Sabtu, Mac 02, 2013

Inikah yang diinginkan?...Tentera Diraja Kesultanan Sulu & Kerajaan Malaysia

Akhirnya, krisis yang berlaku diantara Tentera Diraja Kesultanan Sulu dengan Kerajaan Malaysia membawa korban bagi kedua-dua pihak.

Di pihak Kerajaan Malaysia, seramai dua anggota Polis Komando berpengalaman telah terkorban, dan tiga yang lain telah cedera. Maklumatnya ada di sini "Kg. Tanduo Bermandi Dara".

Manakala di pihak Kesultanan Sulu pula, dilaporkan seramai sepuluh orang telah terkorban dan empat yang lain cedera. Maklumatnya boleh dilihat di sini "Sulu Sultan Spokesman: 10 men killed in Sabah".

Sebelum ini, saya telah mencoretkan peristiwa tersebut dan cuba mengaitkannya dengan peristiwa Red Tide yang sering kali berulang di persisiran Pantai Barat, Sabah.


Kemunculan Red Tide atau Air Merah di perairan Sabah kebiasaannya akan  membawa korban terlebih dahulu sebelum ianya disebarkan atau dimaklumkan kepada masyarakat umum. Begitulah hebatnya agensi-agensi yang memantau kejadian ini di perairan Sabah.



Berbalik pada krisis yang sedang berlaku di Kg Tanduo Sabah, pelbagai tanggapan dan ramalan yang cuba dipamerkan mengenainya. Cuba Anda telaah beberapa isu yang dinukilkan dibawah ini;






Seandainya kita di sebelah pihak Kerajaan Malaysia, maka sudah pasti kita akan mengatakan ianya sebagai satu "Pencerobohan". Dan kebencian kita terhadap penceroboh-penceroboh itu memang tidak dapat dinafikan. Cuba baca entri bertajuk "Tindakan ke atas Penceroboh Tanpa Kompromi"

Sebaliknya pula, seandainya Anda berada di pihak Kesultanan Sulu, sudah pasti Anda pula akan mengatakan bahawa ianya sesuatu yang patut dilakukan. Anda tetap beranggapan bahawa persisiran Pantai Timur Sabah adalah hak milik Anda, sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian suatu ketika dahulu. Cuba baca karangan ini "Tuntutan ke atas Sabah adalah Isu yang Amat Penting".

Nasib baik juga Kesultanan Brunei tidak menuntut Persisiran Pantai Barat Sabah. Entah-entah, Timur dan Barat Sabah akan bergolak dek tipu-helah mereka yang sering cuba menyucukkan jarum kebencian sesama umat ini.

Adakah penubuhan RCI (Royal Commission Investigation) yang baru ditubuhkan di negeri Sabah mempunyai perkaitan dengan peristiwa ini? Cuba baca Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing di Sabah.   Dulu saya telah bicarakan hal tersebut, bagi mereka yang ada kefahaman mengenainya. Sila baca "Bajau Suluk, Bajau Bannaran, Bajau Ubian..."

Selaku rakyat negara tercinta ini, saya akan terus berdoa dan berharap agar kestabilan negara ini terpelihara dan tiada pertumpahan darah di antara sesama Saudara Seagama. Red Tide atau Air Merah memang bermusim kejadiannya di perairan Pantai Barat Sabah.

Al-fatihah buat dua wira negara yang telah terkorban dan saya mendoakan semoga beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan. Sememangnya pengorbanan mereka tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. :(

Abgbent



Kisah seterusnya;




2 Komen:

Brahim Nyior berkata...

Sabah sudah menjadi sebahagian daripada negeri persekutuan yang berdaulat,
Waris kesultanan Sulu harus menerima kenyataan kesultanan Sulu hanya menjadi lipatan sejarah.

Saya amat sedih dengan kematian dua orang anggota keselamatan yang mempertahankan Lahad Datu dalam pertempuran menentang tentera Diraja Sultan Sulu.

Apa yang pasti, sejarah seperti ini akan berulang jika mereka tidak menghormati negara kita.

Abgbent berkata...

Saudaraku Brahim, realitinya sejarah tidak boleh dihapuskan...

Selain melihat dari dimensi pandangan kita sendiri, ada baiknya juga kita melihat sudut sisi pandangan mereka, agar kebijaksanaan terpapar di mahkota minda, seterusnya menuju kebenaran.

Paradoks adalah ungkapan seeloknya, kerana seringkali sesuatu dianggap salah hanya kerana tidak ramai yang memahami dan mengetahuinya...

Catat Ulasan