Selasa, Jun 02, 2009

Bantulah Daku, Wahai Saudaraku

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Anda, pembaca setia blog Pedoman Hidup. Memang selayaknya saya mengucapkan terima kasih kepada Anda kerana minggu lepas, akhirnya blog ini telah berjaya mengumpul nilai melebihi RM 50.

Syukur tidak terhingga dinyatakan kepada NYA jua kerana terus memberikan kekuatan kepada saya untuk berkongsi segala coretan dengan Anda, pastilah Anda yang saya kasihi dan sayangi.

Moga usaha yang tidak seberapa ini akan diredhai NYA kerana itulah sebenarnya matlamat blog Pedoman Hidup ini hadir untuk tatapan Anda. Bukanlah kerana nilai wang ringgit seperti yang dinyatakan di atas yang menjadi ukurannya.

Sememangnya saya berusaha melakarkan pelbagai coretan di dalam blog ini adalah semata-mata kerana DIA. Memang itulah janji saya dahulu dan selamanya, InsyaAllah…

Sebenarnya, nilai Ringgit Malaysia itu khusus saya hadiahkan buat Isteri Tercinta kerana “Payee Name” untuk blog ini telah diukirkan namanya, iaitu Isteri ku yang Tercinta. Mengapa?

Kerana kesudiannya mengizinkan diriku menggunakan masa di rumah untuk melakarkan pelbagai coretan di dalam blog ini. Walhal, sepatutnya, masa di rumah adalah khusus untuknya dan anak-anak.

Tetapi, atas kesudiannya membenarkan saya menggunakan sedikit waktu untuk bersama-sama Anda, akhirnya terlahirlah blog Pedoman Hidup ini, pastilah untuk Anda.

Itu semua saya lakukan adalah semata-mata untuk tatapan Anda, pembaca Blog Pedoman Hidup yang saya kasihi dan sayangi. Dan pastilah juga kerana DIA yang Maha Esa, yang mana saya melakukannya adalah mengharapkan keredhaan dari NYA.

Sebenarnya, ketika ini saya amat mengharapkan sedikit idea dari Anda, kerana sesungguhnya, ketika ini saya sedang di dalam keadaan dilema memikirkan apakah hadiah istimewa yang boleh saya berikan untuk Isteriku Yang Tercinta.

Maklumlah, tinggal 4 hari lagi, merupakan hari kelahirannya.

Saya masih tidak tahu, apakah hadiah istimewa yang boleh diberikan sempena hari kelahirannya itu. Kalau boleh, nak jugalah memberikan sesuatu yang cukup istimewa untuknya tahun ini.

Anda, pembaca blog Pedoman Hidup yang saya kasihi, tolonglah berikan idea, Apakah hadiah yang cukup istimewa untuk seorang wanita yang bergelar Isteri iaitu Isteriku Yang Tercinta…

5 Komen:

ladyeena berkata...

Owh, bro ngah pening nak beli adiah apa ke? Eena pun baru je pening2 bincang ngan adik2 nak hadiahkan apa pada mama sbb besday dia esok ari ni, 3hb. Beg dah penah bagi, minyak wangi dah bagi.. kasut dah penah bagi, cincin emas dah penah bg.. nak blanja tiket kapal terbang ke melben dia tak mahu... jadi eena belikan rantai emas. cuba bro tilik2 apa dia minat.. org pompuan biasanya suka simpan barang kemas...

cadangan je... ;)

IxoR@ berkata...

Tahniah Abg Bent...
Hasil usaha klik klik...
"apa yg penting,kerjasama..."

Hadiah utk isteri tercinta?
Barang kemas pun ok, jam tangan ke...atau bawa dia melancong. Spent time together....sgt romantis.

alang berkata...

hADIAH burthday? Sebenarnya tak payah susah2. Seorang isteri yg betul menyayangi suaminya tidak mengharapkan sgt hadiah mahal dan sebagainya. Cukuplah dengan ingatan dan ayat2 romantis yg tulus dan ikhlas. Tak salah klau abg bent buat satu kad burthday special, then poskan ke alamat sendiri. Mesti dia terkejut sebab dapat kad burthday melalui pos,wlaupun tinggal serumah. hehe.

Abgbent berkata...

TQ bebyk adik-adikku yang dikasihi...

Cadangan adik Ladyeena dan Ixora untuk menghadiahkan rantai emas itu memang bagus. InsyaAllah, pasti akan ditunaikan nanti. Hopefully, Isteriku Yang Tercinta itu akan gembira. Nanti nak survey kedai emas dulu... risau nanti tak cukup bajet pula. Biar yang biasa-biasa saja harganya. Ada masa nanti akan abg postkan entri itu khusus untuk adik berdua.

Cadangan adikku alang pun best juga. Abg akan beli satu kad Birtday yang special dan kirim kat dia. Heheheeeee memang lucu juga idea ini. Thanks ah! at least ada gak gempak-gempak tahun ini. Sampai bermacam-macam hadiah yang ku beri padanya. Nanti abg postkan entri ini khusus untuk adik alang. Kad birthday yang istimewa.

ladyeena berkata...

waktu on the phone ngan my mom last nite (masa wish her bufday), dia ada gurau2... kalau dah kawen, besh kalau dapat bunga dengan jumlah kuntum tu, sama dgn usia perkahwinan. setahun kawin, 1 kuntum/1 jenis, 2 thn kawin, 2 kuntum/2 jenis.. ok gak tu bro... org perempuan sng je nak bg adiah.. org lelaki yg payah.

Catat Ulasan