Khamis, Januari 09, 2014

"Allah" untuk Umat Manusia

Salamelekom, wbt buat Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Hari ini saya terdorong melakarkan secebis coretan kerana telah didesak oleh perasaan emosi yang amat keterlaluan.

Hari ini, saya memang sibuk. Banyak kerja yang masih lagi tertangguh yang belum dilaksanakan, tetapi dek dorongan emosi yang terlalu kuat, akhirnya saya tinggalkan kesemua kerja itu dan terus melakarkan secebis coretan di laman ini.

Sebenarnya Emosi Keterlaluan yang terluah daripada diri saya adalah dek didorong oleh pelbagai catatan mengenai penggunaan kalimah "Allah" yang hangat diperkatakan di bumi tercinta, Malaysia.

Sampai keseluruh dunia isu ini diperkatakan. Pastilah ada yang menentang dan ada pula yang menyokong.

Tidak kurang juga yang berpendirian seumpama di atas pagar, Tidak menentang dan tidak juga menyokong. Tiada Pendirian Jelas!.

Isunya ialah penggunaan nama "Tuhan" di dalam kitab Bible yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ianya diterjemahkan menjadi kalimah "Allah".

Di Malaysia, ianya sedang hangat diperkatakan. Bagi masyarakat Kristian, mereka jelas dan menginginkan penggunaannya di dalam kitab Bible. Tuhan mereka yang dinyatakan sebagai "Tiga Entiti" menjadi "Satu".

Sememangnya amat sedikit masyarakat Kristian yang tidak bersetuju menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu menjadi kalimah "Allah".

Berlainan pula pada masyarakat Islam di mana yang menentang dan yang menyokong seolah-olah hampir sama. Rata-ratanya ada yang menentang dan ada juga yang menyokong. Ulama tersohor dan ilmuan hebat dikatakan menyokong, dan ada juga yang menentang.

Pada saya, 

Betul! Kalimah "Allah" bukan hak mutlak umat Islam di Malaysia. Ianya untuk seluruh umat manusia. Siapa sahaja berhak menggunakannya. Saya tidak menafikan bahawa kalimah "Allah" tiada siapapun yang berhak menghalang umat manusia untuk menyebutkannya. Kalimah "Allah" hak milik Universal. Jelas!

Namun, dalam isu ini, saya adalah antara orang yang menentang Kalimah "Allah" di dalam penterjemahan kitab Bible berbahasa Melayu.

Apakah susah sangat masyarakat Kristian di Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia berkompromi di dalam hal ini? Terjemahkan sahajalah "God" itu menjadi "YHWH"/"Tuhan"/"Yesus Kristus"/ "Elohem"/ "Yahoah"/ "Lord" atau selain nama "Allah" . Berhentilah memprovokasi masyarakat Islam di Tanah Semenanjung Malaysia. Marilah hidup berharmoni.

Malaysia, mempunyai Perlembagaan dan Peraturan untuk diikuti untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.

Namun, seandainya Perlembagaan dan Peraturan yang sedia ada sudah tidak digunapakai lagi, kita mungkin akan kembali ke zaman lampau dimana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan.

Seandainya tuntutan tersebut berlaku, apa pula yang akan terjadi pada tuntutan-tuntutan yang lain yang tidak berlandaskan undang-undang fundamental negara ini. Seterusnya apa akan terjadi pada Undang-Undang Negara Tercinta Malaysia keseluruhannya?

Fundamental negara ini asasnya adalah Perlembagaan yang telah diterima pakai oleh semua pihak semasa pengisytiharan kemerdekaan dahulu.

Kepada rakan-rakan masyarakat Kristian, tolong fahami sebab saya menolak penggunaan kalimah "Allah" di dalam terjemahan Bible berbahasa Melayu. Ianya jelas dinyatakan di dalam kitab tauhid saya, Al-Quran Surah Al-Ikhlas, ayat 1 - 4 iaitu;

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha EsaAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Betul..., di negeri Sabah ianya telah lama digunakan..., dan ketahuilah juga bahawa penganut Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai kekuatan mengatasi Penganut Islam di negeri Sabah. Mungkinkah itu juga sebabnya tanah Sabah merdeka di bawah Semenanjung Tanah Melayu? Klik disini

Bersama-samalah kita menjaga keharmonian negara tercinta Malaysia kerana saya amat khuatir Allah SWT akan membinasakan kita semua. Al-Quran Kitab anutan saya ada memaparkannya di dalam surah At-Taubah;

"Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (At-Taubah, 9: 30)

Selain itu, ada juga terukir di dalam Kitab Al-Quran;

"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." (Al-Maidah, 5:72)

Abgbent

2 Komen:

ShueQry Abdullah berkata...

apa-apa pun, selamat Tahun Baharu 2014 untuk Abang Bent dari saya ..

Abgbent berkata...

Salam Adikku Yang Tampan Bergaya,

Sudah lama saya tidak berkomunikasi denganmu. Apa khabar? Isteri Kesayangan macam mana?

Saya doakan semoga Adik sukses di dalam apa-apa bidang yang diceburi. Dah lama saya simpan Hadiah Perkahwinan Adik, sebabnya, saya tak tahu macam mana nak beri.

(*___*)

Catat Ulasan