Sabtu, Februari 27, 2010

Coretan Minda Bersalut Emosi Untuk Isteriku Yang Tercinta

Entri kali ini saya khususkan untuk Isteriku Yang Tercinta. Kalau Anda teringin sangat nak mengetahuinya, silakan... Saya tak kisah. Janji Anda suka membacanya.

Tapi entri kali ini saya iringkan sebuah lagu berirama indah bertintakan senikata yang menusuk kalbu. Itupun bagi yang dapat merasai keindahannya. Sebab itulah lakaran ini dikhususkan buat Isteriku Yang Tercinta.

Memandangkan sebelum bernikah saya tidak pernah bercinta dengannya, ada baiknya saya membuat warkah-warkah cinta untuknya di dalam blog ini. Saya yakin dia akan melihatnya. Kalau bukan hari ini, pasti suatu hari nanti. Moga-moga dia akan gembira bila menatap dan mendengarnya.

Andai dia ada perasaan kasih dan sayang, berkemungkinan mengalirlah air mata di pipinya nanti. Bukan kerana bersedih, barangkali kerana menghargai yang saya berikan di sini.

Memandangkan Anda masih teringin menelaah lakaran yang saya khususkan untuk Isteriku Yang Tercinta di sini, ada baiknya saya beritahu bahawa pertemuan dengannya berlaku hanya sekali sahaja sebelum kami mendirikan rumahtangga. Itupun dibantu oleh kedua orang tua saya.

Alhamdulillah, orang tua Isteriku Yang Tercinta juga bersetuju, maka termeterailah ikatan suami isteri antara diriku dengan dirinya, Dia yang saya namakan Isteriku Yang Tercinta.

Oleh kerana itu, saya teringin sangat dia mengetahui bahawa saya sememangnya amat mengasihi dan menyayanginya. Sebab itulah lagu ini ditujukan khusus untuknya. Moga-moga dia merasai emosi yang saya lontarkan di dalam lagu ini. InsyaAllah.








5 Komen:

Guru berkata...

wah... sayang sungguh ya
semoga bahagia bersama dunia hingga akhirat nanti

All About AnaYna berkata...

Salam..

Penah gak 1 kuarga tu dtg umah sy dgn tujuan cari jodoh utk anaknya.Tp lps aritu..trus depa senyap,sunyi dan sepi...agaknya tak berkenan kat sy kot.hahaha..nsb bdn la!

Cikgu Dahlia berkata...

hmmm pastu isteri tercinta abg bent tu rasa bangga dn bertambah sayag dgn abgbent bila baca ni :)

Tanpa Nama berkata...

Sedap suara dalam video ni..lagu best..tima kasih kerana share.baru tau.best.

kalau alif...errr...terus terang..tak nak la kawin..sampai bila bila..tak nak.byk peristiwa sekeliling yg tak indah dari indah.

Tanpa Nama berkata...

salam..abgbent...

suke..entri..ni..
kim..slm..kt..isteri..ya..
bertuah..sungguh..dia..kn...
Moga..tikah..jgk..dpt..suami..sbaik..abg..bent..
tikah..doakn.abg..bent..dan..isteri..kekal..selamanya..dgn..warahmah..wamadah..dan..sakinah...aminnn..

(^_^)

Catat Ulasan