Sabtu, Januari 09, 2010

Perosak Keharmonian, Pemusnah Kedamaian




Izinkanlah saya meluahkan rasa amarah ketika ini. Barangkali Anda tidak mengerti perasaan sebegini kerana ianya terletak di dalam hati. Hati yang masing-masing daripada kita menguasainya.

Jika Anda yang mencuri, pastilah bukan Anda yang merasai keperitannya. Anda yang mencuri akan berasa gembira kerana telah berjaya memperolehi barangan yang Anda curi untuk memuaskan nafsu serakah.

Tetapi saya yang telah kehilangan barang, pasti merasai keperitannya, apatah lagi barang yang Anda curi itu adalah amat saya cintai dan sayangi. Itu Anda kena mengerti...

Kalau Anda ingin menggambarkan peritnya perasaan yang saya alami ketika ini, mari saya tunjukkan kepada Anda gambaran-gambaran yang boleh saya hasilkan di ruangan minda Anda. Tetapi Anda perlu berlaku jujur menggambarkannya.

Kalau tidak, sia-sialah gambaran yang saya berikan di sini kerana Anda tidak mahu mengerti keperitan perasaan yang sedang saya rasai ini. Begini...,

Katakanlah tiba-tiba Ibu yang Anda kasihi dan sayangi diculik oleh sekumpulan penculik dan kejadian itu berlaku di depan mata Anda. Belum sempat Anda melakukan langkah-langkah seterusnya, penculik-penculik itu terus meragut pakaian Ibu kesayangan Anda dan menelanjangkannya. Anda masih tidak sempat berbuat apa-apa kerana dengan pantas juga para penculik itu meragut dengan rakus dan memperkosa Ibu Kesayangan Anda di depan mata.

Malahan mereka menerajang dan memukul Ibu Anda dengan ganas sekali sehingga mengakibatkan tubuh badan Ibu Kesayangan Anda berubah. Betul-betul berubah, sehingga anak Anda iaitu cucu Ibu Kesayangan Anda tidak lagi berupaya mengenalinya...

Ya, penculik-penculik itu boleh berkata bahawa Anda seharusnya bersyukur kerana Ibu Kesayangan Anda masih lagi hidup iaitu masih belum dibunuh, konon-konon kerana inginkan keharmonian dan kedamaian.

Apakah Anda masih sanggup melontarkan keharmonian dan kedamaian kepada penculik-penculik yang saya maksudkan? Kalau Anda kata Ya, sememangnya kita mempunyai Hati yang berbeza.

Tetapi kalau Anda kata Tidak, ketahuilah bahawa Anda telah berjaya merasai keperitan yang saya rasakan. Sebab itu saya mengatakan Anda yang mengerti perasaan sebegini adalah saudara yang saya kasihi kerana Anda memahami perasaan saya. Sungguh! dan saya ingin ucapkan terima kasih kerana Anda berkongsi perasaan ini.

Moga-moga amarah ini tidak akan berpanjangan sehingga merosakkan keharmonian dan kedamaian yang saya dan Anda impikan.

4 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

kehilangan barang ape ni?
iskk...camne leh berlaku ni..

emm..dah lama tak singgah sini..
harap abg bent sihat saja..


p/s: selamat tahun baru 2010 abg bent!!!

izakhairi berkata...

maksud yang di bawa sungguh mendalam....
memang perasaan amarah itu timbul dengan sendiri apabila kedamaian cuba digugat...
seperti yang abgbent coretkan moga amarah ini tidak akan berpanjangan...Insyaallah

Brahim Nyior berkata...

Salam Bent,

Apa yang berlaku, ada hikmahnya.

"Barangkali kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk untukmu; dan barangkali kamu membenci sesuatu, sedang ia baik untukmu. Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah)

Moga kau tabah sahabatku. Jangan dibuai rasa gundah, sebab semua yang kita ada didunia ini, bukan kekal milik kita.

Abgbent berkata...

Tersenyum :) saya membaca nukilan adikku Cik Amy yang ayu seperti di atas. TQ bebyk kerana masih prihatin terhadap kegusaran dan amarah yang sedang membara ketika ini... Barangkali adik belum mengerti kot?.

Haáh Cikguku Yang Tegas. Terima kasih kerana memahami. Harap-harap tidaklah sampai kita kena berjihad pula. :) . Saya yakin, semua kita masih mengharapkan keharmonian dan kedamaian agar tidak dirosakkan dan dimusnahkan.

Oleh itu kerasionalan perlu ada di dalam hal-hal sebegini. Adil tidak bermaksud memberikannya sama rata kepada semua, tetapi keadilan yang saya fahami ialah meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Takkanlah pula sepasang anak saya yang masing-masing berumur 4 tahun dan setahun saya belikan barangan yang saiznya sama sahaja, konon-konon untuk bersikap adil di dalam hal-hal yang sebegini rupa.

Satu lagi contoh dangkal yang saya boleh berikan ialah cuba bayangkan kalau sepasang anak saya itu diberikan pakaian perempuan sahaja agar dilihat adil di dalam hal yang sebegini? Bukankah perlakuan itu sama rata kerana kedua-duanya memperolehi pakaian yang sama rupanya? Tetapi ketahuilah bahawa anak saya yang bongsu adalah lelaki sebenarnya.


Waduh! Sahabatku Izzudin, terima kasih kerana menyampaikan ayat itu. Ketahuilah bahawa ketabahan dan kesabaran ini ada batasnya. Itu yang dikhuatiri sebenarnya. Jangan bila dah rosak musnah barulah pula kita menyesal tak sudah. Hakikatnya, perlu bertindak bila mana kerasionalan sesuatu perkara itu difahami dan dimengerti oleh yang pembuat angkara.

Saya menyokong angkara-angkara yang tidak berfaedah harus dihentikan dengan segera kerana perjalanan duniawi ada matlamatnya yang perlu dicari bersama-sama. Moga-moga kita akan beroleh keharmonian dan kedamaian seperti yang dinginkan oleh setiap insan.

Usah dirosakkan dan dihancurkan keharmonian dan kedamaian ini.

Catat Ulasan