Selasa, Februari 16, 2010

Seksi @ Seksa

Harap-harap adikku yang cantik menawan tidak akan marah bila saya menggunakan tajuk di atas, seksi @ seksa. Barangkali memang dia tidak akan marah. Harap-haraplah, saya kena berfikiran positif di dalam hal-hal begini. Apatah lagi lakaran ini dikhususkan untuknya, adikku yang cantik menawan lagi seksi.

"Flying kiss" dan kerdipan mata saya lontarkan buatnya, Opppssss... bukan bermaksud ingin mengoratnya, OK.  Memang bukan!.

Kalau pun saya nak mengorat dia, pasti pakwenya marahkan saya.  Dan lagi, perlakuan mengorat begini sebenarnya telah saya khususkan untuk Isteriku Yang Tercinta sahaja. Bila mana Isteriku Yang Tercinta merajuk, saya akan berusaha mengoratnya agar merajuknya tidaklah lama. Memang ada kalanya saya mengorat Isteriku Yang Tercinta. Kalau ada kelapangan masa, mungkin saya akan kongsikan ceritanya dengan Anda - Petua Mengorat Isteri. :)

Oppsss... Sebenarnya entri ini saya lakarkan adalah kerana mengasihi adikku yang cantik menawan lagi seksi. Sungguh! saya membuat lakaran ini adalah kerana mengasihinya, dia yang saya gelarkan Adikku Yang Cantik Menawan Lagi Seksi. Saya tidak memaksa Anda mempercayai kenyataan saya ini. Memang tidak!.

Foto yang memaparkan wajah Adikku Yang Cantik Menawan Lagi Seksi, telah memperlihatkan bajunya terbelah di bahagian dada membuatkan saya tertunduk malu apabila menatapnya. Tak perlulah saya berlapik-lapik mengatakannya dan menzahirkannya di sini.

Bila mana saya melihat foto yang memaparkan wajahnya di laman itu, hati lelaki yang saya punyai akan membisikan yang dia sememangnya cantik menawan, tetapi seksi membuatkan saya seksa melihatnya. Sungguh! dia memang cantik menawan, tetapi seksi. Perlukah saya mengulang-ulang perkataan cantik menawan dan seksi ini? Rasanya tak perlulah kot, sebab saya yang seksa jadinya. :)

Satu lagi yang saya nak zahirkan ialah sebenarnya kelelakianku ada kalanya tercabar dek melihat fotonya. Kenyataan ini saya tidak memaksa Anda mempercayainya kerana ianya hanyalah luahan hati dari seorang lelaki seperti saya yang sebenarnya telah berumah-tangga.


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa TAKWA itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-Araf, 7: 26)

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf, 7: 27)

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (Al-Araf, 7: 20)

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Taha, 20: 121)

Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (Al-Araf, 7: 22)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.  (An-Nur, 24: 31)

6 Komen:

khasyikelvin_ berkata...

aduh,
entri mengorat isteri..
gimana ya...
bang, org tak leh bace ker?

IxoR@ berkata...

siapakah itew....

hehehehehe....

anazkia berkata...

Qur'an surat al-Ahzab ayat 59 xde ke...??? :)

Maaf bang, Anaz tgh sibuk sekarang-sekarang nie. Lagipun, Anaz xreti nak pasang :( mintak tolong kawan buatkan. Ari tu Anaz buat sendiri, blog Anaz rusak pulak :(

Mien berkata...

hehehehe... adik tu seksi ya. Muda lai... lawa pulak tu. Sok umur makin meningkat, kulit dah berkedut, muka dah tembab, badan dah kembang, tak dapat la nak seksi2. Masa tu kalau nak pakai seksi bukan orang yang tengok seksa, tapi dirinya ler yang terseksa nak keluar duit beratus coz kena gi salon nak dapatkan semula bentuk badan yang seksi.Bagi lelaki lak,.... isteri pakai seksi2 dimarahnya... tapi bila orang lain pakai seksi2 mata tak berkelip nak melihat. Ngape? Konon isteri pakai seksi kat rumah jer ler. Tapi bila kat luar rumah mau juga lelaki2 ni memandang yang pakai seksi2. Mengapa2 ya?

Lis berkata...

Erm, saya tak marah, Abg Bent.

Tapi, itulah saya. Apa-apun saya terima teguran yang Abg Bent tulis kat sini. Kehidupan serba moden membuat saya susah mau tinggalkan sesuatu yang dah menjadi kebiasaan.

Si dia juga mahu saya berubah..dia mahu saya bertudung dulu sebelum dia menerima saya.

Tanpa Nama berkata...

no...komen...

raseny..semua.dah.tahu..auratny.utk.siapa..saja

tp..en3..yg..bagus..igatan..bt..sy..dan..rakan..blogger..juge...

di..sana..t..di..kira..satu..persatu..
jwb..aja..di..sana..t..:)

Catat Ulasan