Sabtu, Februari 13, 2010

Cek Nuffnang ke-3, Menjana Pendapatan Blogger...3

Cek daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd buat kali ketiga telah diterima kelmarin dan kelmarin jugalah saya telah memasukkan cek itu ke dalam akaun bank Isteriku Yang Tercinta menggunakan mesin pendeposit cek.

Jumlah yang diterima tidaklah seberapa, tetapi berbanding dua cek sebelumnya, nilai kali ini lebihlah sedikit. Realitinya, saya amat bersyukur menerimanya ditambah pula melihat senyuman indah daripada Isteriku Yang Tercinta. Sememangnya penama cek nuffnang hasil daripada blog Pedoman Hidup telah dipahat nama Isteriku Yang Tercinta sebenarnya.

Blog Pedoman Hidup aktif diisikan entri sejak awal bulan Mac 2009 yang lalu dan cek pertama diterima pada bulan Ogos 2009, diikuti bulan Oktober dan kini bulan Februari 2010.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd kerana sudi memberikan bayaran begini. Juga tidak dilupa, Anda, yang sudi mengklik iklan-iklan yang terpapar di sini.

Kepada Anda, saudaraku yang dikasihi kerana DIA, sekiranya belum memahami pendapatan begini, saya sudi mencurahkan ilmu ini, InsyaAllah. Percuma sahaja, seandainya Anda ingin mengetahuinya. Paling penting, Anda ada keinginan mencuba dan berusaha untuk mengetahuinya bila mana saya ajarkan kepada Anda.

Dan kepada yang telah memahami pendapatan begini, sekiranya telah mengklik iklan-iklan di sini, usahlah pula terlupa meninggalkan jejak agar saya dapat membalasnya dengan mengunjungi dan mengklik iklan pada blog yang Anda miliki. Semoga kerjasama begini mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. InsyaAllah.

Oh ya, untuk pengetahuan Anda, kali ini, sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi akan saya dermakan pada tabung anak-anak yatim. Sengaja saya memberitahu kepada Anda kerana seperti yang dimaklumi, kewujudan blog Pedoman Hidup bukanlah bermatlamatkan mengaut keuntungan. Memang bukan!

Ianya diwujudkan agar dapat dijadikan wadah untuk saya meneruskan usaha-usaha yang pernah dilakukan sebelum ini. InsyaAllah, di lain masa akan saya perincikan kepada Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Selain itu, saya juga berharap agar usaha Anda mengklik iklan-iklan Nuffnang di dalam blog Pedoman Hidup akan mendapat keberkatan dari NYA jua. Anggap sahajalah seolah-olah bila mana Anda mengklik iklan-iklan di sini, akan menjadi sebahagian daripada derma yang tidak disedari.

Akhir sekali, saya juga ingin memberitahu bahawa sebahagian daripada nilai yang diterima akan saya khususkan buat Isteriku Yang Tercinta kerana dia telah mengizinkan saya menggunakan masa di rumah membuat lakaran dan juga contengan agar dapat ditatap bersama-sama di dalam blog Pedoman Hidup.


Keizinan yang diberikannya amat saya hargai sebenarnya, sebagaimana yang pernah saya beritahu sebelum ini di dalam coretan Warkah Buat Teman. Andai ada kesempatan, lihat juga lakaran ini;


9 Komen:

khasyikelvin_ berkata...

ian tak cashout lai nuff.
huhuhu nak kne tunggu byk2,
sampai leh beli kapal angkasa.
keh keh keh!

anazkia berkata...

Assalamu'alaikum...
Apa khabar Encik? Lama tak singgah kemari. Saya tak tahulah pasal nufnang tu. Ramai blog yang saya singgah kat Malaysia nie ada letak banner tu. Boleh encik bagi tahu? Blog saye, betul2 blog personal :)

anazkia berkata...

Cam ne nak buat encik? Insya Allah, akan berusaha

anazkia berkata...

Maaf, tadi inet tak boleh pulak. Kejap Bang, nak try..

anazkia berkata...

Bang, dah buat dah. Dah boleh sign in. Pas tu cam ne ek?

Hilal Azmi berkata...

Abg, saya dah wat mcm abg ajar tue... So? Skang saya nampak la ada perkembangan yang baik dalam Nuffnang nih...CUba abg nengok jap... ehe...

Hilal Azmi berkata...

Abg bent.. Thanks.. :p Saya dah letak yang kat atas tu.. tpi yang kat antara entry tu saya letak kat bawah skali tu.. Pasal letak dalam entry mcm pening plak nnti blog sy tue... Cmna?

IxoR@ berkata...

tumpang gembira....

;)

Hilal Azmi berkata...

Abg bent ada la..
1. kat btul2bawah header saya...
2. btul2 bawah pada cbox..
3. kat bawah entry atas daripada list link saya.

ada x?

Catat Ulasan