Rabu, Julai 27, 2011

Melawan Rasa Malas

Coretan kali ini saya cedok daripada tulisan adikku yang dahulunya rajin membuat entri di blog peribadinya. Hampir setiap hari saya melawati blognya itu.

Tetapi hari ini, barangkali dia sudah dihinggapi perasaan malas. Saya mengatakan begitu kerana entri di dalam blognya agak lama diperbaharui, malahan blognya pun sudah berubah alamatnya.

Anggap sahajalah coretan saya kali ini yang disalin dan diubah sedikit bentuknya sebagai suatu perangsang kepadanya. InsyaAllah, moga-moga dia akan mendapat kekuatan semula dan mengerti melalui coretan ini...

Menurut adikku, sikap malas adalah normal pada setiap insan. Tetapi, malas akan menjadi sikap yang kurang normal apabila Anda lebih banyak melayan rasa malas.

Memanglah, setiap orang ada tahap kemalasannya tersendiri.

Tak kiralah tahap malas Anda itu tinggi ke, rendah ke, sederhana ke, yang penting Anda kena fahami badan Anda sendiri. Apabila Anda merasa malas, mengantuk dan kurang bertenaga, sebenarnya tubuh badan Anda sedang memberitahu sesuatu. Biasanya, rasa malas berpunca daripada perjalanan darah yang kurang lancar.

Oleh sebab itu, Anda akan merasa mengantuk, kurang bertenaga dan seakan-akan berasa hendak tidur sahaja.

Menurut Adikku, teknik terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat regangan otot-otot badan terutamanya di bahagian leher, bahu dan pergelangan lutut. Selain itu, Anda juga perlu bergerak aktif, berjalan dengan pantas dan menarik nafas dalam-dalam dengan lebih kerap.

Pergerakan fizikal sebegitu akan membuatkan aliran darah dalam badan Anda bergerak lancar. Kemudian, Anda akan merasa lega, pernafasan teratur, penglihatan tajam, fikiran terfokus dan Anda juga akan merasa bersemangat.

Jika Anda kerap menggunakan komputer/laptop, Anda akan cepat diserang kemalasan disebabkan jari-jemari Anda sahaja yang bergerak. Oleh itu, berilah masa rehat kepada tubuh badan Anda, sekurang-kurangnya 10 minit.

Jauhi melihat skrin komputer seketika. Dan pergilah ke tingkap, lihat keluar melalui tingkap kemudian tarik nafas dalam-dalam. Lakukan sebanyak 3 kali. Kesannya Anda akan merasa sedikit lega, tenang dan InsyaAllah, timbul rasa kesyukuran yang amat sangat kepada NYA.

Apa yang disebutkan oleh Adikku di atas menurutnya merupakan latihan asas yang paling baik untuk membangkitkan motivasi di dalam diri. Dia juga mengingatkan bahawa bila mana Anda melawan sikap malas, Anda akan semakin kalah.

Lalu, untuk mengatasinya, saya pula mencadangkan supaya Anda membuat penafsiran di dalam minda. Tanya diri sendiri terutama hati sanubari yang dimiliki. Apakah yang ingin dicapai hari ini, esok dan seterusnya...

Saya juga ingin mencadangkan kepada Anda untuk menelaah lakaran terdahulu di dalam tajuk “Melampiaskan Syahwat, Mengecapi Inzal”.

Bak kata adikku di dalam ayat terakhirnya iaitu, lama-kelamaan rasa malas dan sikap malas akan hilang dengan sendirinya...


6 Komen:

Noor Wahidah Mahat berkata...

penyakit malas ni mmg biasa dtg kdg-kdg.. kene pandai handle lah..

Papa Santai berkata...

Malas berpunca dari diri kita sendiri. Contohnya dalam kerja, jika kita selalu bertangguh membuat kerja, lama kelamaan kerja tersebut akan jadi semakin banyak dan bila kerja dah mula banyak, perasaan malas tu akan timbul dengan sendirinya. Jadi jangan la selalu bertangguh ye. Renung2kan dan selamat berpuasa.

Pujangga Sinis berkata...

Akan cuba saya praktikkan.. thanks..

arepchepha.com

ismail berkata...

adik yg abg bent maksudkan....syuqrey ker? saya pun tercari2 beliau. beliau mungkin ada masalah besar? tak mungkin beliau terlalu malas. motivasi dan blog adalah beliau paling minat. kita tak mungkin malas pd perkara yg kita paling minat. kita tak minat utk berfikir dan bekerja. tu sbb kita malas.

blog Asyek berkata...

dasar penyakit malas
ck ck ck ck

kunjungi
http://amryaminuzal.blogspot.com/

Shukree berkata...

..thanks Abg Bent, moga Allah merahmatimu, abangku yang sungguh memamhami.

Catat Ulasan