Rabu, September 02, 2009

Kegembiraan - Rezeki Sempena Ramadhan 2009 ?

Sudah beberapa kali hasrat mengisikan entri terbaru ke dalam blog Pedoman Hidup sering kali tergendala. Sejujurnya saya menyatakan bahawa ianya disebabkan penangan Kemalasan. Heheheeee

Bukanlah malas dalam erti kata malas melakukan sesuatu, tetapi dek terlalu banyak yang harus dilakukan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, maka usaha mengisikan entri terbaru ke dalam blog Pedoman Hidup sudah tidak diutamakan lagi.

Namun, tidaklah pula bermaksud yang saya telah melupakan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Apatah lagi melupakan terus ikatan ukhuwah yang telah terjalin melalui blog Pedoman Hidup ini. Memang saya amat mengasihi Anda, pelawat setia.



Hari ini saya tergerak hati melakarkan entri terbaru di dalam blog Pedoman Hidup disebabkan membaca satu berita dari Utusan Malaysia.

Anda nak tahu berita apa? Pastilah cerita mengenai Bonus Hari Raya kepada kakitangan kerajaan. Moga-moga berita itu akan menjadi kenyataanlah nanti kerana hakikatnya, melalui bonus yang diperolehi akan adalah limpahan rezeki kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja kakitangan kerajaan yang mendapat manafaatnya, tetapi juga pihak swasta kerana perbelanjaan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang mendapat bonus pasti akan mengalir kepada pihak swasta. Itulah teori di dalam ilmu ekonomi. Bonus ini saya anggap bonus kepada Rakyat Malaysia!.

Apa yang terlintas difikiran saya ketika ini selepas membaca berita itu ialah tergambar kegembiraan anak-anak kecil Malaysia yang juga mendapat limpahan kerananya. Adakah Anda memahami apa yang sedang saya fikirkan ketika ini?

Heheheee... Memang Anda tidak akan mengetahuinya kerana fikiran saya sememangnya sedang BERDOA kepada NYA moga-moga hasrat kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan akan terlaksana. InsyaAllah! Aminnnnn.

Belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini memberikan Bonus bersempena meraikan Hari Raya. Kalau bersempena Bajet dan Hujung Tahun, memang dah beberapa kali. Yang istimewanya kali ini, di bulan Ramadhan yang Mulia.

Kalaulah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini memberikan bonus tersebut, alangkah gembiranya rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana...

Moga-moga nanti akan terlaksanalah impian Satu Malaysia kerana saya tetap menyakini menjadikan sesuatu yang banyak itu menjadi SATU amat besar ertinya. Kenapa? Kerana itulah antara Rahsia yang terkandung di dalam rahsia-rahsia Kehidupan ini. Kalau Anda masih belum mengerti, fahamilah dan ketahuilah yang SATU itu.

3 Komen:

ejdeejasmi berkata...

salam abg bent

hihihi..sama la kita ni...ejdee pun ngah berdoa supaya apa yg dicanangkan itu menjadi kenyataan..amin

alang berkata...

ehem2. InsyaAllah, Moga2 dapat bonus. :D

abid nasa berkata...

kalu ada rezeki insya'allah..
amin

Catat Ulasan