Selasa, Ogos 25, 2009

Manusia - Sombong dan Bongkak ?

Siapalah saya yang boleh menentukan keimanan seseorang yang bergelar manusia?


Keimanan ini letaknya di dalam hati seseorang dan diselaputi oleh kepercayaan yang jitu mengenai kekuasaan TUHAN.


Oleh sebab itu, saya tetap menyakini bahawa Tiada Siapa pun yang layak menghakimi keimanan seseorang insan yang bergelar manusia selain empunya diri sendiri yang mengetahuinya. Apatah lagi bertindak seolah-olah mengetahui bahawa hanya manusia tertentu sahaja yang akan layak memasuki Syurga-NYA kelak.


Walaupun dianya berpangkat seperti ulama besar atau Tok Guru mana-mana anutan pun, bilamana menyentuh soal keimanan kepada TUHAN, sememangnya manusia tidak layak menghakimi keimanan yang dimiliki oleh insan-insan lain.


Ingatlah bagaimana Iblis yang mulanya mentaati Allah tetapi disebabkan kebongkakan dan kesombangannya sendiri, akhirnya iblis telah dilaknat oleh Allah.


Memanglah saya dan Anda boleh berkata mengenai pelbagai hukum-hakam yang terkandung di dalam mana-mana anutan setiap agama, tetapi ketahuilah bahawa untuk mengatakan saya atau hanya Anda yang akan layak memasuki syurga-NYA nan abadi, sememangnya ini adalah serpihan daripada sifat Iblis iaitu Sombong dan Bongkak.


Saya tetap meyakini bahawa hanya DIA yang mengetahui sama ada saya atau Anda akan layak menduduki Syurga NYA nan abadi. DIA yang saya maksudkan pastilah Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya hanya DIA yang layak menentukan manusia yang mana satu akan menduduki Syurga-NYA.


Siapalah kita yang berhasrat berperanan seperti Allah Yang Maha Esa? Apatah lagi menghakimi sesama manusia seolah-olah memiliki sebahagian daripada kekuasaan-NYA untuk menentukan si fulan dan si fulan itu akan memasuki Syurga-NYA...


Lainlah kalau Anda itu sudah menjadi Rasul suruhan Allah yang Maha Esa. Pasti saya akan menyakininya.


Anda masih boleh mengatakan pelbagai hukum-hakam yang terkandung di dalam mana-mana anutan, tetapi Anda sebenarnya belum layak untuk menentukan bahawa hukum-hakam yang Anda berikan itu adalah yang sebenar-benarnya betul dan menjadi kata pemutus.


Anda masih boleh menyatakan kepada seseorang tentang hukum-hakam yang Anda percayai, tetapi fahami jua keadaan dan situasi. Masih segar pesanan seorang sahabat kepada saya mengenai Imam Syafi'iy yang menutup kitabnya yang masyhur iaitu Al-Umm dengan mengatakan bahawa andai ada yang lebih baik daripada yang dinyatakannya, maka ambillah yang lebih baik itu sebagai pegangan. Itulah yang dinamakan sebagai keterbukaan.


Sesungguhnya, hanya DIA yang mengetahui segala-gala perkara sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Mengapa? Kerana itulah namanya keajaiban NYA yang menjadi Hak Mutlak Bagi NYA jua.



2 Komen:

fathuri berkata...

Assalamualaikum abangbent. Saya singgah di blog imotivasi tadi. Lama betul blog itu tidak diupdate ye...rindu sentuhan motivasi dari sana.

Salam perkenalan dari saya, saya perhatikan abangbent adalah pengungjung yang paling aktif dan banyak berkongsi idea di sana.

Post di atas memang menarik untuk direnungkan, terutamanya ayat ini..

Sesungguhnya, hanya DIA yang mengetahui segala-gala perkara sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Mengapa? Kerana itulah namanya keajaiban NYA yang menjadi Hak Mutlak Bagi NYA jua.


Oh ye, bilamana ada kelapangan abangbent jemput singgah di blog saya ye dan bolehlah kongsikan idea Rm10 jadi Rm100 di sini
http://fathuri.com/?p=726

Moga bermanfaat untuk kawan-kawan kita. Hanya orang yang pernah melalui saat-saat sukar dalam kehidupan sahaja yang tahu menghargai RM10 itu. Saya pernah melaluinya. Dan saya faham betapa berharganya idea di kala itu.

Bilamana ada kelapangan singgah ye abangbent
dan kongsikan idea abang bent

Moga kita jadi kawan, kawan yang saling memberi manfaat

Salam ceria , salam inspirasi dari saya

Singgah ye abangbent

Assalamualaikum

fathuri berkata...

Assalamualaikum abgbent. Terima kasih kerana singgah di blog saya dan meninggalkan komen yang "berisi" itu.

Moga friendship ini akan berpanjangan. dan menghasilkan buah manfaat bersama.

salam ceria & salam inspirasi dari saya

keep in touch ye abgbent(nama ini, sekali sebut terus boleh melekat..simple & handy)

Assalamualaikum

Catat Ulasan