Rabu, Februari 03, 2010

Doa Setulus Hati

Salamelekom,wbt duhai Adikku,

Tersentuh hati bila membaca warkah itu. Moga-moga akan berkekalanlah perasaan gembira di hatimu duhai Adikku. Hanya Doa yang dapat abg luahkan buat sementara waktu. InsyaAllah, ada kelapangan, akan abg buatkan lakaran mengenainya.

Sesungguhnya, Kejayaan Hidup di dunia boleh dikira banyaknya, tetapi siapa yang mengetahui Kejayaan selepas kehidupan dunia? Pastilah hanya DIA yang mengetahuinya.

Semoga Adik akan terus mendapat kekuatan dan dilimpahi dengan kecerdasan akal untuk mentafsir segala persoalan pada setiap permasalahan yang menimpa. Ingat! lebih baik diselesaikan setiap masalah daripada dibiarkan begitu sahaja. Tidak mungkin ada bebelan andai ada kebaikan, dan tidak mungkin ada kebaikan andai tidak diusahakan kaedah penyelesaian.

Sebagai tambahan, tiada maknanya sesuatu usaha andai tidak dipohon Doa kepada NYA. Tidak akan ada makbulnya Doa andai tiada ketulusan hati memintanya. Ketulusan hati meminta akan terserlah andai adalah pemahaman mengenai NYA.


(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan NYA dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (Al-Hajj, 22: 31)

Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha pengasih. (Hud, 11: 90)

Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqara, 2: 112)

Salam ukhuwah dari saya, abgbent.

2 Komen:

khasyikelvin_ berkata...

doa,
senjata orang Mukmin.
jadi ikhlaslah dalam berdoa
dan memohon pertolongan
dari Allah.

izakhairi berkata...

mula-mula sekali ingin ku pohon seribu kemaafan kerana ucapan terima kasih terlalu lewat diberikan...pemberian yang begitu berharga

doa yang ikhlas dari hati yang ikhlas hanya Dia yang dapat menilainya... kita sebagai hamba janganlah mudah berputus asa dan teruslah memohon kerana Allah pasti mendengar doa hambaNya yang sabar

Catat Ulasan