Ahad, Februari 14, 2010

Lelaki Pemanas


Lelaki Pemanas atau boleh juga digelar Lelaki Pemarah memang ramai yang tidak suka. Lebih-lebih lagi wanita. Saya tahu mengenainya melalui Isteriku Yang Tercinta. Ditambah pula luahan kata-kata berupa komen daripada adik wanita yang saya menamakannya Gadis Cantik Menawan.

Sememangnya adik itu cantik menawan kerana bila melihat fotonya yang dipaparkan pada blog itu, kelelakianku tercabar. Lebih-lebih lagi lelaki seperti saya yang telah mendirikan rumahtangga. Betul!

Tersembul-sembul nafsu lelakiku bila melihat fotonya yang terdedah pada belahan dada. Opssss… mengapa pula saya bercerita mengenainya. Bukankah lakaran ini memberitahu mengenai Lelaki Pemanas!.

Anda perlu tahu bahawa saya barangkali boleh dikategorikan sebagai Lelaki Pemanas. Kalau tak percaya, cuba baca entri ini;



Saya akui bahawa marah adalah sifat semulajadi manusia, dan saya tetap mengatakan bahawa sifat ini juga kadang kala boleh menjadi sifat terpuji andai dipimpin menggunakan pandangan tiga dimensi iaitu 3D.

Lebih-lebih lagi disuluh menggunakan cahaya Ilahi. Pasti adalah kejayaannya nanti. Kalau gadis mengharapkan jodohnya seorang lelaki yang bukannya pemanas, rasanya sampai ke tualah dia tidak akan memperolehi calon suaminya.  Sungguh!   Jujur saya beritahu ni. Kalau sifat pemanas tidak ada pada suami, saya pasti wanita yang harus ada sifat malunya akan bermaharajalela.

Astagfirullah! Saya terpaksa menghentikan lakaran ini kerana anak lelaki saya yang berada di sisi ketika ini sering sahaja mengganggu. Umurnya baru setahun. Saya terpaksa menjaganya sekarang kerana Isteriku Yang Tercinta sedang tidur ketika ini dek kepenatan. Hari ini banyak kerja dilakukannya dek membantu ibunya menguruskan adik lelakinya yang kacak bergaya. Adik lelakinya akan ditunangkan dengan kekasihnya esok hari. Mudah-mudahan majlis esok hari akan berjalan lancar.

Astagfirullah… makin menjadi-jadi pula anakku ini mengganggu. Ada baiknya saya berhenti di sini dahulu. Tetapi sebelum beredar, saya ingin kongsikan hadis Rasulullah SAW yang saya pernah baca di dalam kitab shahih muslim yang bermaksud “Pahlawan yang gagah perkasa bukanlah yang berjaya menumpaskan ramai musuh, tetapi dia yang dapat menahan marahnya.”

Saya juga pernah membaca kisah ini;

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: “Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola.”

Daripada Abu Hurairah r.a. dikisahkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW

“Berwasiatlah kepadaku”

Lalu Nabi s.a.w menjawab:

“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:

“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”


5 Komen:

anazkia berkata...

Sarat denagn hikmah. Semoga saya, selalu terhindar dari amarah. Insya Allah..

Dah buat dah. Lepas ni tak tahu nak buat ape...??? :)

anazkia berkata...

Tak tahu bang :(( saye dah klik sana sini. Tak tahu pulak. Banyak gune basa inggris, tak reti :(( Abg tak de YM ke...?? :((

Guru berkata...

assalammualikum

pemanas??
pelik gak istilah ni...
ingatkan orang yang memanaskan keadaan..
rupanya
panas baran


tak kira lelaki atau perempuan yang panas baran..semua orang tak suka

IxoR@ berkata...

lelaki kan tempat utk wanita berlindung..rasa selesa dan selamat...

kalau dah lelaki pemarah... mcm mana wanita nak rasa selamat....

sangat tidak suka si pemarah....

Eenara berkata...

;-)

Catat Ulasan