Khamis, November 12, 2009

Rasa Cinta ...1

Innalillahi...

Dah lama saya tidak bercerita-cerita dengan Anda, yang sering berziarah ke sini. Izinkanlah saya meluahkan rasa kecintaan saya pada pagi ini kepada arwah Datuk saya yang telah kembali ke rahmatullah kelmarin, hari Rabu, 11 November 2009, pukul 5.45 pagi.

Ketika itu saya tidak berada di sisinya dek tugasan yang harus saya laksanakan di tempat kerja. Tepat pukul 6.15 pagi kelmarin, saya telah menerima panggilan telefon dari keluarga di Tawau menyatakan bahawa arwah Datuk telah pergi menemui-NYA.

Sejurus selepas mendapat perkhabaran itu saya bersama Isteri Tercinta bergegas mengemas pakaian dan balik ke kampung halaman di Pulau Sebatik, Tawau.

Walaupun hakikatnya masih banyak tugasan kerja yang perlu dibereskan, tetapi dek rasa kecintaan pada arwah, saya meninggalkan kesemua tugasan itu. Pastilah selepas menghantarkan sms kepada boss untuk memohon cuti kecemasan. Alhamdulillah, boss saya membalas sms yang dihantar dan memberikan sms yang berbunyi "Wslm, Sorry to know that she is no more. May Allah Swt bless her soul".

Mohon keizinan Anda, yang saya kasihi kerana DIA agar dapat juga mendoakan kesejahteraan arwah Datuk saya. Moga-moga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan semasa kehidupan duniawi sama ada disengaja mahupun tidak disengajakan dan moga-moga dibahagiakan kehidupannya di alam kubur ketika ini.

Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian Anda membaca cerita yang disaluti perasaan kesedihan ini, walaupun hakikatnya barangkali Anda tidak merasakan apa yang saya rasai kini. Sememangnya DIA sahaja yang memahami akan apa yang saya rasai kerana DIA jua yang mengetahui segala rahsia yang terkandung di lubuk hati sanubari setiap insani.

Akhir kata, saya mendoakan moga-moga arwah datuk yang telah meneruskan kehidupan di alam kubur akan terus dikurniakan kebahagiaan di sana oleh-NYA, InsyaAllah...

Teringat saya akan pesanan Rasulullah saw, yang diriwayatkan di dalam Kitab Shahih Muslim agar cepat-cepat menggapai segala kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, iaitu Lima perkara sebelum datangnya Lima perkara;

"Masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sehat sebelum dilanda sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup sebelum datangnya kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

5 Komen:

Na Shari berkata...

Salam abgbent,

Al Fatihah untuk arwah atuk abgbent. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang beriman.

Takziah atas kehilangan...

Linachu berkata...

Takziah abgbent. Take care

IxoR@ berkata...

Takziah buat abgbent dan keluarga....

Al fatihah.

AHMADSUFI6177 REVO berkata...

takziah abg bent....

baru je sufi datang menjengah.. dah dapat berita sedih.. huhu..

anyways, sufi nak gitau yg sufi tukar blog baru.. thx all.. thx

Motivasi Kerja berkata...

Pergi tak kembali. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Menemui si dia yang tercinta. Takziah untuk abgbent sekeluarga. Al-Fatihah semoga Allah mencucuri rahmat padanya

Catat Ulasan