Khamis, Februari 19, 2009

Ingin mengecapi Kejayaan Hakiki? - Bhg 4, Perkhawinan

Mengecapi Perkhawinan


Kali ini saya teruskan coretan mengenai tajuk di atas. Sebelum ini saya telah menjelaskan mengenai Kejayaan Besar yang digambarkan melalui pelbagai Sijil Penghargaan dan Pengiktirafan daripada kelompok yang lebih besar atau berkuasa.

Bagaimanapun, ada juga Kejayaan Besar yang tidak digambarkan melalui Sijil-Sijil Penghargaan atau Pengiktirafan. Nak tahu apa? Itulah yang ingin saya kongsikan pada kali ini.

Saya tetap menganggap bahawa PERKHAWINAN adalah salah satu daripada Kejayaan Besar yang harus Anda gapai atau kecapi, kerana melaluinya, perjalanan hidup ini akan lebih bermakna!.

Ramai di kalangan kita yang kurang menitik-beratkan strategi-strategi atau usaha-usaha untuk mengapai Kejayaan ini kerana bagi sesetengah daripada mereka, ianya mudah dilakukan atau lebih daripada itu, ianya dianggap sebagai KURANG PENTING dan boleh dikemudiankan di dalam mengapai atau mengecapi Kejayaan-Kejayaan Besar yang lain.

Selain itu, ada juga yang berasa MALU untuk melakukan pelbagai strategi bagi menggapainya. Ketahuilah bahawa Isteri pertama Rasulullah SAW iaitu Khadijah juga telah menunjukkan contohnya, tetapi sudah pasti ianya dilakukan dengan penuh kesopanan dan kesantunan. Bukannya secara membabi-buta melakukannya.

Memanglah Kejayaan mengapai PEKHAWINAN ini tidak ada Sijil Pengiktirafannya (Kecuali Sijil Nikah yang sekarang ini dititik beratkan dan dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama atau pihak-pihak berwajib yang lain).

Ketahuilah bahawa Kejayaan Ini andai digapai pasti merubah gelaran kepada Diri Anda Sendiri sepanjang melalui perjalanan hidup ini. Kalau sebelum ini Anda dikenali sebagai BUJANG, DARA atau TERUNA, tetapi selepas melalui perkhawinan, gelaran diri Anda berubah menjadi SUAMI atau ISTERI dan mungkin juga ANAK MENANTU. Ketahuilah juga bahawa Kejayaan ini akan disusuli dengan pelbagai gelaran-gelaran lain selepas itu.

Ya, Kejayaan ini tidak ramai mengiktirafnya tetapi perlu saya tekankan di sini bahawa melaluinya, Anda akan menjadi RAJA SEHARI. Selain itu, Anda juga akan menggembirakan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat lain dengan mengadakan pelbagai keraian. Apatah lagi sekiranya calon-calon pilihan Anda itu direstui oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat masing-masing.

Kadang juga ianya amat perit untuk dilakukan, andai pilihan Anda tidak direstui keluarga terdekat atau sahabat-handai. Oleh itu, nasihat saya fikirkanlah yang terbaik untuk diri Anda kerana Anda jugalah yang akan meneruskan perjalanan hidup ini. Bukan mereka dan bukan yang lain-lain, tetapi Anda Sendiri. Namun suka juga saya menasihatkan bahawa apapun pilihan Anda, pastinya ada risiko dan Anda perlu bertanggungjawab dengan pilihan dan keputusan yang Anda lakukan. Ketahuilah bahawa keluarga terdekat hanya memberikan pandangan dan nasihat untuk Anda fikirkan, tetapi keputusan akhirnya terletak di bahu Anda sendiri.

Melalui Kejayaan mengecapi Perkhawinan, Kejayaan Hakiki yang ingin Kita gapai menjadi semakin hampir untuk dikecapi. Kenapa? Kerana melaluinya Kita akan dianugerahkan oleh-Nya satu penghargaan yang pada saya tiada tandingannya. Ketahuilah bahawa kurniaan itu adalah ANAK. Adakah anugerah yang lebih berharga selain daripada yang mengurniakannya adalah DIA - MAHA PENCIPTA?

Anak merupakan penerus kepada perjalanan kehidupan kita selepas mati. Doa daripada anak-anak Kita menjadi salah-satu daripada strategi untuk Kita mengecapi KEJAYAAN HAKIKI. Sebab itu saya menganggap bahawa didikan kepada anak-anak adalah suatu yang amat penting untuk dilakukan bagi mengapai Kejayaan Hakiki itu kelak.

Pastinya juga daripada kurniaan Anak itu, gelaran diri Anda berubah menjadi AYAH, BAPA, IBU, MAMA dan lain-lain ungakapan penyejuk hati Anda di dalam meneruskan perjalanan hidup ini.

Sesungguhnya, hanya yang pernah mengapai kejayaan ini akan merasai kebahagian disepanjang perjalanan hidup ini. Dan tidak juga saya nafikan ada yang merasai keperitan selepas mengapainya yang akhirnya kecundang dengan kejayaan ini. Kenapa itu berlaku? Apa yang dapat saya ungkapkan ialah MAHA PENCIPTA sedang menguji Anda agar Kejayaan Hakiki yang ingin digapai menjadi semakin hampir. Pastinya pelbagai ujian di dalam hidup ini adalah sebahagian daripada strategi untuk Kita mengapai KEJAYAAN HAKIKI!.

Ketahuilah juga bahawa masa akan terus berlalu dan tidak menunggu Anda untuk mengapai kejayaan ini andai Anda tidak berusaha untuk melakukannya. Sekiranya terlambat, pastinya RUGILAH perjalanan hidup Anda kerana tidak dapat merasai nikmatnya Kejayaan ini andai ianya berjaya dikecapi.

(Coretan Akhir mengenai tajuk ini akan saya lakaran di masa yang lain pula)

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam abg bent,sy AZRI ingat lg ke^_^bila baca komen abg dekat imotivasi sy terus masuk blog abg ni,thanks sangat2 sbb buka minda sy erti matlamat dalam hidup dan apa yg kita nak kat dunia ni.dan buat pengetahuan abg sy dah pun buat keputusan selari dengan apa yg sy nak kejar selama ni.syukur alhamdulillah Allah temukan sy dengan insan2 yg ingin membantu mcm abg.semoga terus bahagia...

abgbent berkata...

Terima kasih adikku Azri,

Moga mendapat hidayah-Nya sentiasa. Sesungguhnya DIA juga yang menentukan pertemuan Kita. Abg hanya berkongsi sesuatu mengenainya. Dan ketahuilah bahawa apapun keputusan adikku Azri, adik kena berani menghadapinya walau apapun risiko yang bakal hadir. Kerana mungkin itulah yang akan mendekatkan diri adik untuk mengecapi Kejayaan Hakiki.

Catat Ulasan