Ahad, Mei 05, 2013

BN Menang PRU-13... Ini Kalilah @ Lain Kalilah

Hari ini, rakyat seluruh Malaysia akan mengundi untuk memilih kepimpinan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Kemeriahan kempen parti-parti politik Malaysia beberapa hari lalu telah berakhir pada hari ini dan saya percaya, majoriti rakyat Malaysia akan berada di hadapan monitor tv, komputer dan pelbagai medium tontonan untuk meneliti keputusan pilihanraya umum ke 13 yang akan diwar-warkan sehingga lewat malam ini.

Saya..., juga tidak ketinggalan akan menonton keputusan itu malam ini di hadapan tv, sambil-sambil bergurau dengan anak-anak, selain meneliti perbincangan-perbincangan ahli panel pengulas. Dan seperti kebiasaan, saya juga menantikan pengumuman "Cuti Umum" pada "Hari Isnin" iaitu keesokan harinya moga-moga diumumkan sebagai Hari Cuti. (*___*)

Banyak kali saya ditanya oleh rakan-rakan mengenai pemahaman dan pandangan saya mengenai parti yang layak diundi. Di antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan parti lain-lain, yang manakah menjadi pilihan?.

Sebelum saya membicarakan pandangan saya mengenai BN, PR dan parti lain-lain, saya sebenarnya tertarik untuk memberitahu kepada Anda berkenaan ungkapan "Ini Kalilah".

Ungkapan "Ini Kalilah" amat popular di kalangan orang-orang Sabah, khususnya penyokong-penyokong PR pada pilihanraya umum kali ini. Oleh sebab itu, di kalangan penyokong BN, balasan ungkapan itu telah direkacipta dengan mengungkapkan "Lain Kalilah".

Sebenarnya, saya baru perasaan ungkapan "Ini Kalilah" seolah-olah berbunyi "Innalillah" (*___*).

Saya juga difahamkan bahawa sebutan itu seandainya tidak diungkapkan seelok-eloknya, ianya boleh memberi makna yang lain iaitu;

"Inni Kalilah" boleh membawa maksud "Sesungguhnya Aku Lemah" dan sekiranya disebut "Inni Ka Lillah" memberikan makna yang amat dahsyat iaitu "Sesungguhnya Aku seperti Allah", Na'uzubillah.

Saya merasakan ungkapan itu adalah sesuai difikirkan oleh mereka yang ingin berfikir mengenai petunjuk daripada Tuhan Maha Esa.

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." (Ar-Rad, 13:3)

Hari ini, saya juga ternampak salah satu foto yang agak memusykilkan saya. Betulkah ada kaitan dengan Arab Sping? Moga-moga Allah SWT memelihara keaman dan kedamaian negara Malaysia tercinta... Ameeen







 "Sebenarnya, saya amat yakin bahawa BN akan memenangi Pilihanraya Umum ke-13 ini. Sungguh! BN akan menang".

Begitulah ungkapan yang saya perolehi daripada penyokong BN, dan sebaliknya pula seandainya ditanya kepada penyokong PR dan parti lain-lain, pasti mereka menidakkan kemenangan BN.

Pada saya, siapa pun yang akan diumumkan menang pada Pilihanraya Umum ke-13 ini, yang paling utama, ialah memelihara keamanan dan kedamaian negara tercinta Malaysia ini. Tidak kira siapa pun mereka, seandainya ada tindakan provokasi dan pelbagai bantahan atau demonstrasi jalanan, pihak berkuasa khususnya yang telah memenangi pilihanraya umum harus bertindak tegas dan menahan sesiapa sahaja yang boleh memporak-perandakan negara tercinta, Malaysia ini.

Menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia... agar Keamanan dan Kedamaian terus terpelihara di bumi Malaysia. 

1 Komen:

Brahim Nyior berkata...

Saya sedih dengan suasana tidak aman cuba diwujudkan oleh sesetengah ahli politik yang gagala menerima hakikat kegagalan mereka menawan Putrajaya.

Orang Cina sudah tidak segan menunjukkan sikap anti-BN melalui rapat umum di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Benarlah pertanyaan dalam Utusan, "APA LAGI CINA MAHU?". Hakikat yang Melayu tidak sedar adalah tiada maksud perkongsian kuasa dalam jiwa masyarakat Cina di Malaysia.

Catat Ulasan