Selasa, Disember 10, 2013

Naluri Lelaki Berusia 40 Tahun Keatas

Agak lama juga saya tidak memaparkan lakaran di laman blog ini. Memang terlalu lama. (*___*)

Kalau sebelum ini alasan yang sering saya kemukakan adalah kerana terlalu sibuk dengan bebanan tugas di pejabat yang bertimbun-timbun, realitinya sejak pertengahan bulan lalu, iaitu bulan November, saya tidaklah sesibuk mana. Malahan banyak masa luang saya telah gunakan untuk menelaah berita-berita sensasi khususnya kisah-kisah politik tanah air di Malaysia yang berkisar tentang "Masalah Rakyat".

Selain itu, saya juga terpesona dengan pelbagai paparan luahan perasaan yang tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak Pemerintah di dalam menyelesaikan masalah rakyat khususnya peningkatan Kos Sara Hidup pada ketika ini. Pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia meluahkannya. Ianya banyak dipaparkan di laman Muka Buka, atau Facebook.

Namun, disebalik kesemua kisah-kisah itu, saya lebih tertarik untuk berkongsi pengalaman hidup khususnya tentang Naluri Lelaki yang berusia 40 tahun ke atas.

Saya sudah melepasi usia 40 tahun sejak beberapa tahun yang lalu (*___*). Oleh sebab itu, saya ingin mencoretkannya di sini untuk tatapan Anda, dengan harapan, Anda akan mengetahuinya. Lebih-lebih lagi Anda yang bernama Wanita, terutama yang bergelar Isteri.

Saya tidak menafikan bahawa Godaan terhadap lelaki berusia 40 tahun ke atas boleh mencapai tahap Dewa-Dewa… Sungguh! Heheheee…

Lelaki yang berusia melebihi 40 tahun ke atas adakala didorong oleh Naluri Kesyaitanan yang agak mencabar. (^___^)

Naluri Kesyaitanan yang saya maksudkan adalah dorongan terhadap seorang Suami agar mencari pasangan wanita yang baharu. Dalam peribahasa mudah, Tua-Tua Keladi, Semakin Tua, Semakin Menjadi…

Tidak saya nafikan Godaan seperti itu. Saya juga sedang mengalaminya.

Cuma yang penting, sejauhmana Naluri Kesyaitanan tahap Dewa-Dewa itu berupaya dihalang oleh Lelaki berusia 40 tahun keatas. Ianya tidaklah mudah, Sungguh! Lebih-lebih lagi apabila persekitaran yang didiaminya sedang dilingkari Aura Kegatalan Wanita, sudah pasti radiasinya lebih mencabar Naluri seorang Lelaki Berusia 40 Tahun Keatas.

Tujuan lakaran ini adalah untuk memberitahu kepada Anda kaedah-kaedah yang saya gunakan untuk menghalang radiasi daripada Aura Kegatalan Wanita…

Abg Bent
(*___*)

Akan dilanjutkan coretan ini nanti...

0 Komen:

Catat Ulasan