Rabu, Februari 24, 2010

Coretan Untuk Adikku Lis = Norliswanah

Seperti biasa, semasa berehat-rehat, seperti sekarang, saya akan minum nescafe 3 dalam 1 yang dibekalkan oleh Isteriku yang Tercinta dari rumah. Nescafe 3 dalam 1 yang dilabelkan "mild" pada bungkusannya merupakan minuman kegemaranku. Itu memang diketahui oleh Isteriku Yang Tercinta.

Selain itu, masa rehat begini juga, saya akan gunakan untuk bersembang-sembang dengan Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Wahhh! saya sememangnya teruja melihat paparan pada blog Pedoman Hidup ketika ini. Nak tahu kenapa?

Sebabnya ialah "The Most Popular Outgoing Link" yang bermaksud "Paling banyak di Klik" pada blog Pedoman Hidup sekarang ini ialah pada nama Lis. Barangkali ramai yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya gadis bernama Lis?.

Lis adalah seorang adik perempuan yang bernama Norliswanah. Juga saya menggelarkannya --> Gadis Cantik Menawan Tetapi Seksi.

Di sebalik sifat itu, saya difahamkan dia juga adalah seorang gadis pemurah, walaupun agak seksi sebenarnya. Usahlah pula Anda menjadi seksa bila melihat wajahnya yang cantik menawan. Lebih-lebih lagi yang wanita. Kalau jejaka, saya rasa ada kemungkinan akan tertawan dek melihat jelitawan sepertinya. :)

Tak sangka pula dia menjadi paling popular di blog Pedoman Hidup ketika ini. Sebenarnya tersenyum-senyum saya memerhati perkembangan begini. Barangkali Anda yang bernama jejaka teringin sangat nak mengenalinya, atau barangkali ada juga wanita yang ingin bersahabat dengannya. Lis sebenarnya sedang berada di bandar Kota Kinabalu, negeri Sabah.

Tadi, saya cuba klik pada nama Lis yang dipaparkan pada blog Pedoman hidup ini, tetapi malangnya, paparan yang ditunjukkan ialah laman imotivasi hak milik adikku Shueqry.

Oleh sebab itu, kesempatan masa rehat begini saya gunakan untuk membuat satu coretan mengenai adikku Lis. Pastilah dikhususkan kepada Anda yang ingin mengenalinya. Lis adalah seorang adik perempuan yang saya gelarkan Gadis cantik menawan tetapi seksi. :)

Opppsss... Lelaki yang sudah berumahtangga usahlah pula tekial-kial nak mengoratnya. Berilah peluang kepada adik-adikku jejaka yang masih lagi tercari-cari jodoh mereka.

Sebelum ini saya pernah melakarkan coretan untuk adikku Lis pada bulan Oktober 2009 dan 16 Februari 2010 yang lalu. Coretan yang saya maksudkan ada di pautan ini, Coretan khusus untuk Lis dan yang ini, Seksi atau Seksa.

Sebetulnya saya tidak pernah berjumpa dengannya, tetapi hanya berkesempatan memerhati wajahnya di alam maya pada pautan ini, Lis @ Norliswanah. Kalau Anda nak tahu butiran peribadinya, klik sahaja di sini Gadis Cantik Menawan. Realitinya, saya tak pasti sama ada paparan itu adalah wajah sebenarnya atau sekadar hiasan semata. :)

Saya hanya mengenalinya di laman imotivasi hak milik adikku Shueqry yang begitu popular dicarian google dan yahoo. Sememangnya adikku Shueqry lebih mengenali adikku Norliswanah. Nak buat spekulasi tentang hubungan mereka berdua? Saya tak mahu terlibat sama kerana sememangnya hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Sebab itulah mereka menjadi rakan baik di laman peribadi blogspot adikku Shueqry.

Kalau Anda jejaka yang masih lagi tercari-cari calon sesuai, apa salahnya berusaha mengoratnya. Sememangnya dia cantik menawan tetapi Seksi. Harap-harap adikku Lis tidaklah marah di dalam coretan ini. :)

Moga-moga adikku Lis akan diorat oleh seorang jejaka yang saya menggelarkannya Jejaka Bertakwa, InsyaAllah.

3 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam..

waaahhh....minuman nescafe 3 in 1 mild memang menjadi minuman kesukaan saya juga..tika saya menaip komen ini pun, saya sedang menikmati minuman yang menjadi favourite abg bent tu...hehehe

memang enak..huhu

Shukree berkata...

Assalamualaikum, Abg Bent. Apa khabar?

saya selalu jumpa Lis, memang begitu la tu dia tu Abg Bent. Tapi, sekarang dah ada perubahan sikit.

Dulu seksi, saya pun terpaks tahan-tahan mata ni supaya tak melihat 'ke bawah'. Sekarang dia dah selalau pakai baju yang longgar-longgar, ndak lagi selalu berseluar jeans ketat.

Berada ngan Lis membuat saya perlu mahir mengawal diri, mengawal kata-kata dan mengwal fikiran. Sebagai lelaki, memang tak boleh elak.

Tapi, saya sedar jikalau terlalu ikut nafsu, tak cemerlang saya dibuatnya.

Sebagai penyelesaian, saya terima Lis sebagai seorang kawna yang baik. Walaupun dia ni cantik, seksi dan amat peramah, dia tahu batas-batas pergaulan dan dia jarang keluar bersama lelaki-lelaki berlainan. Bertuah siapa dapat dia ni bang!

Lagi satu, dia tahu membezakan lelaki mana yang mengurat dia semata-mata sebab dia cantik dengan lelaki yang ikhlas mahu berkawan dengannya.

She is pretty girl comes with brillinat brain. Petah bercakap, pemurah dan tak le terlalu menjaga kecantikan. Wajahnya natural, licin, putih kekuningan tanpa memakai sebarang solekan, sekadar lipstick.

Shukree berkata...

salah taip tu, bukan "kawna" tapi "kawan"..

Catat Ulasan