Sabtu, Februari 20, 2010

Membina Keyakinan Diri...1

Sesiapapun sebenarnya akan ditimpa pelbagai masalah semasa menjalani kehidupan dunia. Tidak kira siapapun dia. Hatta ahli motivasi yang sudah tinggi ilmunya, kelak akan ditimpa masalah. Bukan hanya remaja atau pelajar. Memang tidak!, Semua manusia di dunia pasti berhadapan dengan pelbagai masalah.

Cuma bezanya ada manusia yang menganggap masalah sebagai suatu yang amat sukar dilaksanakan, dan ada pula yang menganggapnya sebagai suatu cabaran untuk ditempuhi agar dapat diketahui tahap kehebatan diri.

Ada orang kata, kalau nak bina keyakinan diri, kena sentiasa berada di hadapan. Itu katanya, tapi bagi saya pula, kalau nak bina keyakinan diri, tidak semudah kena sentiasa berada di depan selalu. Memang tidak!

Membina keyakinan diri, haruslah lahir dari hati yang suci. Bila mana saya sebutkan hati yang suci, ianya bermaksud berpandukan pada petunjuk Ilahi. Bila mana melakukan sesuatu perkara diiringi oleh cahaya NYA, pasti akan timbullah keyakinan yang melebihi seratus-peratus tahap keyakinannya. Itupun kalau sudah diyakini kekuasaan yang dimiliki NYA.

Anda tak percaya? Saya tidak memaksa kerana cahaya Ilahi memang tidak dapat dilihat oleh deria mata, tetapi saya yakin ianya boleh dirasa. Seumpama hembusan angin yang dapat dirasai alirannya tetapi tidak berupaya dipandang oleh mata.

Keyakinan diri Anda akan terjelma semaksimanya andai perjalanan duniawi sentiasa diiringi oleh cahaya Ilahi. Saya memang pasti. Andai cahaya NYA mengiringi perjalanan kehidupan duniawi, akan terjelmalah keyakinan diri pada tahap maksima.

Iaitu bukan sekadar mempraktikkan sesuatu perkara mesti berada di hadapan. Memang bukan!. Suka juga saya menasihati agar bila mana melakukan sesuatu perkara, usahlah sekadar mengikut-ikut sahaja. Gunakanlah minda dan hati yang bersalut petunjuk Ilahi sebelum melaksanakan sebarang perkara. Kelak terzahirlah keyakinan diri Anda yang sesiapa pun tidak dapat mengukur tahapnya.

Anda perlu tahu mengapa melakukan sesuatu perbuatan dan bukannya di dorong dek melihat orang lain melakukannya, maka Anda juga terdorong membuatnya. Memang tidak!. Anda perlu melakukan sesuatu perkara bersebab, dan bukannya ikut-ikutan sahaja.

Seumpama orang kata kalau berada di dalam bas, ambil tempat duduk di bahagian hadapan walaupun tempat di belakang banyak yang kosong. Kalau berada di dalam kelas, pilih tempat duduk di depan walaupun ada 2-3 kerusi kosong di belakang. Dengan tindakan seumpama itu, keyakinan diri akan terbina nanti.

Saya nak tambah orang kata itu begini;

kalau dalam bas, tengok-tengok juga tempat duduk di bahagian hadapan. Kalau sudah dipenuhi lelaki, walaupun masih ada tempat kosong untuk diduduki oleh Anda yang bergelar wanita, usahlah pula paksa diri untuk duduk di bahagian hadapan yang bersebelahan lelaki dek konon-konon untuk membina keyakinan diri supaya tinggi. Takut-takut nanti bila bersebelahan mereka, ada keupayaan pula mereka meraba-raba Anda.

Begitu juga yang lelaki, bila mana tempat duduk hadapan sudah hampir dipenuhi wanita, usahlah pula menjadi miang-miang keladi nak duduk di bahagian hadapan yang dipenuhi wanita. Wanita pun ada kebolehan meraba-raba juga.

Opppssss.. sebenarnya saya ingin beritahu di sebalik itu agar nafsu yang dimiliki dapat dibimbing oleh akal dan hati, supaya roh yang dipunyai menduduki darjat yang tinggi. Dan bukannya sebaliknya di mana nafsu menguasai segala-galanya sehingga lupa akan kehebatan roh yang dimiliki.

2 Komen:

Brahim Nyior berkata...

Seringkali dalam majlis ilmu, tempat duduk hadapan susah benar nak dipenuhkan, sebaliknya ramai yang suka berada di belakang atau tepi tingkap.

Itulah mentaliti yang perlu diubah. Hakikatnya, ia adalah penanda aras kepada golongan yang kurang keyakinan diri.

Abgbent berkata...

Wow! terkejut pula saya meneliti ukiran sahabatku Brahim yang kacak dan gagah ini. Betul... Memang dia kacak. masih saya ingat bagaimana alunan azan yang dikumandangkan olehnya suatu ketika dahulu. Memang suaranya lunak dan merdu.

Jangan marah Din, sebab saya melakarkan komentar yang bersalut pujian. :) Sebenarnya saya teringat kembali kenangan lalu...

Ha'ah Din, memang betul, bila majlis ilmu ramai yang memilih barisan belakang. Tapi pelik pula bila majlis hiburan, bukan main lagi berpusu-pusu menduduki bahagian hadapan. Lihat sahaja bila konsert hiburan diadakan. Sure heboh barisan depan dipenuhkan.

Barangkali ini juga akibat keyakinan diri yang terlalu tinggi! ;)

Catat Ulasan