di universiti dahulu.
Daripada kandungan berita itu, apa yang dapat saya simpulkan ialah "mahasiswa boleh menjadi ahli parti, tetapi dalam masa yang sama, mahasiswa juga ditegah membawa politik kepartian di dalam kehidupan kampus".
Persoalan ringkas yang saya ajukan di dalam hal ini ialah untuk apa mahasiswa menjadi ahli parti politik kalau dalam masa yang sama, tidak berperanan apa-apa? Seumpama menjadi ahli di dalam satu persatuan, tetapi peranannya sekadar melihat dan mendengar sahaja.
Barangkali dalam bahasa kesat saya menterjemahkannya sebagai "Tunggul Kayu". Sekadar penambah bilangan ahli barangkali. Itukah yang dikehendaki daripada para mahasiswa ini? Entahlah...
Barangkali juga persoalan yang sedang bermain-main di dalam minda saya sekarang ini, adalah sama dengan persoalan yang ada di dalam minda Anda pada ketika ini. Itupun seandainya Anda juga terdorong seperti saya yang ingin bertanyakan mengenainya.
Herrmmmm...

Rabu, November 02, 2011
Warkah Buat Anda... Kekasih Hati
Salamelekom, wbt.
Apa khabar Anda hari ini?
Saya berdoa semoga Anda sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Tuhan Maha ESA, dan begitu jualah hendaknya kehidupan saya sekeluarga. Ameen
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai pencapaian blog Pedoman Hidup sehingga kini. Ketahuilah bahawa blog ini saya hasilkan adalah kerana ingin berkongsi cerita dengan Anda semata-mata. Moga-moga jua, Tuhan Maha ESA meredhainya dan seterusnya meredhai pula perkenalan saya dengan Anda selama ini, InsyaAllah.
Jumlah statistik yang dipaparkan di dalam blog ini memaparkan pelawat hariannya sudah melebihi 120 orang. Manakala statistik daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd pula menunjukkan 250 paparan blog Pedoman Hidup yang dibuka dalam sehari.
Terima kasih saya ucapkan kepada Anda kerana masih terus setia dan terus sudi berziarah ke sini. Andalah jua pemberi ilham untuk saya meneruskan lakaran di dalam Blog Pedoman Hidup ini.
Tidak dilupa, kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd., saya juga memanjangkan ucapan terima kasih saya kepada mereka kerana sudah lima kali pihak mereka menghantar Cek yang kesemuanya berjumlah melebihi Empat Ratus Ringgit Malaysia, RM400.00. Walaupun barangkali jumlahnya bukanlah ribuan ringgit, tetapi saya tetap menghargainya.
Kepada Anda yang menghantarkan email, tetapi tidak sempat saya membalasnya, InsyaAllah, ada kelapangan masa, segala persoalan-persoalan yang dikemukakan akan saya berikan jawapannya. Seboleh-bolehnya, jawapan yang saya berikan adalah hasil luahan hati sanubari saya sendiri. Moga-moga jua ianya kelak melekat di dalam hati sanubari Anda pula, InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Apa khabar Anda hari ini?
Saya berdoa semoga Anda sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Tuhan Maha ESA, dan begitu jualah hendaknya kehidupan saya sekeluarga. Ameen
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai pencapaian blog Pedoman Hidup sehingga kini. Ketahuilah bahawa blog ini saya hasilkan adalah kerana ingin berkongsi cerita dengan Anda semata-mata. Moga-moga jua, Tuhan Maha ESA meredhainya dan seterusnya meredhai pula perkenalan saya dengan Anda selama ini, InsyaAllah.
Jumlah statistik yang dipaparkan di dalam blog ini memaparkan pelawat hariannya sudah melebihi 120 orang. Manakala statistik daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd pula menunjukkan 250 paparan blog Pedoman Hidup yang dibuka dalam sehari.
Terima kasih saya ucapkan kepada Anda kerana masih terus setia dan terus sudi berziarah ke sini. Andalah jua pemberi ilham untuk saya meneruskan lakaran di dalam Blog Pedoman Hidup ini.
Tidak dilupa, kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd., saya juga memanjangkan ucapan terima kasih saya kepada mereka kerana sudah lima kali pihak mereka menghantar Cek yang kesemuanya berjumlah melebihi Empat Ratus Ringgit Malaysia, RM400.00. Walaupun barangkali jumlahnya bukanlah ribuan ringgit, tetapi saya tetap menghargainya.
Tetapi, seandainya Anda masih lagi belum menerima jawapan daripada saya, ketahuilah bahawa saya akan tetap berusaha membalasnya, InsyaAllah.
Pada ketika ini, saya hanya mampu memohon maaf kepada Anda kerana membuatkan Anda ternanti-nanti balasan daripada saya. Maaflah... Memang itulah selayaknya luahan kata yang dapat saya berikan untuk tatapan Anda. Permohonan Maaf...

Ketahuilah jua bahawa saya bukanlah menyengajakannya, tetapi disebabkan saya ingin memberikan jawapan yang terhasil daripada dalaman diri saya sendiri, maka ada kalanya memang terlalu sukar untuk saya memperolehi jawapan itu. Apatah lagi mengilhamkannya di dalam email peribadi Anda sendiri. Maka, sebab itulah pada ketika ini, saya hanya mampu meluahkan permohonan maaf kepada Anda kerana membuatkan Anda terus ternanti-nanti jawapan daripada saya.
Saya akan terus berdoa semoga ilham yang terpapar untuk tatapan Anda di dalam Blog Pedoman Hidup bukan atas dorongan nafsu, tetapi moga-moga Tuhan Maha ESA memberkatinya, InsyaAllah.
Kepada Anda, yang ingin mengenali diri saya, permohonan maaf jua saya paparkan di sini untuk tatapan Anda. Realitinya, saya bukanlah insan istimewa. Saya juga sama seperti Anda. Seorang Insan yang masih lagi berusaha mencari-cari cahaya Ilahi untuk dijadikan Pedoman Kehidupan ini.

Terima kasih jua kepada Anda yang ikhlas memberikan nombor telefon peribadi dan meminta dihubungi. Seandainya saya tidak menghubungi Anda dan seterusnya tidak pula memberikan nombor telefon peribadi saya, luahan Kemaafan jua saya paparkan di sini untuk tatapan Anda.
Blog ini, antara matlamatnya memanglah untuk berkenal-kenalan dengan Anda. Betul!
Saya ingin berkenalan dengan Anda.
Tetapi seandainya pelawaan Anda untuk berjumpa atau berbicara melalui telefon, saya tidak terima, itu bukanlah pula bermaksud saya tidak mahu berkenal-kenalan dengan Anda. Memang Tidak!
Realitinya, saya memang amat mengasihi Anda.
Apatah lagi Anda sememangnya terlalu setia menemani kehidupan saya di alam maya ini. Sesungguhnya saya amat menghargainya. Tetapi seandainya disebabkan saya tidak mahu memberikan identiti sebenar membuatkan Anda marah, meluat, atau pelbagai lagi sifat "Hantu", maka, permohonan maaf jua saya paparkan di sini. Sememangnya itulah kekurangan diri saya. Moga-moga Anda menerimanya, InsyaAllah.

Selasa, Oktober 25, 2011
Bersemangat @ Bermotivasi
Salamelekom, wbt buat Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA, Lebih-lebih lagi, Adikku yang ku gelar Tampan Bergaya, moga-moga Anda semua sihat sejahtera, sentiasa di dalam naungan rahmat Allah SWT.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Walaupun masih banyak kerja yang saya perlu bereskan hari ini, tetapi disebabkan saya telah terbaca "Motivasi dan Semangat" hasil ukiran indah daripada Adikku Tampan Bergaya, maka pada pagi ini, saya ingin meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan Anda. Moga-moga jua, Adikku Tampan Bergaya akan memancarkan semula semangatnya jua motivasi yang dimilikinya, untuk disebarkan keseluruh alam maya, InsyaAllah.
Kerdipan mata buat Adikku Tampan Bergaya (*___^)
Ideanya yang saya telaah pagi ini, cukup memberikan kesan. Sebab itulah saya menggelarkannya "Adikku Tampan Bergaya". Memang dia memiliki ketampanan seorang Jejaka Pilihan Wanita. Sungguh!
Anda ingin berkenalan dengannya? Fuhhh! Saya kena bertanya dengannya dahulu. Takut-takut pula nanti adikku LNQ akan merajuk nanti. (*___*)
Tak apalah, ada baiknya saya panjangkan sahaja kreativiti Adikku Tampan Bergaya di blog Pedoman Hidup ini untuk sama-sama kita kongsi. Buat kali ketiga, saya paparkan semula ideanya, tapi kali ini, ukirannya bertema Bersemangat @ Bermotivasi.
Ramai orang kata, orang bermotivasi adalah orang yang bersemangat.
Tapi sebenarnya orang yang bersemangat, tak semestinya dia adalah orang bermotivasi. Orang bersemangat, semangatnya panas sekejap saja, lepas tu dia kena ‘reload’ balik semangatnya supaya jadi terus bersemangat, berapi menyala-nyala. Tapi orang yang bermotivasi sentiasa merasa terdorong untuk maju ke hadapan walaupun sederhana semangatnya. Cool saja. Tapi usahanya konsisten sepanjang masa.
Orang yang bermotivasi biasanya tak terlalu ghairah dan tidak juga pasif saja. Air mukanya tenang, tapi jauh di dalam hati dia memiliki tekad yang amat kuat. Tekad yang cemana tu? Tekad mahu perbaiki diri, tekad mahu buat lebih baik lagi dari yang lalu.
Orang bermotivasi lebih banyak mendengar suara hati sendiri dan lebih banyak meluangkan masa mengeratkan hubungan dengan Tuhan. Dia ni biasanya pemilih, kerana dia memilih dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia berbual-bual dan dengan siapa dia bergaul.
Adakah Anda orang bermotivasi? Ya. Apabila Anda ada matlamat, Anda ada dorongan untuk maju dan apabila Anda bangun pagi, perkara pertama yang masuk di kepala Anda adalah bagaimana untuk mencapai keinginan Anda.
Adakah Anda orang bersemangat? Ya, apabila Anda ada kemahuan membara mahu mencapai sesuatu, apabila Anda seronok melakukan sesuatu juga apabila Anda cukup minat berkata tentang sesuatu. Inilah yang dikatakan semangat. Dari sudut lain, dipanggil sebagai passion atau excitement. Passion ini risikonya sekejap ada, sekejap tidak ada.
Adakah Anda orang yang bersemangat dan bermotivasi? Ya, apabila Anda sedar apa yang Anda mahu capai dalam hidup, peranan Anda, kelebihan Anda dan kekurangan Anda. Apabila dilanda masalah atau Anda menerima sindiran, Anda menggunakan reverse thinking iaitu melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik. Anda sentiasa melihat yang baik-baik, walau seburuk cemanapun situasi yang Anda lalui.
Anda adalah orang bermotivasi, Andalah juga orang yang bersemangat. Katakan pada diri Anda ayat berikut…
“Aku bermotivasi, aku bersemangat!”. Apa yang Anda katakan pada diri Anda sendiri, itulah yang akan jadi.
p/s: Buat Adikku Tampan Bergaya, mohon diizinkan ya... (*___^)
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Selasa, Oktober 18, 2011
Hikmah Cinta Luahan Adikku Tampan Bergaya
Salamelekom, wbt dan Salam 1Malaysia,
Apa khabar Anda hari ini? Sudah terlalu lama saya tidak mengisikan sebarang entri di dalam blog Pedoman Hidup ini. Terlalu lama sebenarnya...
Hari ini, tergerak pula hati saya berbicara sesuatu dengan Anda. Sesuatu yang telah diluahkan oleh Adikku yang ku gelar Tampan Bergaya. Adikku Tampan Bergaya, tidak lagi seaktif dulu. Kalau dulu, dia sering berbicara soal motivasi diri, soal berita semasa dan soal teknologi terkini. Tetapi kini, blognya sepi, sesepi blog Pedoman Hidup ini, barangkali...
Barangkali juga dia masih aktif seperti dulu, cumanya saya tidak lagi dapat menjejakinya. Sekadar sekilas senyuman yang dapat saya lontarkan untuknya dari blog Pedoman Hidup ini (*____*). Moga-moga dia kelak mengerti, InsyaAllah.
Saya mendoakan semoga Adikku Tampan Bergaya akan cepat bertemu jodoh supaya kelak adalah Teman Seperjalanan di dalam kehidupan. Saya juga mendoakan semoga Adikku Tampan Bergaya akan terus mengecapi kejayaan, Ameen...
Oleh sebab lakarannya baru-baru ini memaparkan tentang Hikmah Cinta, tiba-tiba pula sanubari saya terdorong memanjangkan luahannya di dalam blog Pedoman Hidup ini. Saya cedok idea yang dia ada, untuk sama-sama dikongsi dengan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Lebih-lebih lagi adikku yang ku gelar Tampan Bergaya, sememangnya saya amat mengasihinya, pastilah kerana DIA, Kerana Tuhan yang Maha Esa.
Semoga kelak adikku gembira bila mana menatap luahannya sendiri yang saya paparkan di sini berkenaan Hikmah Cinta. Sebenarnya saya belum memohon keizinannya. Moga-moga kelak dia mengizinkannya untuk sama-sama saya kongsikan dengan Anda di sini.
Hikmah Cinta yang diukirnya menyembunyikan kebijaksanaan yang dia ada sebenarnya. Sebab itulah saya terdorong untuk berkongsi dengan Anda, Anda yang setia menjadi teman saya...
Hikmah Cinta yang dihasilkan oleh Adikku Tampan Bergaya memaparkan kilauan ukirannya begini;
"Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan insan lain di dalam hidup. Insan lain itu adalah ibu dan bapa Anda, adik beradik Anda, sahabat Anda, pasangan hidup Anda atau best friend Anda.
Setiap daripada kita ada kekurangan dan kehebatan masing-masing. Kehebatan kita gunanya untuk mengisi kekurangan orang lain. Kekurangan kita pula gunanya untuk diisi oleh kehebatan orang lain. Dalam hidup, Anda tidak boleh menidakkan fakta yang Anda tetap memerlukan orang lain.
Cinta ada pelbagai jenis, wujud dalam pelbagai ruang dan untuk pelbagai kategori orang.
Ada cinta untuk ibu dan bapa, cinta untuk adik beradik, cinta untuk kekasih hati, cinta untuk pasangan hidup, cinta untuk Allah Yang Maha Esa, cinta untuk Rasul, cinta kepada hobi, cinta pada ketenangan dan kedamaian.
Cinta fungsinya menyemarakkan dan memberi semangat.
Sifat cinta bergantung pada orang yang menafsirkannya. Jika cinta dipandang sebagai sesuatu yang menyeksakan, itulah jadinya.
Jika cinta dipandang sebagai penyuntik inspirasi, maka itulah yang akan jadi. Cinta ada hikmah tersendiri, iaitu sebagai booster motivasi buat Anda. Untuk sentiasa bersemangat,suburkan hati Anda dengan perasaan cinta.
Cemana nak buat?
Caranya hadirkan cinta. Rasai betapa manisnya cinta, nikmati betapa manisnya merindu insan-insan yang Anda cinta. Mengingati insan-insan yang Anda cinta akan membuat Anda jadi bersemangat dan berinspirasi, kesannya membuat Anda merasa bersyukur dengan apa yang Anda ada sekarang ini."

Langgan:
Catatan (Atom)