Rabu, Oktober 17, 2012

Wajah...

Hari ini saya mengambil kesempatan sedikit waktu yang ada untuk bercerita-cerita dengan Anda berkenaan "wajah". Tidak dinafikan, ramai manusia yang mengutamakan penampilan wajah mereka. Lebih-lebih lagi mereka yang dinamakan wanita. Apatah lagi yang  bergelar Gadis. (^____^)

Saya tidak menafikan bahawa ramai juga jejaka-jejaka yang memelihara penampilan wajah mereka. Saya juga sebenarnya tergolong di kalangan mereka. Jejaka yang memelihara penampilan wajahnya. Sering kali, sebelum mandi pagi dan petang, saya akan membasuh muka terlebih dahulu sama ada dengan sabun mahupun pencuci muka.

Seringkali juga ketika menyikat rambut di hadapan cermin, saya berdoa di dalam hati memohon agar wajah yang saya miliki terus disirami sinar keimanan kepada Ilahi di dalam melaksanakan segala tugas harian di dunia ini.

Opppsss... "alarm" telefon bimbit saya tiba-tiba mengeluarkan bunyi, ini menandakan bahawa ada sesuatu tugasan yang saya kena laksanakan sekarang ini.

Oleh sebab itu, saya terpaksa menghentikan sahaja lakaran singkat ini. Namun, untuk tidak menghampakan Anda, baca sahaja lanjutan kisah berkenaan "wajah" yang saya sebenarnya ingin kongsikan dengan Anda sebentar tadi, di awal coretan ini tadi...






4 Komen:

All About AnaYna berkata...

Ok abgbent..jgn lupa continue yerk..heheh.Oh yaa..jika ada kelapangan masa bolehla jenguk cni..http://lovelyanacollections.blogspot.com/
Mgkn ada sesuatu yg bleh dihadiahkan kpd isteri tercinta..:)

Abgbent berkata...

Salamelekom, wbt adikku AnaYna,

Saya dah menjelajah blog tu...
dan ungkapan yang terbit dari saya ialah Waahhh!!!

Kesemua collection tu mmg cantik. Saya tertarik dengan kesemuannya terutama sekali Italian Silk Digital. Berapa meter utk harga itu?

(*___^)

Linachu berkata...

Hi Abgbent,
Lama tidak melawat ke sini. Paparan gambar di atas membuat saya terharu. Ibu bapa semakin meningkat usia dan tidak sesihat dahulu. Ada kala terlalu sibuk (atau buat-buat sibuk) dengan kehidupan sendiri, terlupa pula dengan mereka. Thanks for the reminder. Harap abgbent sekeluarga sihat dan semua baik di tempat kerja.

Abgbent berkata...

Saya juga mendoakan kesejahteraan Ayah dan bonda Linachu. Semoga mereka terus diberikan kekuatan oleh NYA di dalam melalui kehidupan harian. Tidak dilupa, buat Linachu sekeluarga semoga terus disimbah dengan kebahagian setiap masa. Sepasang anak yang Comel dan Ceria, mirip bonda mereka!.

(*___^)

Catat Ulasan