Isnin, April 29, 2013

PRU 13 - Pilihanraya Umum Negara Malaysia ke 13. Pilihan saya ialah BN @ selain BN

Hari ini, saya menguatkan diri agar dapat memaparkan satu entri untuk tatapan Anda di blog Abgbent Pedoman Hidup. Saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai pangkahan saya di dalam kertas undi, yang bakal saya terima pada 5 Mei 2013 nanti. Alamatlah tangan dan kuku saya kena cat pada tahun ini. (*___*)

Tahun ini, saya akan mengundi di kawasan Parlimen Sepanggar (P 171) di daerah Karambunai (N 12). Inilah buat pertama kali saya mengundi di kawasan tersebut. Sebelum ini, saya mengundi di daerah N 57 Sri Tanjung, Parlimen Tawau, P 190.

Sejak beberapa tahun lalu lagi, saya telah berusaha memindahkan lokasi saya mengundi, tetapi telah tidak diizinkan oleh pihak SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kerana menurut mereka, saya hanya boleh memindahkan lokasi mengundi bilamana alamat pada Kad Pengenalan telah berubah.

Saya mengubah alamat yang tertera pada Kad Pengenalan saya akhir tahun lalu dan saya bersyukur, saya telah dipindahkan ke tempat pengundian yang baru. Pertama kali saya mengundi di kawasan tersebut. P 171 Sepangar, dalam daerah N12 Karambunai.

Anda nak tahu pangkahan saya pada calon yang mana satu? Sebelum saya memberitahu kepada Anda, adalah lebih baik Anda kenali dahulu calon-calon yang disenaraikan iaitu seperti berikut;

P171 - Sepangar
Jumlah Pengundi 53,374.
Pecahan Kaum; Bumiputera Islam (48.8 %), Bumiputera Bukan Islam (28.7 %), Cina (22 %) dan lain-lain (0.5 %)

1. Chin Hon Kiong (SAPP)
2. Daniel John Jambun (STAR)
3. Jeffrey Kumin @ John (DAP)
4. Datuk Jumat Idris (BN)


N12 - Karambunai
Jumlah Pengundi 28,971.
Pecahan Kaum; Bumiputera Islam (77.5 %), Bumiputera Bukan Islam (11.77 %), Cina (10.1 %) dan lain-lain (0.7 %)

1. Ag. Maidin Ag. Apong (Bebas)
2. Datuk Jainab Ahmad (BN)
3. Muali Aching (Keadilan)
4. Aziz Ibrahim (SAPP)
5. Rano Susulan (Bebas)

Memandangkan Undi saya adalah rahsia, lalu biarlah ia dirahsiakan daripada pengetahuan Anda. (*___*)

Sebenarnya coretan saya kali ini adalah kerana saya sebenarnya ingin berkongsi dengan Anda mengenai pembongkaran satu rahsia. Rahsia yang diciptakan untuk kita sama-sama fikirkan bersama. Tatap lah youtube di bawah;


2 Komen:

Brahim Nyior berkata...

Ben,
Saya pernah menjadi pentaksub Anwar pada 1998 hingga 2004, pada 2008 saya sudah mula berfikir, mengapa makin ramai rakannya yang pernah bersamanya menjauhi, malah memusuhinya.

Insya-Allah saya yakin dengan pilihan saya. KUPILIH BN!

:-)

Abgbent berkata...

Salam saudaraku Din,

Per khabo? Anak-anak semakin membesar ya, kacak, hebat, mcm ayah mereka dulu-dulu, mempunyai suara lunak merdu, tika melaungkan kalimah Azan di Kolej Kediaman... sudah lama saya tidak menikmati kelunakan sedemikian. Moga-moga anak2 Din mewarisinya, Ameeen.

Wah! undimu bukan lagi satu rahsia... (*___^)

Berkenaan Anwar Ibrahim, ya... sejak krisis mula berlaku pada tahun 1998, ianya telah mengakibatkan saya mengambil tindakan "mufaraqah" daripada jemaah yang diikuti.

Alasannya adalah kerana saya tidak mahu bermuka-muka iaitu menyokong beliau, dan dlm masa yg sama, berkhidmat dengan Kerajaan (ketika itu, Tun Dr. Mahathir adalah Pimpinan Negara). Jemaah saya ketika itu, memang menyokong penuh perjuangan Anwar Ibrahim. Malahan di peringkat tertinggi pimpinan jemaah, ada yang telah menjadi YB dan penyokong parti Keadilan, sehingga kini.

Catat Ulasan