Jumaat, September 17, 2010

Aura Penawar Jiwa

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010 serta Maaf Zahir Batin saya lakarkan di sini, di paparan blog Pedoman Hidup, khusus buat Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Sememangnya sudah lama saya tidak memuatkan sebarang coretan di sini untuk tatapan Anda. Maafkanlah saya. Moga-moga selepas ini saya mendapat kekuatan untuk meneruskan perkongsian kisah-kisah yang dilalui di dalam kehidupan ini dengan Anda. Sememangnya Anda saya kasihi kerana DIA.

Semoga kehadiran Anda sentiasa ke sini kelak mengeratkan lagi simpulan ukhuwah yang kita jalinkan bersama-sama di sini, di blog Pedoman Hidup ini. Moga-moga keredhaan NYA akan mencurah-curah buat Kita bersama-sama.

Hari ini merupakan hari Jumaat. Sudah seminggu Syawal 2010 kita raikan bersama.

Biarpun sudah lewat seminggu, saya tetap ingin menzahirkan ungkapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” khusus ditujukan buat Anda yang saya kasihi kerana DIA. Moga-moga DIA akan melimpahkan keredhaan-NYA kepada Kita. InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, saya memohon doa kepada NYA semoga tarbiyah yang dilalui di sepanjang Ramadhan yang lalu memberikan kekuatan jiwa rohani untuk kita gunakan semasa mengharungi perjalanan kehidupan duniawi ini. Amin...

Kali ini, izinkanlah saya berkongsi dengan Anda mengenai sesuatu yang telah saya lalui di akhir-akhir bulan ramadhan yang lalu. Walaupun barangkali ianya tidaklah mengesankan bila Anda telaah, tetapi saya tetap ingin berkongsi mengenainya dengan Anda. Manalah tahu, adalah gerakan hati Anda untuk menilainya.

Sesungguhnya DIA, Allah SWT lebih mengetahui rahsia yang tersembunyi di dunia ini. Hatta jauh ke dalam lubuk hati sanubari yang saya dan Anda miliki. Semoga apa yang berbisik jauh di dalam lubuk hati sanubari kita adalah antara petunjuk kehidupan untuk menuju ke jalan yang diredhai NYA, InsyaAllah.

Aura Penawar Jiwa, adalah tajuk contengan yang saya ingin kongsikan dengan Anda hari ini.

Memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Lebih-lebih lagi Aura mengenai diri sendiri. Sehinggakan ada pula yang menjadikannya sebagai satu perniagaan.

Perniagaan untuk memperolehi wang ringgit, harta kekayaan. Saya tidak menyangkal, juga tidak menyalahkan perlakuan sebegitu kerana setiap perkara memang ada sebab musababnya.

Siapalah saya mengatakan yang itu betul atau salah. Sememangnya saya hanyalah insan biasa, yang memerlukan petunjuk NYA sentiasa. Moga-moga Tuhan Yang Maha ESA akan terus memancarkan cahaya NYA untuk saya suluh jalan-jalan kehidupan ini.

Dulu, dan sehingga kini, memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Aura yang melingkari tubuh badan manusia. Lalu, pelbagailah cara dilakukan agar Aura yang melingkari diri sendiri merupakan Aura yang menawan, menarik perhatian dan memiliki keindahan yang tiada tandingan. Begitulah harapan manusia yang mengerti mengenai “Aura“.

Oppsss… terlupa pula saya menjelaskan, apa itu Aura?

Tersenyum-senyum saya bila mana mengajukan persoalan itu secara tiba-tiba kepada Anda (*___*)

Memang saya sengaja tidak memberitahu dan mendefinisikannya di sini kerana maklumatnya terlalu banyak di internet. Anda boleh memperolehinya menggunakan laman Carian Google.

Jadi, sebelum saya meneruskan lakaran ini untuk dikongsi dengan Anda, ada baiknya Anda telaahlah dahulu penjelasan mengenai “Aura“. Anda boleh menggunakan Carian Google untuk mendapatkan maklumat mengenainya.


(Akan disambung, InsyaAllah)






4 Komen:

a kl citizen berkata...

selamat hari raya...



→ : digeruni dan dimusuhi

`AnaYNa` berkata...

camat ari raye abgbent...rindu pd coreta di pedoman hidup.Tp kena google dlu la yer..hehe.

faizal yusup berkata...

salam ukhwah dan salam aidilfitri abangbent..

WAK EM berkata...

salam ziarah...

nice blog!!! Pengajarannya banyak banget sih!!!!

Catat Ulasan