Jumaat, Oktober 29, 2010

Cinta Melampau Wanita

Wow! hebat juga luahan hati adikku yang Dilimpahi Cinta. Paparannya bergemerlapan bila mana saya telaah.

Wooppsss... Salamelekom, wbt duhai adikku yang Tampan Bergaya, dan tidak dilupa jua adikku yang Dilimpahi Cinta.

Izinkanlah abg menconteng-conteng di sini, pagi ini. seandainya paparan yang terhasil membuatkan Anda meluat menelaahnya, maafkanlah saya... Memang begitulah lemahnya diri saya.

Hati wanita, memang penuh dengan cinta. Cinta terhadap segala-galanya. Tidak perlu saya menghuraikannya secara terperinci kepada Anda semua kerana lumrahnya cinta seringkali bersembunyi di dalam hati sanubari. Lebih-lebih lagi bila mana emosi wanita sudah mengatasi akalnya.


Ooppsss... duhai wanita, usahlah marahkan diriku yang bernama lelaki, kerana saya yang bergelar lelaki sepanjang masa memang memerlukan cinta seorang wanita.

Tanpa cinta wanita, kelamlah pengembaraan sang lelaki di dunia maya ini. Sungguh!

Akan terasalah kelamnya. Tiada gurau senda, tawa riang gembira, suram terasa.

Pengembaraan lelaki di dunia ini tanpa cinta seorang wanita seolah-olah sudah tiada keistimewaannya. Barangkali begitu jugalah halnya tentang wanita.

Ramasan dan belaian cinta seorang wanita memang terlalu indah. Itupun andai Anda sudah merasainya, tetapi ingat! terkadang jua belaian cinta seorang wanita berupaya menjadi sengatan berbisa dek pukauan syaitan durjana.

Syaitan memang suka memporak porandakan cinta seorang wanita terhadap sang kekasihnya yang bernama lelaki.

Syaitan juga akan terlalu gembira bilamana jampiannya berupaya membuatkan akal wanita diatasi oleh emosinya. Lebih-lebih lagi emosi berpandukan nafsu serakah. Kelak terciptalah mahligai kecurigaan.

Mahligai kecurigaan seringkali jua dihiasi oleh hasad-hasad kecemburuan lalu berupaya melenyapkan keindahan cinta pasangan kekasih. Apatah lagi cinta pasangan kekasih yang sudah dihalalkan oleh Tuhan Penguasa Alam. Pasti bercerai berailah akhirnya mereka dek ilusi jampi dan pukau oleh syaitan durjana.

Anda yang bernama Wanita, memang dilimpahi cinta, tetapi arah manakah cinta itu nak disemburkan? Pada mereka yang bergelar Kekasih? atau pada dia yang bernama Suami?.

Tanyalah hati Anda sendiri kerana kecintaan Anda belum tentu kekal selama-lamanya. Ianya akan luput dan termusnah suatu hari nanti, yang tinggal hanyalah kenangan-kenangannya sahaja. Tetapi lebih jauh dari itu, balasan Cinta dari NYA, Tuhan Yang Maha ESA adalah paling utama.

Bukti kecintaan Tuhan Yang Maha ESA kepada Insan yang bernama Lelaki dan Wanita ialah memberikan mereka pilihan sama ada Syurga atau Neraka.

Pilihlah mana satu kehendak hati kerana saya pasti, Anda memahami yang mana satu ingin dipilih.

(*___^)
Abgbent



1 Komen:

Unknown berkata...

cinta hanya yg telus,bergantung pada iman.cinta itu perlu di hadiahkan pd manusia yg bernama suami.tanpa iman,cinta akan goyah.tanpa iman,tiada makna cinta itu.jd kan cinta yg di sebut fitrah sebagai 1 landasan utk kita menuju ke padang mahsyar kelak.good abg ben. i like it.teruskan menulis.

Catat Ulasan