Khamis, Februari 04, 2010

Menjana Pendapatan Blogger... 2

Menjana Pendapatan Blogger...1


Adikku tidak perlu menjadi orang lain. Jadilah seperti sekarang ini. Ketahuilah bahawa sememangnya adik mempunyai kelebihan berbanding orang lain.

Berkaitan dengan blogger, saya tidak menafikan bahawa ianya adalah salah satu kerjaya yang boleh diceburi tetapi buat masa ini, saya berani mengatakan bahawa kerjaya seorang blogger hanya boleh dilakukan sebagai kerja "partime job". Ini kerana pulangan pendapatan yang diperolehi tidaklah seberapa.

Adikku perlu berusaha melakukan sesuatu selain menjadi seorang blogger agar pendapatan kelak dapat menampung bukan sahaja diri sendiri tetapi juga keluarga dan bakal keluarga yang dibentuk kelak.

Bukanlah maksud abg di sini adik meninggalkan terus kerja seorang blogger. Adik memang masih boleh melakukannya, tetapi biarlah pada masa yang sama, adik juga ada pendapatan selain daripada memperolehi pendapatan blogger.

Ini kerana seperti yang telah abg nyatakan, pendapatan seorang blogger masih tidak mencukupi untuk adik mencipta sesuatu untuk keluarga banggakan. Saya berani mengatakan bahawa perjuangan itu masih jauh!. Adik perlukan sesuatu sekarang ini iaitu pendapatan untuk menampung diri sendiri, keluarga dan bakal keluarga yang dibentuk kelak.

Elakkan bermain-main dengan perasaan dan lebihkanlah usaha di dalam mengejar kejayaan. Kejayaan yang abg maksudkan ialah dalam erti kata pendapatan yang mencukupi untuk diri adik dan famili. Memang blogger ada pendapatan tetapi saya tetap mengatakan bahawa ianya masih tidak mencukupi dan jumlahnya masih terlalu kecil.

Oleh itu, nasihat saya, buatlah usaha yang lebih sedikit agar keluarga yang diimpikan bakal terbentuk dan akhirnya dapat memberikan nafkah kepada mereka. Moga adikku memahami apa yang abg nyatakan di sini.

Abg juga ingin melihat adikku berjaya bukan sekadar sebagai seorang blogger, tetapi lebih jauh daripada itu ialah seorang insan yang bernama adikku. Ketahuilah bahawa adik juga hebat sebenarnya. Berusahalah agar kehebatan ini diiktiraf oleh NYA, InsyaAllah.


"Maka pada hari itu, tiada seorang pun yang diperlakukan secara tidak adil biarpun sedikit, dan kamu tiada diberi pembalasan melainkan apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang yang mendiami syurga pada hari itu bersenang-senang dalam pekerjaannya." (Ya Sin, 36: 54 - 55)

2 Komen:

fzamazlan berkata...

salam, abgbent!
insyaallah, blogger yang ikhlas berkongsi ilmu dengan orang lain, akan murah rezekinya. aye pun sedang belajar untuk menjadi penulis blog yang aktif dan berilmu..:-)

Hilal Azmi berkata...

Abg bent, sowie... Salah ka saya wt tu?? Saya maleh nak letak bebanyak pasal nnti jadi lambat loading untuk Blog... Cmna nak wat ek?

Catat Ulasan