Rabu, Ogos 11, 2010

Wanita Istimewa

Sememangnya terlalu istimewa, dikau yang bernama wanita. Tanpamu di sisi… terasa kosong hidupku ini. Aku yang bernama lelaki.

Izinkanlah aku meluahkan perasaan, perasaan yang teramat rindu padamu. Padamu wanita yang bernama Isteriku Yang Tercinta.

Memang aku mengerti kini, mengapa Nabi Adam amat memerlukan Hawa di sisi. Perasaan ini aku sedang rasai, bilamana engkau tiada di sisi, memang terasa sunyi dunia yang aku langkahi.

Nasib baik juga DIA yang Maha Esa, Tuhan yang Berkuasa di atas segala-galanya tidak jemuh memerhati segala gerak langkah yang aku lakukan ketika ini.

Seandainya jiwaku tidak merasainya, sudah pasti aku telah lama ditewaskan oleh mereka. Mereka yang aku kenali para tentera yang memusuhi manusia.

Duhai Isteriku yang Tercinta, izinkanlah aku meluahkan rasa, rasa hati yang dilanda sepi. Sepi kerana dikau tiada di sisi.

Moga-moga lakaran ini, dapat dimengerti olehmu yang bernama wanita, wanita pilihan hati, penyejuk sanubari. Engkaulah wanita yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta.

Sememangnya aku teramat mengasihi dan menyayangi mu!.

Hanya lakaran hati ini dapat aku zahirkan khusus untukmu ketika ini, moga-moga kerinduan yang juga engkau rasai, terubat dek lakaran jiwa ini.

Sesungguhnya aku teramat rindu padamu duhai kekasih yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta. Moga-moga engkau akan mengetahui dan memahaminya.

Dihadapan saudara-saudaraku ini, aku meluahkan rasa hati kerana sememangnya aku terlalu mendambakan kasihmu di sisi.

Barulah kini aku mengerti, akan erti rindu pada wanita, wanita yang digelar Kekasih.

Wahai Kekasih, yang aku namakan Isteriku Yang Tercinta, ketahuilah bahawa walaupun kini engkau jauh di mata, hati dan jiwa ini tetap melakarkan wajahmu agar terubatlah kerinduan yang sering bertandang di hati, moga-moga lenyaplah kesepian ini.

Warkah kosong, sengaja dilakarkan di kala insan-insan lain dilamun mimpi. Semoga ia menjadi penawar hati, di kala merasai keperitan rindu tiada dikau di sisi, dikau yang bernama wanita, Isteriku Yang Tercinta.


4 Komen:

Hilal Azmi berkata...

Huhu... mcm ni rupanya rindu tuh... Patut la awek saya dulu mcm sakit jiwa ja cakap perkataan rindu tuh. Pasal saya xreti nak rasa... LEpas baca entry nih, baru saya paham....huhu

afzainizam berkata...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

MyFirdaussy berkata...

SELAMAT HARI RAYA ABG BENT... TQ... SUDI MENJENGAH BLOG ADIK YG TAK SBERAPA TUH... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

waahhh....lama bebeno tak singgah sini..
apa khabar abg bent dan famili?
moga semuanya dalam keadaan yang baik...

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat abg dan famili...semoga lebaran ini memberikan seribu makna buat kita...

Catat Ulasan