Khamis, September 10, 2009

Rezeki Ramdahan 2009 Terlaksana Akhirnya

Tahniah dan terima kasih! buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan penghargaan kepada seluruh kakitangan sokongan Malaysia bersempena menyambut hari raya Aidilfitri dan musim persekolahan baru nanti. Penghargaan dengan menghulurkan RM250 sebelum Aidilfitri dan RM250 lagi pada awal musim persekolahan.

Sebelum ini saya pernah melakarkan coretan ini iaitu, Kegembiraan - Rezeki sempena Ramadhan 2009 dan hari ini, akhbar Utusan Malaysia mengesahkannya di dalam tajuk berita Bantuan Khas Aidilfitri.

Pemimpin yang memahami kepayahan hidup rakyatnya, sememangnya perlu bertindak sedemikian rupa. Moga-moga akan adalah ganjarannya nanti.

Sekali lagi, terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia yang mengilhamkan idea SATU Malaysia. Apa yang pasti, memang saya menyokongnya kerana saya tetap berpendapat dari yang banyak, bilamana diSATUkan, memberikan lebih banyak manafaat. Apatah lagi untuk mengenali DIA yang SATU itu.

3 Komen:

alang berkata...

Yg bab bayaran saguhati saya tak berapa sokong sgt. Tapi yg bab SATU Malaysia, saya sokong sgt2. Saya rasa sudah sampai masanya kita bukak minda bahawa bumi Malaysia ini milik kita semua. Bukan kaum2 tertentu. p/s Best tgk iklan proton kat 1 Malaysia proton. :D

Abgbent berkata...

Salamelekom,wbt adikku Alang.

Ha'ah... Kalau ikutkan hati hitam abg, sure tak bersetuju sebab walaupun kerja dengan Kerajaan abg tak dapat. Heheheee

Tetapi abg tak mo lihat dari dimensi itu sebab ianya memberikan gambaran negatif pada minda yang akhirnya barangkali memunculkan cahaya yang malap-malap sahaja pancarannya.

Abg lebih terdorong melihat dari dimensi yang satu lagi sebab terlalu bersinar cahaya yang dipantulkannya iaitu seramai 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan sokongan yang mendapat manafaat darinya.

Di dalam setiap luahan pemikiran pasti kita ada pilihan sama ada bersetuju ataupun membangkang.

Seumpama tangan yang kita lihat. Alang boleh membuat pilihan nak melihat dari bahagian atas tangan yang berwarna sedikit malap, atau nak melihat bahagian tapak tangan yang cerah sahaja pantulan cahayanya.

Heheheeeee....

Pilihan ada di tangan setiap kita, dan ketahuilah bahawa pilihan itulah yang akan menjelmakan perbuatan pada seluruh anggota badan kita.

Kalau ahli motivasi, mereka lebih suka kita melihat dari sudut positif sahaja agar minda kita dipenuhi oleh pemikiran yang bersifat positif dan sebaliknya pula seandainya kita terdorong melihat cahaya-cahaya yang negatif, menurut mereka, akan terjelmalah pemikiran yang negatif di dalam minda.

Fikir dan Pilih mana satu yang diingini kerana perjalanan ini masih lagi kita lalui. Sesungguhnya, hanya DIA yang mengetahui rahsia yang terlindung di sebalik apa yang kita pilih.

Adinda Amy Sensei berkata...

salam...

kite tak dapat...hoho~ takpaa...

Catat Ulasan