Rabu, Januari 16, 2013

Listen, Listen, Listen...! (*___*)

Salamelekom, wbt buat Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Hari ini, minda dan hati saya mendesak untuk melakukan satu lakaran mengenai tajuk di atas, iaitu "Listen, Listen, Listen"

Ungkapan Listen, Listen, Listen tiba-tiba menjadi bualan hangat melalui paparan di blog, facebook dan youtube hari ini. Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan sedikit masa hari ini untuk membuat coretan khusus mengenainya.

Mengenai Listen, Listen dan Listen! (*___*)



Sejujurnya, saya masih kurang faham dan jelas mengenai peristiwa itu. Apa yang saya fahami pada ketika ini ialah seorang mahasiswa dari universiti tempatan ingin melontarkan beberapa pandangan dan persoalan tetapi telah dihalang oleh pengacara majlis.


Pemahaman itu saya perolehi daripada dua Youtube di bawah ini;



Juga tidak ketinggalan di dalam Youtube ini;



Selepas menontonnya, dan membaca beberapa komentar yang dipaparkan pada kedua-dua youtube itu, rasanya banyak yang telah menyalahkan Pengacara Majlis. Oppsss, betulkah dia Pengacara? atau mungkin Pemudahcara?

Sejujurnya, saya tidak pasti mengenainya, tetapi yang jelas, ramai yang menyalahkan Pengacara atau Pemudahcara itu.

Dari satu sudut lain, saya juga dapat melihat bagaimana gelagat seorang mahasiswa terlalu mendesak dan meminta agar dia dapat melontarkan dan mengajukan persoalan dan pandangan lanjutan di dalam majlis itu.

Ermmm, betulkah begitu cara seorang mahasiswa? Tergagam juga saya melihat telatahnya. Perbuatan begitu di dalam sesuatu majlis bolehkah dianggap sebagai "Kurang Ajar" ?. Bukankah di dalam apa-apa majlis, arahan daripada Pengacara Majlis perlu diikuti?

Apa yang masih kurang jelas pada saya ialah persoalan dan pandangan yang dilontarkan oleh mahasiswa itu yang terpaksa dihentikan oleh Pengacara Majlis. Mungkinkah persoalannya agak sensitif untuk majlis-majlis sebegitu? Saya masih tidak tahu! kerana pandangannya tidak terliput di dalam kandungan youtube itu.

Namun, yang jelas, keupayaan komunikasi amat kurang pada acara itu di mana kedua-dua pihak ingin bercakap dan melontarkan pandangan sendiri, tetapi kurang kemampuan mendengar.

Komunikasi akan berjaya seandainya satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar.

Di dalam kehidupan harian manusia, inilah masalah yang banyak terjadi. Lebih ramai yang bercakap daripada yang mendengar.

Banyak keruntuhan rumahtangga yang berlaku pada masa ini adalah disebabkan kurangnya pemahaman mengenai istilah ini. Begitu juga di dalam banyak organisasi, kelemahan pemimpin atasan adalah disebabkan kurang keupayaan tersebut. Sebab itulah istilah Listen, Listen, Listen pada saya amat relevan dan menarik kerana pada masa ini, sudah ramai yang kurang menitik-beratkannya.

Seorang murid perlu Listen Listen Listen pada Gurunya untuk berjaya.
Seorang anak perlu Listen Listen Listen pada Ibubapanya agar mendapat keberkatan kehidupan.

Seorang Ibu/Isteri juga perlu Listen Listen Listen pada Suami agar sentiasa dikasihi, lebih-lebih lagi kasih-sayang sehingga kehidupan Abadi!

Dan paling utama, untuk Saya dan Anda, Listen Listen Listen pada Allah SWT supaya menjadi Manusia Yang Bertaqwa.


(*____*)
Abgbent

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

apa khabar abg bent? rasanya sudah terlalu lama tidak menjenguk blog abg bent ni.. ntah2 abg bent pun dah lupakan saya agaknya ekk...

-adinda amy sensei-

Abgbent berkata...

Melekomsalam wbt...Duhai adikku Amy Sensei yang saya kasihi kerana Ilahi.

Sememangnya sudah terlalu lama saya tidak menghamburkan bicara pada adikku Amy Sensei yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Bahkan, melawat kilauan blognya pun sudah terlalu lama, saya tidak menjenguknya :(

Ketahuilah bahawa dihati ini, masih lagi terpahat namamu, sayang, Adikku Amy Sensei yang saya kasihi kerana Ilahi.

Malahan pada ketika ini, minda saya juga cuba mengingati kembali beberapa kilauan di blogmu, foto-foto makanan yang memberahikan... (*___*), juga kisah-kisah peribadi yang ada kalanya menyentuh hati, tidak dilupa, nasihat-nasihat berguna buat tatapan dan pedoman hidup saya... (*___^)

Kesibukan yang melanda, khususnya kerja-kerja harian pejabat dan keluarga, telah membuatkan saya terlalu jarang "berbloging", malahan membuat tampalan di blog Pedoman Hidup Abgbent ini pun sudah amat jarang saya lakukan.

Dek kejutan daripada adikku Amy Sensei hari ini, lalu terhasillah lakaran singkat ini buat tatapan adikku Amy Sensei yang sememangnya saya kasihi kerana Ilahi.


P.S. Abg sekeluarga Alhamdulillah, semuanya sihat malahan pada 23 Jan 2013 yang lalu, kelahiran anak abg yang keempat dan yang terakhir bersama-sama Isteriku Yang Tercinta, telah selamat dilahirkan dan telah diberikan nama Abdul Hanif.

Adikku Amy Sensei apa khabar?

Catat Ulasan