Khamis, Februari 19, 2009

Jangan Takut Mencuba

Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu perlu dipelajari agar kelak kita mahir mengenainya. Oleh itu, ketahui masalah dan pelajari bagaimanakah untuk mengatasi masalah itu. Berbanding terus-terusan merendah-rendahkan diri sendiri serta memikirkan ianya sebagai satu masalah yang tiada cara penyelesaiannya.

Kehadiran Kita di dunia ini sememangnya bukanlah sia-sia, tetapi jauh daripada itu ialah untuk mempelajari sesuatu tentang kewujudan-Nya dan pastinya lebih jauh daripada itu adalah agar Kita memahami kekuasaan-Nya.

Sekiranya Kita tidak mahu mencuba dan mempelajari sesuatu perkara, bagaimana mungkin Kita akan mengetahui dan merasainya? Satu-satu kemahiran itu tidak akan pernah terlaksana di dalam diri Kita andai Kita sendiri tidak mahu mencubanya!.

Ya, pasti di dalam percubaan-percubaan itu beroleh risiko. Dan jangan lupa juga bahawa mungkin ianya menjadi kenangan manis di dalam pencarian Pedoman Hidup ini. Harus diyakini bahawa segala risiko itulah yang akan mematangkan diri Kita agar cekal menghadapi.

Ketahuilah bahawa semua insan yang diciptakan oleh-Nya tidak ada yang sempurna, kecuali DIA - MAHA PENCIPTA. Oleh itu, anggaplah kesilapan yang akan berlaku di dalam Kita mencuba sesuatu itu sebagai satu proses untuk Kita mengenali siapa sebenarnya diri Kita berbanding DIA?.

Dan jangan lupa pula bahawa kemahiran yang kelak dimiliki hasil usaha terus-terusan, sememangnya satu usaha untuk Kita merapatkan diri kepada-Nya, jauh daripada itu, agar Kita mengenali-Nya.

Jangan takut untuk mencubanya kerana pasti bila sentiasa dicuba, diri kita akan berkemahiran mengenainya.

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak atas artikel ini. Saya sebenarnya kdg2 putus asa dgn hidup ini. Saya rasa saya tidak normal berbanding org lain. Saya takut utk mencuba, rendah diri, malu dan sama waktu dengannya.

Abgbent berkata...

Terima kasih Tanpa Nama kerana berkongsi luahan perasaan. Saya agak kurang pasti dengan ungkapan Tidak normal berbanding orang lain? apa maksud sebenarnya?

Apa yang dapat saya katakan ialah apabila Kita TIDAK MAHU untuk mencuba, pastinya jawapan yang akan Kita perolehi kelak ialah TIADA HASIL. Tetapi andai Kita berani untuk mencuba, Kita akan ada dua kemungkinan sama ada Tiada Hasil atau mungkin juga berhasil. Oleh itu manakah pilihan Kita?

Rendah Diri dan perasaan Malu perlu ada tempatnya. Tetapi apabila bercakap mengenai peluang, pastinya Kita perlu bersama-sama berusaha untuk mendapatkan peluang itu.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Abgbent atas respons anda. Tidak normal tu bermaksud perasaan sukakan sesama jantina. Harap jgn salah faham, perasaan sahaja, bukan sampai ke tahap mahu melakukan hubungan. Saya tidak minta jadi begini. Saya mahu berubah, tapi tetap tidak dapat. Harap Abgbent boleh mengulas isu ini? Terima kasih sekali lagi.

Abgbent berkata...

Terima kasih Tanpa Nama,

InsyaAllah, akan saya usahakan mencoretkan mengenai perkara itu suatu masa nanti dalam masa terdekat

Catat Ulasan