Sabtu, Mac 23, 2013

Krisis Lahad Datu, Menyelongkar Sejarah Silam Malaysia


Nampaknya kisah "Pencerobohan" Tentera Diraja Kesultanan Sulu masih belum berakhir, malahan semakin banyak pula spekulasi yang bertebaran di laman sesawang, sama ada berbahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Dengan sedikit masa yang terluang, saya telah mengambil sedikit kesempatan untuk menyelak dan menelaah beberapa laman blog.

Kisah terbaru yang saya sempat selongkar ialah mengenai Raja Muda Agbimudin, waris Sultan Sulu yang dikatakan mempunyai kerakyatan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan.

Saya tidak terkejut dengan pembongkaran kisah itu dan saya juga yakin bahawa krisis yang sedang berlaku ini akan terus menyelak pelbagai lagi perkara yang telah berlaku ke atas Negeri Sabah, sama ada dari segi sejarahnya, mahupun perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sedikit sebanyak, ianya juga akan membongkar segala rahsia mengenai kewarganegaraan rakyat di Negeri Sabah, khususnya orang-orang Sulu, dan tidak ketinggalan, masyarakat selain orang-orang Sulu.

Siapa yang berhak, dan siapa pula yang layak. Itulah persoalan yang cuba dijawab di dalam krisis "Pencerobohan" di Lahad Datu, Sabah!

Moga-moga pembongkaran yang sedang berlaku akan menginsafkan sebahagian masyarakat yang sombong dan bongkak serta yang cuba menafikan kehidupan aman-damai manusia sejagat.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Al-Hujraat, 49: 13)


"Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya)."  Al-Baqara, 2: 84

padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu.... Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Al-Baqara, 2:85


Selain kisah Kad Pengenalan Agbimudin itu, saya juga berkesempatan menyelak satu lagi spekulasi iaitu mengenai pembabitan pihak-pihak lain di dalam krisis "Pencerobohan" di Lahad Datu. Anda klik Obama interfere to Anwar, Nur Misuari and Kiram Delight, pasti kelak mengetahuinya. Sebab itulah di dalam coretan terdahulu, saya pernah memberitahu kepada Anda mengenai perkaitan kejadian Red Tide di persisiran Pantai Barat, Sabah di dalam lakaran Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan Red Tide 2

Kini, saya mempunyai keyakinan bahawa peristiwa "Pencerobohan" di Lahad Datu yang sedang berlaku sekarang ini, mempunyai agenda perjuangan yang lebih besar. Sepertimana yang saya coretkan sebelum ini, selagi negara tercinta ini mempunyai Bulan dan Bintang, saya akan berjuang untuknya.


2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Calming? Lots of games can is a Disney classic that everyone loves.
Ultimately it's very intuitive here Dress Up Naruto Game Online.

Here is my blog ... nong Trai vui Ve

Tanpa Nama berkata...

Hey There. I found your blog using mѕn.
This is a veгy well written articlе. I will bе sure to
boοkmark it and cоme back to гeаd mοre
οf your usеful informаtion.
Τhanks for thе роѕt.
I will definitely rеturn.

Fеel free to surf to my wеbsite ::
chaine

Catat Ulasan