Selasa, Mac 11, 2014

MH370 Perlu Perhatian - Agenda Besar!

Salamelekom, wbt buat Saudara yang saya kasihi kerana DIA...

Kini..., pada masa ini, saya berasa amat khuatir dengan situasi yang sedang berlaku di perairan Negara Tercinta Malaysia. Sudah banyak kapal-kapal bantuan berada di perairan Malaysia dengan alasan untuk membantu "Mencari dan Menyelamat" kapal terbang MH370 yang tiba-tiba hilang dari radar.

Kenapa ianya tiba-tiba hilang dari radar? Apakah yang telah berlaku? Mengapa ianya terjadi sedemikian? dan sememangnya banyak lagi persoalan yang sedang berlegar di dalam minda sedar saya.

Sekali lagi saya ulangi bahawa, apa yang pasti.., sudah banyak kapal-kapal "Search and Rescue" berada di perairan negara tercinta Malaysia. Di sebelah Timur, iaitu di Laut China Selatan dan di Selat Melaka bahagian Barat Tanah Melayu, telah banyak kapal laut dan Kapal terbang daripada pelbagai negara meronda dan meneliti untuk mencari kehilangan Pesawat MH370. Di antara negara yang terlibat termasuklah Amerika, China, Vietnam, Filipina, Indonesia, Australia, New Zealand, dan dikhabarkan juga, Perancis akan turut serta.

Sememangnya saya amat curiga dengan plot-plot ceritera MH370 ini. Apatah lagi ianya tiba-tiba berlaku iaitu selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, atas kesalahan Meliwat.

Ya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai Pesona yang amat luar biasa pancarannya. Namun, saya lebih tertarik dengan Pesona yang terpancar daripada Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kisahnya saya pernah lakarkan di sini,  Tips Agar Disayangi Suami 2.

Masihkah Anda ingat kisah Pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu tahun lalu? Ianya telah berlaku pada awal tahun 2013. Kisahnya amat tragis dan saya telah mengambil kesempatan untuk melakarkan sedikit coretan sepertimana yang saya paparkan di sini;
Pendekatan: Sabah dan Tentera Kesultanan Sulu,.. 

Pada ketika itu, beberapa plot ceritera mengenainya menimbulkan pelbagai persoalan sehingga saya meluangkan masa untuk mencoretkannya. Dan Alhamdulillah, di atas kebijaksanaan Pimpinan Negara Tercinta Malaysia, akhirnya kita telah berjaya mengatasinya dengan cemerlang sekali. Ganggu-gugat yang berlaku, akhirnya berupaya diredahkan.

Kini, sudah masuk hari keempat, kehilangan MH370 dan nasib pesawat ini masih belum diketahui. Susah sangatkah ianya ditemui? atau mungkin ada agenda yang sedang berlaku kepadanya. Barangkali Agenda Besar. Saya ada membaca kisahnya di sini, Pesawat MH370: Red Flag atau False Flag?.

Hari ini, sebentar tadi, saya sempat melakarkan secebis doa buat Negaraku Tercinta Malaysia iaitu;

"Semoga Kerajaan Malaysia akan terus berada di bawah Lembayung Rahmat NYA"

Dan seterusnya, saya juga mengambil kesempatan untuk menitipkan dan berkongsi ayat-ayat dari NYA dengan harapan adalah pemahaman dan pertolongan NYA kepada kita semua;


"Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan; kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa."  (Yasin, 36: 41 - 44)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini) dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat, (mereka tidak mengindahkannya)." (Yasin, 36: 45)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim." (Al Ma'idah, 5: 51)

"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal, 8: 62)




1 Komen:

rental mobil bandung berkata...

Kami semua di Indonesia turut prihatin atas musibah yang menimpa MH 370 semoga untuk kedepan kejadian tersebut tidak terulang kembali.Amien.

Catat Ulasan