Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu perlu dipelajari agar kelak kita mahir mengenainya. Oleh itu, ketahui masalah dan pelajari bagaimanakah untuk mengatasi masalah itu. Berbanding terus-terusan merendah-rendahkan diri sendiri serta memikirkan ianya sebagai satu masalah yang tiada cara penyelesaiannya.
Kehadiran Kita di dunia ini sememangnya bukanlah sia-sia, tetapi jauh daripada itu ialah untuk mempelajari sesuatu tentang kewujudan-Nya dan pastinya lebih jauh daripada itu adalah agar Kita memahami kekuasaan-Nya.
Sekiranya Kita tidak mahu mencuba dan mempelajari sesuatu perkara, bagaimana mungkin Kita akan mengetahui dan merasainya? Satu-satu kemahiran itu tidak akan pernah terlaksana di dalam diri Kita andai Kita sendiri tidak mahu mencubanya!.
Ya, pasti di dalam percubaan-percubaan itu beroleh risiko. Dan jangan lupa juga bahawa mungkin ianya menjadi kenangan manis di dalam pencarian Pedoman Hidup ini. Harus diyakini bahawa segala risiko itulah yang akan mematangkan diri Kita agar cekal menghadapi.
Ketahuilah bahawa semua insan yang diciptakan oleh-Nya tidak ada yang sempurna, kecuali DIA - MAHA PENCIPTA. Oleh itu, anggaplah kesilapan yang akan berlaku di dalam Kita mencuba sesuatu itu sebagai satu proses untuk Kita mengenali siapa sebenarnya diri Kita berbanding DIA?.
Dan jangan lupa pula bahawa kemahiran yang kelak dimiliki hasil usaha terus-terusan, sememangnya satu usaha untuk Kita merapatkan diri kepada-Nya, jauh daripada itu, agar Kita mengenali-Nya.
Jangan takut untuk mencubanya kerana pasti bila sentiasa dicuba, diri kita akan berkemahiran mengenainya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Memaparkan catatan dengan label Mencuba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencuba. Papar semua catatan
Khamis, Februari 19, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)