Jumaat, September 27, 2013

Bibit-Bibit Gelora 1Malaysia...

Salam buat Saudara yang saya kasihi kerana DIA...

Hari ini, saya tertarik untuk melakarkan sebuah coretan buat tatapan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA...

Catatan ini adalah daripada saudara seagama saya yang meluahkan perasaan kekhuatirannya. Saya juga sebenarnya berkongsi kekhuatiran itu. Sebab itulah saya gagahkan juga diri ini menghasilkan sebuah coretan pada hari ini, walaupun saya dihimpit tugasan yang bertindih-tindih. (*___*)

Agar Anda lebih memahami isu luahan saudara Seagama Saya itu, baca saja paparan berita tersebut di sini...  1Malaysia Spiritual Tourism...

Luahan Saudara Seagama Saya itu terpapar seperti ini;

"Makanya disini saya MERAYU kepada semua pembaca agar dapat turut serta bersama saya MEMBANTAH projek mega ini.

Bersuaralah dan sebarkanlah bantahan ini di merata medium alternatif yang ada.... blog, FB, tweet, watsup ... apa sajalah. Jangan tunggu para bloggers samada pro Umno maupun pro Pas yang ada untuk kedepan dalam isu ini, dalam kes ini kita yang harus bersuara dan desak mereka untuk kedepan !

Kita lakukan semampu kita ..... dan berdoalah semoga usaha kecil kita ini mampu menghasilkan sesuatu. InsyaAllah..."

Hari ini, luahannya itu terpahat di laman ini... Enchant1Malaysia Spiritual Tourism



0 Komen:

Catat Ulasan