Rabu, Julai 15, 2009

Pengalaman di Jepun ...bhg 1

Entri kali ini saya mulakan dengan ucapan Assalamualaikum, wbt...
buat saudara-saudara pembaca blog Pedoman Hidup yang saya kasihi kerana DIA. DIA yang Maha Esa yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada-Nya iaitu segala puji-pujian bagi-Nya kerana memberikan saya anugerah sebegini untuk dinikmati semasa menjalani kehidupan ini.

Sememangnya kini, saya sedang berada di negara Jepun. Alhamdulillah, sekali lagi buat-Nya yang Maha Esa kerana sepanjang perjalanan ke destinasi ini, semuanya dalam keadaan baik dan selamat.

Kini, petang ini, saya mula mengisikan blog Pedoman Hidup dari negara Jepun. Walaupun hati ini masih diselimuti perasaan sedih dan rindu pada Isteri Tercinta dan Anak-Anak, saya perlu mengagahinya jua agar kelak fokus di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini tidak terabai dengan sia-sia.

Akan saya sambung coretan malam nanti khusus untuk tatapan Anda. Anda yang menjadi teman saya untuk berbicara di dalam menjalani kehidupan harian menggunakan laman blog untuk berbicara.

Moga adalah manafaatnya perkenalan ini untuk kita hargai akan kehidupan yang sedang dijalani.

Sememangnya ruangan cyber penuh misteri... Buat saudaraku karambit, usahlah marah-marah... Akan saya ruangkan sedikit masa buat penawar hatimu yang sedang luka. InsyaAllah.

6 Komen:

Na Shari berkata...

Salam Abgbent...

Teringin nak ke Jepun...Tapi Cik Abang belum ajak lagi :)

AkuBukanLelaki berkata...

encik Abgbent.....
huhuhu...dh view blog saye??
entri yg terbaru ni ha..
kalu free2 bace lah jap then bg komen k...
tengkiu..

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abgbent...

waahhh...dah sampai jepun ekk..mesti best kan leh dok kat sane kan merasa suasana yang baru..

semoga sukses dalam menjalankan 'misi' itu...

alang berkata...

Abg kat Jepun eh. Semoga sentiasa dilindungi olehNya. p/s mesti pening kan nak cari makanan dekat sana. :D

Abgbent berkata...

Moga adik NaShari dapat ke Jepun bersama cik Abang itu nanti. Buat adik Vilda Fida, abg dah selesaikan komen untuk adik di dalam blog ini. bacalah nanti.

Ha'ah adikku Cik Amy, merasa suasana baru kini membuatkan abg mensyukuri menduduki bumi Malaysia. Memang banyak hikmahnya abg ke sini, di bumi Jepun dahulunya yang menjadi penjajah bumi Malaysia.

Memang betul adikku alang. Makanan2 di sini amat susah untuk dijamah. Maklumlah tiada tanda halal seperti di Malaysia dan hampir seratus peratus label pada makanannya ditulis dalam bahasa Jepun.

Nasib baik juga ada dua orang pelajar Malaysia yang membantu sehingga mendapatkan basikal untuk kegunaan saya selama sebulan di sini. Akan saya coretkan mengenai perkara ini.

Seorang pelajar Melayu dari Terengganu yang sedang mengambil Sarjana Sains di dalam bidang biologi invertebrata dan seorang lagi pelajar berbangsa cina mengambil Sarjana Muda kejuruteraan kimia dari Selangor.

Linachu berkata...

Wow. Tahniah, take care and enjoy Japan!

Catat Ulasan