Khamis, Februari 11, 2010

Petua Mendapat Jodoh... bhg 1

Masa terluang ketika ini saya gunakan berkongsi petua dengan Anda, Anda yang saya kasihi kerana DIA. Moga-moga perkongsian begini adalah manafaatnya.

Petua mendapat Jodoh pasti ramai yang ingin mengetahuinya. Terutama yang bernama wanita. Kalau lelaki, tak jadi masalah. Lelaki yang belum bertemu jodoh berkemungkinan tidak berusaha sehabis yang boleh. Kalau mereka sudah berusaha, mestilah telah memperolehinya, bukan?. Satu lagi masalah yang ditempuhi lelaki ialah mereka terlalu memilih. Nakkan yang cantik-cantik sahaja, walhal rupa tak kacak mana pun. Heheheeee

Kalau lelaki yang ada rupa, lain pula masalahnya. Nak wanita yang kaya-raya. Kebiasaannya, lelaki yang ada rupa menjadi rebutan wanita dan mulalah dia jual-jual mahal pula. Mempergunakan wanita pun ada. Ceh! Menyampah pula saya. Maklumlah, saya ni pun lelaki. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakitnya.

Alamak, timbul pula idea saya mengenai kerja yang saya nak bereskan sebentar tadi. Terpaksalah berhenti di sini. Nanti saya akan sambung lagi ye...

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam..

jgn..lupe..sambung..yea..abgbent..

bina badan berkata...

dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini...

Abgbent berkata...

Terima kasih duhai bina badan kerana sudi berkongsi laman itu di sini. Baru sebentar tadi saya menjenguk ke sana. Tetapi saya tidak berpeluang melontarkan pandangan di dalamnya. Jadi, ada baiknya saya balas sahaja di sini. :)

Sememangnya saya amat menghargai jemputan bina badan ke sana sebentar tadi. saya teruja melihat otot-otot lelaki yang dipaparkan. Tetapi realitinya, saya bukanlah berkehendakkan otot-otot seperti itu. Memang bukan!. Menurut Isteriku Yang Tercinta, dia geli melihat lelaki seperti itu. :)

Oleh sebab itu, saya pun taklah berminat membentuk badan seperti itu ;) . Lagipun, latihan dumbell yang saya lakukan di rumah sekadar untuk mengeluarkan peluh selain untuk mengekalkan tubuh badan sedia ada agar kelihatan seperti biasa sahaja, pastilah mengikut cita rasa Isteriku Yang Tercinta. :)

Harap bina badan usahlah marahkan saya. :) . Apapun terima kasih kerana mengongsikannya di sini. Memang saya amat menghargainya. Apatah lagi saudara bina badan telah sudi bertandang ke sini. Sememangnya saya hargai usaha seperti ini.

Catat Ulasan