Selasa, April 20, 2010

Pendidikan Seks @ Kesihatan Reproduktif dan Sosial

Bubuhlah apapun nama pada pendidikan ini, kerana pada akhirnya subjek yang ingin dijelaskan tetap merujuknya, iaitu seks.

Subjek ini konon-kononnya perlu diajar di sekolah-sekolah menengah agar gejala sosial yang kian membara dan menyala-nyala boleh diatasi. Gejala seks bebas, buang bayi dan rogol sedang meningkat statistiknya. Itu yang dilapor dan diwar-warkan.

Betulkah subjek sedemikian bila diajar di sekolah akan dapat mengurangkan statistik yang ada? Saya masih diselubungi syak wasangka. Sebab itulah bulan lalu saya ada membuat contengan mengenainya di dalam lakaran bertajuk Seksualiti Lelaki & Wanita, Hubungan Kelamin.

Satu lagi syak wasangka saya ialah berkenaan kebolehan cikgu bila menjelaskannya nanti. Lebih-lebih lagi cikgu yang muda remaja dan belum lagi berumah tangga. Boleh percayakah? Heheheeeee...

Disebalik itu, bagaimana pula modul atau silibus subjek ini? Kalau di dalam pengajaran sains, latihan praktikal amat membantu. Subjek sebegini macamana? Ya lah. Takkan la pula ada latihan praktikal yang tak senonoh bukan! Heheheee...

Apapun, sebenarnya saya berkongsi pandangan dengan Negarawan yang saya kagumi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Di sini dilaporkan pandangannya, Pendidikan seks tidak perlu di sekolah - Dr. Mahathir.


Coretan lain, Perlukah Tersengih? Anak Luar Nikah.


3 Komen:

Unknown berkata...

Salam abgbent. sekadar pendapatku saja ya. pendidikan seks memang tak perlu dilaksanakan di sekolah. Pendidikan agama islam sudah melaksanakan silibus ini secara tidak langsung.
jika pelajar menggunakan dan mengamalkan ilmu yang diperolehi sudah memadai baginya sebagai benteng menghadapi cabaran globalisasi.
Contoh terbaik ialah bab sirah Rasulullah S.A.W serta bab munakahat sudah mencakupi semua aspek pendidikan seks @ kesihatan reproduktif dan sosial.
saya minta maaf banyak-banyak jika pendapat saya bertentangan dengan pendapat orang lain.
Hanya pendapat peribadi saya sahaja.

The Riddler berkata...

Jom uji minda anda dengan meneka imej di blog saya!

Mijah-chan berkata...

Ramai kata pendidikan tu sbb nk ikut ngr luar yg len tgh wat skang nih.Ada statistik yg menunjukkan terdpt penurunan dlm mslh begini (lol maybe diorg da tau precaution xnk bg mengandung kehkheh)kat ngr tu (maaf,x ingat ngr mn).
Tapi kita kena ingat,x slh kalau kita tiru org len. yg mn langkah yg ada kebaikannya perlu ditimbangtarakn,kita asimilasikannya dlm bntk acuan kita,sesuai ngan budaya & norma masyarakat kita, bukan amik 100%.PKRS yg kerajaan nk wat tu baik,sbb budak2 skang advance,perlu diajar kat peringkat sklh.Warga dewasa skang mungkin rs benda ni x perlu,kot2 nnt smakin menjd2,org dulu2 xde pn diajar pendidikn gini tp bila da kahwin ok kuar anak aper,time blm kahwin mn la ada mslh sosial cam skang ni.Tp tu dulu,time jurang komunikasi & teknologi sgt besar,kini budak2 skul rndh leh cari sendiri psl seks di internet,handset sumer..Pikirla,ikut arus semasa ...Kan ni era globalisasi?

Catat Ulasan