Jumaat, November 16, 2012

Cahaya Kehidupan... Sepantas Kilat

Akhir-akhir ini, banyak pula tugasan pejabat yang perlu saya laksanakan. Tugasan yang datang secara bertubi-tubi dan memaksa saya untuk menyiapkannnya dengan segera.

Sesegera yang boleh!. Seolah-olah diibaratkan Sepantas Kilat!

Oleh sebab itu, saya ingin mengalihkan pemikiran saya seketika dengan menjenguk blog Abgbent Pedoman Hidup, dan seterusnya membuat sedikit contengan, dengan harapan, adalah ketenangan yang akan saya perolehi, InsyaAllah.

Selain itu, saya juga sebenarnya mengharapkan Anda berupaya merasai kecelaruan minda yang sedang saya hadapi ketika ini. Oleh itu, berhati-hatilah bila mana Anda menelaah contengan saya kali ini.

(^___^)

Seperti yang saya beritahu tadi, akhir-akhir ini, banyak sangat tugasan yang perlu saya selesaikan, seolah-olah menjadi Bonus Tahunan yang harus saya rasai, walaupun realitinya, Sasaran Kerja Tahun ini saya telah capai sejak sebulan yang lalu.

Memandangkan saya ingin mengajak Anda merasai Kesusahan dan Kecelaruan Minda yang saya rasai ketika ini, barangkali perlu juga saya lontarkan kepada Anda mengenai "Cahaya", iaitu sambungan daripada lakaran-lakaran saya berkenaan menyelongkar rahsia "Ilmu Cahaya".

Ilmu Cahaya merupakan salah satu topik kegemaran saya bila berkomunikasi dengan rakan-rakan. Lebih-lebih lagi rakan-rakan yang saya baru kenali.

Juga bersempena dengan sambutan Maal Hijrah tahun ini, 1434H, barangkali inilah kesempatan saya untuk menyatakan kepada Anda secebis mengenai "Rahsia Ilmu Cahaya". Moga-moga adalah manafaatnya kepada Anda...

Seperti yang Anda maklumi, menonton filem-filem menarik adalah salah satu daripada kegemaran saya di dalam menjalani kehidupan. Tak kiralah filem itu hasil karya yang disebut sebagai Malaywood, Bollywood, Hollywood, Koreanwood, Thaiwood atau lain-lain filemwoods, pasti akan saya tontoni.

Terutama filem-filem yang dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya hebat!.

Seketika ini, minda saya cuba mengingati sebuah filem yang menjadi kegemaran saya semasa di bangku sekolah dahulu, iaitu diberi judul "Back To The Future".

Filem itu mempunyai perkaitan dengan "Ilmu Cahaya" iaitu memaparkan keupayaan manusia menjelajah ke zaman silam dan zaman akan datang dengan bantuan Alat Ciptaan Manusia yang dinyatakan Berkelajuan Seperti Cahaya, Sepantas Kilat.

Sekarang ini pun, telah banyak filem-filem sedemikian dihasilkan, di mana manusia boleh meneroka zaman akan datang dan zaman lalu...

Saya secara peribadi tidak menafikan kebenaran filem sedemikian dan sesungguhnya menyakininya.

Anda pula bagaimana?

Percayakah Anda bahawa bila mana manusia mempunyai keupayaan Sepantas Kilat, atau memiliki kelajuan seumpama Cahaya, maka manusia tersebut akan berupaya menjelajah Zaman akan datang dan Zaman yang telah berlalu...

Sama ada Anda percaya atau tidak, itu pilhan Anda sendiri. Saya sememangnya tidak berupaya memaksa Anda mempercayainya. Apatah lagi menyakinkan Anda sebagaimana keyakinan yang saya ada. Memang sukar sebenarnya...

Namun, yang pasti, dengan adanya "Cahaya", kita telah mampu melihat segala keindahan dunia. Lebih-lebih lagi andai yang diguna adalah pancaran "Cahaya Ilahi".


"...Cahaya berlapis Cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
(An-Nur, 24: 35)


Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" 
(Al-Qasas, 28: 71)




(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". 

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. 
(Al-Hadid, 57: 12-13)


Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka. 
(Al-Hadid, 57: 19)


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Al-Hadid, 57: 28)

0 Komen:

Catat Ulasan