Isnin, Mac 08, 2010

Lakaran Buat Anda Yang Bernama Wanita

Aduh!
Kesibukan yang sedang saya hadapi ketika ini seumpama titisan hujan yang turun dari langit. Terlalu banyak yang harus saya tadah. Memanglah tidak akan dapat menadah kesemuanya kerana harus mendahulukan yang mana lebih utama untuk diselesaikan dengan segera. Mudah-mudahan Anda yang sememangnya saya kasihi mengerti di dalam hal-hal sebegini.

Lakaran hari ini saya khususkan kepada Anda yang bergelar Wanita. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia. Kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta jua saya menadah tangan memohon doa agar Anda yang bergelar wanita selamat dunia akhirat. Anda yang telah mendirikan rumahtangga saya doakan semoga senantiasa berbahagia disisi keluarga tercinta. Dan Anda yang masih dara, saya juga doakan semoga bertemu jodoh, InsyaAllah.

Lakaran ini singkat sahaja saya coretkan kerana ada kerja utama yang perlu dibereskan dengan segera. Namun, dek dorongan kasih terhadap Anda, saya tetap meluangkan masa walaupun singkat seperti sekarang. Cukuplah sekadar mengucapkan dan mendoakan agar Anda beroleh kejayaan. Sememangnya saya amat mengasihi Anda kerana DIA.

Mudah-mudahan melalui coretan sebegini Anda akan memahami bahawa saya masih lagi berada di sini. Di blog Pedoman Hidup ini.

Oppsss... Anda yang begelar lelaki usahlah pula terasa dek ucapan sebegini sekadar dikhususkan kepada wanita sahaja. Sememangnya bukan begitu maksud saya. Anda yang bernama lelaki juga saya amat kasihi kerana DIA.

InsyaAllah, ada kelapangan masa di lain kali, bersempena hari lelaki, akan saya buat pula lakaran seperti ini khusus kepada Anda yang bernama Lelaki :)

3 Komen:

shinigamiheromi23 berkata...

abg bent ,hari lalaki ade ke...?hehehe

Abgbent berkata...

Flying kiss istimewa untuk adikku Shini yang dikasihi kerana DIA... :)

Sat lagi abg terbang ke blogspot pakharunmeejawa, I Am Legend namanya. Nak dengar dulu lagu-lagu indah menusuk jiwa di sana. Wah! sekarang ni lagu Meet Uncle Husin pula yer... Tak per abg nak hayati dahulu... sekarang.

Pasal hari Lelaki Sedunia? Betullah... Memang tiada. Yang ada hanya Hari Ayah sahaja. Setahu abg, lelaki memang tak perlu hari istimewa canggitu. Hari istimewa mereka barangkali Malam Jumaat kot :)

Oppsss... Shini jangan fikir yang lain-lain pula. Biasanya Malam Jumaat diraikan dengan membaca surah Yasin lepas solat maghrib.

Gurau sekali sekala untuk menawar hati lara adikku Shini... OK

shinigamiheromi23 berkata...

hehehe...terima kasih abg bent...

Catat Ulasan