Isnin, Disember 31, 2012

Rahsia Mengahwini Wanita... Ilmu Cahaya

Salamelekom, wbt

Saya sengaja memaparkan ungkapan di atas terlebih dahulu untuk tatapan Anda. Saya juga mendoakan semoga Anda beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah. Begitu jualah hendaknya saya sekeluarga. Ameeen

Alhamdulillah, akhirnya gerbang pintu Tahun 2013 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita sama-sama lalui, dan seterusnya, kita tinggalkan catatan-catatan perjalanan di sepanjang Tahun 2012.

Pelbagai kisah suka-duka, pahit-manis yang telah dilalui pada tahun 2012 akan terus terpahat di dalam lembaran-lembaran kehidupan. Itupun seandainya Anda telah mencoretkannya di mana-mana untuk diselak kembali. Seumpama coretan-coretan saya sebelum ini bertajuk "Cahaya Kehidupan... Sepantas Kilat" dan "Telanjang, Keluar Air Mani... Ilmu Cahaya" di dalam menyelongkar rahsia "Ilmu Cahaya".

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Tuhan Maha Esa kerana telah memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjalanan kehidupan duniawi ini.

Lebih-lebih lagi di dalam perjalanan ini saya sedang diiringi Isteriku Yang Tercinta dan juga Anak-Anak. Tidak dilupa, Sanak Saudara, Sahabat Handai, dan Anda, Sahabat Alam Maya yang terus setia menemani saya, yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Moga-moga lembayung Rahmat Tuhan Maha Esa akan terus menyinari kehidupan kita semua. Ameeen... 

Coretan kali ini, saya ingin mengabadikan Kenangan Terindah Tahun 2012, dengan tema "Ilmu Cahaya" khusus untuk tatapan Anda.

Sememangnya Tuhan Alam Semesta memiliki kunci keajaiban dunia. Sesungguhnya DIA jualah yang mengetahui rahsia alam maya ini, itupun seandainya Anda ingin berusaha menyelongkar rahsia-NYA.

Setiap kali bila mana berbicara dengan sahabat-sahabat saya secara bersemuka, khususnya bila mana saya menjelaskan tentang "Ilmu Cahaya", pasti akan ada senyuman sinis terpapar di wajah-wajah mereka. Apatah lagi "Ilmu Cahaya" yang saya maksudkan adalah;

"Bila mana manusia mempunyai kelajuan seumpama Cahaya, pasti dia akan berupaya menyingkap sejarah zaman silam dan berupaya menyelongkar rahsia zaman mendatang"

Senyuman sinis akan pasti terpapar di wajah sahabat-sahabat saya bila mana mendengar kenyataan saya seperti itu. (^___^)

Baru-baru ini, dengan kuasa Tuhan Maha ESA, saya telah ditemukan semula dengan seorang sahabat lama dari Bangladesh yang telah lama berkhidmat di negara Jepun dahulu. Dia kini sedang berada di Malaysia, di Universiti Islam Antarabangsa.

Pertama kali saya bertemu beliau pada tahun 2009 yang lalu, di negara Jepun. Masih ingatkah Anda coretan saya mengenai "Inilah Diriku… Disimbah Gerhana Perasaan Selepas 2 Minggu di Jepun".

Ketika itulah saya betemu dengannya. Baru-baru ini pula, ketika menghadiri satu seminar di Semenanjung Tanah Melayu, saya telah berkesempatan bertemu dengannya semula. Kami sempat berbual-bual dan bercerita-cerita tentang pengalaman-pengalaman yang telah dilalui. Perbualan kami sehingga larut malam, melebihi pukul 12.00 tengah malam. (*___*)

Ketika itulah saya meluahkan mengenai "Ilmu Cahaya" iaitu "Bila mana manusia mempunyai kelajuan seumpama Cahaya, pasti dia akan berupaya menyingkap sejarah silam dan menyelongkar rahsia masa mendatang".

Seperti yang saya katakan, senyuman sinis telah terpapar di wajahnya, disusuli pula penentangan selepas mendengar kenyataan saya seperti itu.

Lalu saya bertanya kepadanya sama ada dia mengenali Charlie Chaplin. Sahabat saya itu menganggukkan kepala.

Seterusnya, saya ajukan pula soalan pernahkah dia bertemu Charlie Chaplin? Sahabat saya menggelengkan kepalanya menunjukkan bahawa dia tidak pernah bertemu Charlie Chaplin.

Lalu, saya pun mengambil kesempatan itu dengan memberikan penjelasan bahawa melalui kemajuan teknologi masa kini, khususnya berkaitan "Ilmu Cahaya", wajah Charlie Chaplin sudah boleh dilihat, walaupun sudah lama meninggal dunia.

Dahulu, melalui sekeping foto boleh dilihat wajahnya, tetapi perkembangan teknologi "Ilmu Cahaya", aksi-aksinya telah berupaya ditonton melalui medium yang dinamakan filem.

Pada ketika ini pun, Anda telah berupaya merakamkan segala aksi kenangan manis, pahit dan lucu untuk tatapan Anda semula dengan menggunakan gajet telefon bimbit Anda sahaja.

Belum sempat saya menerangkan lebih lanjut tentang keupayaan manusia kembali ke zaman silam dengan pengetahuan dan pemahaman "Ilmu Cahaya" itu, lalu sahabat saya terus mengajukan persoalan bagaimana pula manusia boleh menyelongkar rahsia zaman mendatang dengan "Ilmu Cahaya"?

Akan saya sambung coretan ini, InsyaAllah...


Dalam masa yang ada ini, cuba Anda tonton pula youtube yang saya tunjukkan di bawah mengenai Rahsia Mengahwini Wanita khususnya pada minit ke lapan video itu.

Saya tidak menghadirkan diri pada masa sebenar ceramah itu, tetapi saya berupaya menyelaknya semula. Bagaimana? Dengan menggunakan "Ilmu cahaya" sekarang ini.

Ustaz Haslin merupakan salah seorang penceramah kegemaran saya, kerana keupayaannya menyampaikan ceramah berirama Bollywood, dan Irama Bollywood merupakan salah satu irama yang saya minati.

(*___*)
Abgbent


 

0 Komen:

Catat Ulasan