Isnin, Januari 24, 2011

Kisahku yang Lemah

Salamelekom, wbt...

Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan hari ini oleh NYA untuk melakarkan secebis coretan untuk dikongsi dengan Anda. Semoga coretan kali ini berupaya menyerlahkan sinar ketenangan jauh dilubuk hati yang dimiliki.

Maafkanlah saya andai hati yang terlalu bergelora itu sedang meronta-ronta menginginkan pengisian. Maafkanlah saya...

Ketahuilah bahawa saya juga sering didesak untuk menghasilkan lakaran-lakaran walaupun paparannya hanyalah sekadar contengan untuk meredakan sedikit ombak yang bergelora.

Ketahuilah juga bahawa kudrat yang saya ada hanya cukup untuk menjalani kehidupan harian bersama Isteriku Yang Tercinta dan Anak-anakku yang sememangnya saya kasihi dan sayangi.

Namun, ketahuilah juga bahawa apa yang saya nyatakan itu tidaklah pula bermaksud yang saya sudah tidak mengasihi Anda. Hati nurani yang saya ada sememangnya sering kali membisikan bahawa Andalah sahabat saya. Sahabat yang memang amat istimewa. Walaupun belum pernah bersua, Sungguh!

Sahabat tidak dikenali, lalu berziarah ke sini pada saat ini, menggunakan masa terluang untuk menelaah coretan-coretan yang lahir dari hati dan minda yang saya miliki, seterusnya menjelmakan perbandingan paparan, lalu dicerna agar menyerlahkan keindahan dan keluhuran hati budi untuk menjadi seorang insan.

Insan bergelumang dosa, ingin mengerti bisikan hati yang jauh terlipat di sanubari.

Minggu lepas, saya telah menghasilkan sebuah puisi untuk tatapan adikku yang sedang disapa bayu cinta. Cintanya masih bersembunyi kerana malu-malu pada sang kumbang yang menyapa, barangkali. Bait-bait puisi yang saya coretkan untuknya dalam masa lingkungan 10 minit memaparkan begini;

Cinta
Ungkapan terlalu indah
Menyingkap luahan berbeza-beza
dimengerti atau difahami
dirasai atau dikecapi

Cinta Zulaika diselimuti tipu daya
Cinta gelora, bermula dosa
Luahan rasa, penzahiran berbeza

Cinta Yusuf...
SATU yang tahu
Cinta bersemi dibuku hati

Cinta bersembunyi

Perasaan yang merasainya
Pemikiran yang memikirnya
Meresap ke dalam lipatan hati
Memunculkan Cinta Abadi

(Surah Yusuf, 12: 29 - 32)


(*___^)
Moga berupaya mengecapinya, InsyaAllah


Selepas menghiaskan puisi seperti di atas di dalam blognya, saya tiba-tiba disapa oleh sebuah email dari seorang editor yang berbunyi;

"Your submission titled "................" has been accepted for publication in the International Journal of ????? with revisions. Attached is a copy of the Reviewer's comments. Please consider their questions and suggestions.

The revised manuscript should be returned as a Microsoft Word attachment in an email to ******* by March 1, 2011. Please do not hesitate to call ****** if you have any additional questions or concerns. Thank you for your support of International Journal of..."


Hati saya tiba-tiba dilimpahi bebunga bila mana menelaah komentar dari dua orang Reviewer. Antaranya;

Reviewer 1

"The manuscript author’s provide a thorough understanding of the problem and present/evaluate several alternative strategies that could be implemented to improve ****** systems. The experimental design is relatively straight forward and does enable the authors to characterize performance of the differet treatment systems. .... I recommend publishing the paper with minor revisions."

Reviewer 2

"This is a useful manuscript describing preliminary results of research evaluating various types of ****. As such, the term “preliminary” needs to be incorporated into the text of both the ******* of the manuscript…..” Accept with minor revision."


Alhamdulillah...
dan terima kasih jua kepada Anda kerana sering memberikan inspirasi kepada saya. Anda sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Apapun anggapan Anda terhadap saya, ketahuilah bahawa sememangnya saya tidak berupaya menandingi kehebatan yang Anda miliki. Anda lebih hebat dari saya, sungguh!.

Ketahuilah bahawa kudrat yang saya ada, hanyalah belas ehsan dari NYA jua, DIA yang saya imani, Allah SWT.


(*___^)
Abgbent


5 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

apa khabar..
lama sudah tidak menyapa di sini..
abg bent pun sudah lama senyap..
apa pun saya tetap singgah membaca entri di sini..
semoga diberkati Allah selalu...

Abgbent berkata...

Terima kasih setinggi-tingginya duhai adikku Amy Sensei. Sungguh! memang betul. Maafkanlah saya...

Sebenarnya abg jadi fobia ke KilauanCintaSangRatu atau Stori Mori Torkonang Juo sebab ada kalanya desktop abg jadi "heng" (*____^) sungguh!

Tapi apapun, abg beranikan diri petang ni, InsyaAllah akan menyelongkarnya nanti.

aku hanya manusia berkata...

Salam AbgBent..lama saya tak berkesempatan menjengah blog abgBent..terlalu sibuk dengan perjalanan hidup seharian..baru sekarang berpeluang menjengah kembali blog AbgBent..Tahniah di atas kejayaan itu..semoga menjadi pendorong kepada saya dan rakan lain..

Abgbent berkata...

Salam kembali adikku AKM,
Itulah jua doa saya. Semoga adik akan mengecapi kejayaan yang tidak disangka-sangka...
Kepada NYA jua saya memohon untuk kita bersama.

ShueQry berkata...

Salam Abg Bent. ShueQry di sini dari iMotivasi. Saya mahu berjumpa dengan Abg Bent. Bila Abg Bent free? Saya masih di kota kinabalu sekarang ini..

Catat Ulasan