Isnin, Jun 21, 2010

Kasih Ayah

Salamelekom, wbt

Pertama-tamanya, maafkanlah saya kerana sudah terlalu lama tidak memasukkan sebarang lakaran ke laman Pedoman Hidup ini. Hampir tiga minggu lamanya, bukan?. Sesungguhnya, kesibukan saya menjaga anak-anak menyebabkan saya tidak berkesempatan membuat sebarang lakaran seperti kebiasaannya.

Kalau dulu, ada juga Isteriku Yang Tercinta melakukannya, tetapi kini, saya pula yang mengambil tanggungjawab itu sepenuhnya iaitu menjaga dua orang anak kami yang masih kecil.

Masa lapang yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk bermain-main dan bergurau senda bersama dengan dua orang anakku yang masing-masing berumur menghampiri lima tahun, perempuan dan dua tahun, lelaki.

Ketika ini, saya mengambil tanggungjawab menjaga mereka buat sementara waktu kerana Isteriku Yang Tercinta baru sahaja selesai melalui proses pembedahan.

Proses pembedahan untuk melahirkan anak kami yang ketiga. Ini merupakan satu lagi pengorbanan daripada Isteriku Yang Tercinta yang tidak dapat saya membalasnya di dalam kehidupan ini. Sememangnya pengorbanannya yang sebegini teramat-amat saya menghargainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepadamu sayang, duhai Isteriku Yang Tercinta.

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana akhirnya, Isteriku Yang Tercinta telah melahirkan anak kami yang ketiga dengan selamat melalui proses pembedahan buat kali yang ketiga.

Sememangnya saya amat bersyukur dan gembira kerana Isteriku Yang Tercinta dan anak kami yang baru dilahirkan berada di dalam kedaan selamat dan sihat sejahtera.

Anakku yang ketiga adalah perempuan, berkulit putih cerah seperti ibunya juga. Isteriku Yang Tercinta melahirkannya pada hari Jumaat, 11 Jun 2010 jam 9.50 pagi.

Tiga hari sebelum tarikh Isteriku Yang Tercinta melalui proses pembedahan untuk melahirkan anak kami yang ketiga, saya sememangnya telah memohon cuti daripada majikan dan menggunakan masa yang ada sepenuhnya untuk bersama-sama dengan Isteriku Yang Tercinta selain untuk membiasakan dua orang anak-anakku berjauhan daripada ibu mereka. Kaedah ini harus saya lakukan supaya kedua-duanya tidaklah terlalu merindui ibu mereka ketika Isteriku Yang Tercinta berada di dalam wad bersalin.

Alhamdulillah, kaedah itu berjaya dilakukan walaupun tidaklah seratus-peratus berjaya. Saya menggunakan masa yang ada semaksimanya untuk bersama-sama dengan dua orang anak-anaku sehingga ke hari ini.

Itulah juga penyebab saya telah tidak dapat membuat sebarang lakaran untuk dipaparkan di laman Pedoman Hidup sehingga kini. Maklum sajalah, saya harus menumpukan perhatian kepada dua orang anak-anakku sehinggalah ke hari ini.

Sebenarnya, saya mengambil kesempatan membuat satu contengan ketika ini kerana kesemua ahli keluargaku sedang dibuai lena. Maklum sajalah, sejak petang tadi, bekalan elektrik telah terputus dan sehingga jam ini, 12.19 pagi, bekalan elektrik masih lagi belum disambung. Bermaksud sudah hampir tujuh jam bekalan elektrik terputus.

Walaupun bahagian lengan tanganku masih lagi keletihan dek melakukan ayunan dan kipasan kepada dua orang anak-anakku supaya mereka terlena sebentar tadi, saya juga tidak mahu melepaskan peluang yang ada ketika ini untuk membuat satu contengan supaya dapatlah Anda menelaahnya nanti. Maklum sajalah, Anda juga sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Anda sememangnya menjadi teman saya yang amat setia ketika saya sedang berseorang seperti sekarang ini. Terima kasih kepada Anda kerana sudi menemaniku dan tidak jemu-jemu berziarah ke sini selalu.







4 Komen:

aku hanya manusia berkata...

tahniah abg bent kerana berjaya mengambilalih tugas seorg ibu dengan sabar dan tanggungjawab..tahniah juga atas kelahiran cahayamata baru..

Abgbent berkata...

Terima kasih duhai saudaraku AHM (aku hanya manusia) kerana sudi memberikan ucapan itu.

Ketahuilah bahawa ungkapan sebegitu sememangnya amat berharga kerana ianya sering kali membuatkan saudara kita yang menerimanya berasa lega dan gembira. Sungguh!

Sebetulnya saya amat terharu bersalut gembira bila mana menelaah ucapan itu. Terima kasih sekali lagi duhai saudaraku AHM kerana sudi meluahkannya untuk saya hayati.

Ucapan sebegitu sering kali bersembunyi di dalam hati nurani insan. Saya pun kadang kala musykil mengenainya. Mengapa harus disembunyikan? AHM barangkali dapat merasai perasaan yang sedang saya alami kini. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga. :)

Pada saya, ketahuilah jua bahawa saya sememangnya mengasihi AHM kerana DIA.

(^__*) Abgbent

realiti.. berkata...

kasih ayah tidak dapat diblas dengan wang ringgit..tp dengan kasih sayang dan doa seorang anak terhadap ayahnya..

bagaimana ingin terbang?disini jwpnya..

Unknown berkata...

kasih ayah sepanjang zaman

Catat Ulasan