Selasa, Ogos 10, 2010

Law of Attraction, Angkasa Lepas

Sebelum ini saya telah berkongsi dengan Anda berkenaan Hukum Penarikan, Law of Attraction dari aspek yang terlalu kecil sehingga penglihatan mata tidak berupaya memerhatikannya.
Law of Attraction, Sains dan Agama.

Lalu, lakaran kali ini mengajak Anda memahami dari perspektif yang amat besar di mana pandangan mata juga tidak berupaya melihat secara keseluruhannya.

Manusia memang begitu!.

Terlalu terhad pengamatan dan penafsiran olehnya. Sebab itulah saya sering mengajak Anda bersama-sama berkerjasama di dalam mencari cahaya NYA supaya kelak terpancarlah kebenaran di dalam menyuluh pandangan mata hati yang ada kalanya berupaya diselubungi kegelapan diri sendiri.

Moga-moga kerjasama yang kita jalinkan akan menyerlahkan kebenaran, InsyaAllah. Sebab itulah juga saya amat-amat mengasihi Anda, saudara adalah saya kasihi kerana DIA.

Dari kerjasama, akan mengujudkan penyatuan. Penyatuan yang erat akan menghasilkan paduan yang kuat. Seumpama pembentukan awal planet bumi yang terbentuk hasil daripada paduan pelbagai elemen.

Sebab itulah juga barangkali kita amat-amat dituntut berkerjasama supaya bersatu menjadi padu.

Tetapi yang sedihnya, masih ada pula bersikap sombong takbur, seolah-olah dia sahaja yang mengetahui segala-galanya, lalu pandangannya sahaja yang dianggapnya betul di dalam semua perkara. Pandangan orang lain tidak mahu diteliti apatah lagi dihargai. Sungguh sombong dan ego.

Sedih! memang sedih!

Ada pula, tindakan yang dilakukannya lebih mementingkan kelompaknya sehingga terlupa bahawa kelompok yang lain juga diperlukan peranannya.

Seumpama para pengkaji sains. Mereka harus bekerjasama supaya segala persoalan dapat dijawab sedetail-detailnya. Kalau pun berbeza pandangan, mereka berusaha membuktikan bahawa apa yang diluahkan adalah suatu temuan untuk pengkajian generasi masa hadapan.

Seumpama sesetengah saintis angkasa lepas yang melancarkan satelit untuk mengkaji planet yang jauh, betul-betul jauh daripada planet bumi. Saintis ini tahu bahawa hasil cerapan daripada satelit itu kelak tidak akan berkesempatan dilihat hasilnya oleh mereka, tetapi mereka masih sanggup melakukannya demi kebaikan dan pemahaman untuk generasi masa hadapan.

Oppsss... tak apalah..., saya tinggalkan topik Astronomi itu dahulu.

Sebenarnya saya ingin memberitahu kepada Anda berkenaan Hukum Penarikan yang tidak berupaya dilihat secara menyeluruh oleh pandangan mata manusia. Salah satunya ialah kejadian pasang surut air laut.

Tahukah Anda bahawa pasang-surut air laut yang berlaku di muka bumi adalah disebabkan oleh Hukum Penarikan?.

Penarikan oleh Matahari dan oleh Bulan, juga oleh Putaran Bumi itu sendiri.

Maaflah..., sebab saya tidak dapat memperincikan fenomena pasang surut air laut itu di sini kerana saya sedang dihimpit pelbagai tugasan. Sekiranya Anda betul-betul ingin mengetahuinya, elok sahaja cari di dalam google. Pasti Anda akan ketemu ilmu mengenai pasang surut air laut.

Sebenarnya, kefahaman mengenainya memerlukan pembuktian yang benar-benar menuntut kepercayaan dari dalaman diri sendiri kerana ianya tidak berupaya dilihat oleh pandangan mata manusia. Sungguh!

Pemahaman mengenai pasang surut air laut memerlukan gambaran daripada minda separa sedar Anda sendiri untuk mempercayai kewujudan daya tarikan daripada Matahari, Bulan dan Putaran Bumi.

Kepercayaan begitu terhasil daripada dalaman diri-sendiri untuk menyatakan bahawa fenomena pasang surut air laut memang disebabkan oleh Hukum Penarikan Bulan, Matahari dan Putaran Bumi.

Harus juga disedari bahawa segala sudut pandangan dari dalam diri sendiri sebenarnya terlalu terhad penelitiannya. Sebab itu kita memerlukan kerjasama supaya proses pembelajaran yang dilalui menjadi lebih mudah.

Bila mana saya menyebut proses pembelajaran, ianya tidak merujuk pada sistem pendidikan sedia ada sahaja seperti sistem persekolahan, tetapi ianya meliputi proses pembelajaran daripada pengalaman hidup yang dilalui.

Kehidupan yang dilalui akan membuatkan diri sendiri tahu mengenai sesuatu. Tahu mengenai sesuatu yang baik dan yang mana satu buruk. Akan saya jelaskannya di lakaran yang akan datang, InsyaAllah.

Berbalik kepada keyakinan dari dalaman diri sendiri, sebagai contoh, Orang Beriman sudah pasti berbeza dengan Manusia Biasa kerana Orang Beriman pandangannya melangkaui pandangan Manusia Biasa.

Diantara kriteria Orang Beriman yang amat-amat mengagumkan saya ialah dia sentiasa merasai sesuatu di luar pemikiran Manusia Biasa yang tidak dapat dibuktikan dengan nyata oleh penglihatan mata, apatah lagi oleh akal Manusia Biasa.

Contohnya, Orang Beriman sering kali merasai dirinya diiringi oleh dua Malaikat Pencatat yang bertanggungjawab merakamkan segala perbuatan yang dikerjakannya di dalam dunia ini.

Hati nurani Orang Beriman berupaya merasai kehadiran kedua-dua Malaikat Pencatat berbanding Manusia Biasa yang tidak pun merasai apa-apa mengenainya.

Orang Beriman mempercayai kehidupan selepas Kehidupan Dunia iaitu sama ada kelak menduduki Syurga atau barangkali Neraka... Nau'zbillah.

Lalu, Orang Beriman berusaha bersungguh-sungguh melakukan segala perbuatannya supaya menuju gerbang Syurga kerana diyakininya kehidupan di Neraka teramat-amat menyakitkan dan memeritkan.

Berbanding Orang Biasa, sudah pasti kepercayaan sedemikian hanya masuk telinga kiri, dan akan dikeluarkan ke telinga kanan. Sungguh sombong, ego dan takbur dengan kehidupan duniawinya.

Opppsss..... Nantilah saya sambung coretan ini di lain kali pula.

Abgbent (*___*)



0 Komen:

Catat Ulasan