Jumaat, Oktober 05, 2012

Memelihara Hubungan Suami-Isteri

Salamelekom, wbt...

Apa khabar Anda hari ini? Saya mendoakan semoga Anda terus diberikan kekuatan oleh NYA dan dipermudahkan menggapai segala kejayaan dan kecemerlangan yang dihajatkan di dalam kehidupan ini. Begitu jualah doa yang saya seringkali harapkan daripada NYA di dalam memulakan kehidupan harian yang dilalui.

Alhamdulillah..., tengahari ini saya diberikan keizinan untuk melakar sebuah lagi coretan untuk Anda telaah. Walaupun lakaran ini tidaklah seberapa, saya mengharapkan ianya kelak memberikan rangsangan untuk Anda terus berkunjung dan menziarahi saya, InsyaAllah. (*___^)

Sejujurnya, hari ini saya amat berasa gembira kerana memperolehi beberapa kejayaan. Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Tuhan Maha Esa kerana terus memberikan nikmat kehidupan sebegini untuk saya nikmati.

Oleh sebab itu, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan Anda hari ini mengenai tip memelihara kebahagiaan kehidupan Suami-Isteri. Kebahagiaan di mana Isteri disayangi Suami, manakala Suami pula menyayangi Isteri. Kalau Anda tanya saya mengenai kehidupan yang dilalui bersama Isteriku Yang Tercinta, sememangnya saya amat mengasihi dan menyayanginya. Anda nak tahu kenapa?

Jawapan yang saya boleh berikan pada ketika ini kepada Anda ialah kerana Isteriku Yang Tercinta memiliki keistimewaan seorang wanita sepertimana yang saya hajatkan!. Anda nak tahu keistimewaan yang saya maksudkan?

Heheheee... (*___*)

Sebuah paparan senyuman yang berupaya saya lakaran seperti di atas untuk tatapan Anda pada skrin komputer ini agar Anda memahami atau mengerti akan isi hati yang saya miliki pada ketika ini...

Sejujurnya, tip yang ingin saya beritahu kepada Anda mengenai memelihara kebahagiaan kehidupan Suami-Isteri ialah perkataan "Kepimpinan".

Di dalam memelihara hubungan rumahtangga antara Suami-Isteri, sikap "Kepimpinan" adalah amat penting. InsyaAllah, di lain kesempatan akan saya kongsikan dengan Anda mengenainya.

Pada ketika ini, masa tidak mengizinkan untuk saya terangkannya kepada Anda. Maklum sajalah, jam di tangan saya sudah menunjukkan melebihi pukul 12.30 pm, lalu saya kena bergegas ke Satu tempat yang terlalu istimewa khususnya pada hari Jumaat begini. Saya kena bergerak sekarang.

Salam kasih jua buat Anda. Anda yang menjadi teman istimewa di dalam kehidupan maya ini. Sememangnya Anda saya amat kasihi...


Abgbent

2 Komen:

All About AnaYna berkata...

Wahh..dh lama abgbent x muncul.ble muncul jer..mmg power pesanan n ingatan utk pedoman semua.tenkiu..:)

Abgbent berkata...

Tenkiu 3AY (*__^) kerana masih sudi menemani kehidupan alam maya saya di dalam blog ini, walaupun realitinya sudah terlalu lama saya tidak memasukkan lakaran baru di sini.

InsyaAllah, ada kesempatan lain, akan saya merajinkan diri membuat lakaran-lakaran untuk tatapan teman-teman semua.

Oh ya, sebenarnya saya juga tidak ketinggalan mengunjungi, iaitu sering mengunjungi

"My Life Story - AKU HANYA INGIN MENULIS TENTANG KISAH BAHAGIA SAHAJA"

Nak tahu kenapa saya sering berkunjung ke sana? Sebabnya, saya juga meminati kisah yang terkandung di dalamnya. (^____^)

Catat Ulasan